in

Warning Dream

Apa yang saya ingin ceritakan di sini ada berdasarkan dari pengalaman sebenar saya sendiri, terpulang daripada anda untuk percaya atau tidak.
Biar saya ceritakan sedikit latar belakang saya. Semasa saya masih kecil, saya mengalami 1 pengalaman misteri yang memberi kesan terhadap hidup saya sehingga kini. Kehidupan saya pada ketika itu sangat normal sehinggalah pada satu hari, selepas aunty saya memandikan saya dan kakak saya yang masih kecil pada ketika itu, kami telah disuruh untuk tidur d bilik ibu bapa saya. Pada masa itu, cuma aunty iaitu adik mama saya dan uncle saya saja yang berada d rumah untuk menjaga kami berdua yang masih kecil. Ibu bapa saya sedang bekerja. Saya mempunyai 4 orang adik beradik ketika itu, yang lain masing-masing bersekolah. Saya adalah anak bongsu dan kakak juga masih kecil, jarak umur kami hanya 1 tahun.  Berbalik kepada cerita sebenar, kami berdua tidur di bilik dan masing2 membelakangi antara satu sama lain, saya menghadap dinding sebelah kiri dan kakak menghadap dinding sebelah kanan. Saya tidak sedar bila masa saya terlelap kerana saya terjaga apabila mendengar suara kakak memanggil saya. Saya bangun dan melihat ke kanan di tempat kakak tidur, kakak sudah tiada di sana. Dalam masa yg sama, saya terdengar lagi suara kakak dari arah almari lama milik atuk yg sudah lama meninggal dan telah diwarisi bapa. Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana pada waktu itu saya tahu itu adalah suara kakak saya. Kali ini dia bersuara dengan jelas ‘Adik, cari saya’. Dalam masa yg sama juga kelihatan pintu almari itu bergerak sedikit seperti ada orang di dalam sedang bersembunyi. Almari itu sangat besar dan pintunya mempunyai cermin yang sama saiz dengan pintunya. Tanpa mengambil masa, saya bangun dan dengan perasaan teruja membuka pintu almari itu sambil berkata “Nah, jumpa sudah”, bayangkan apa yang saya lihat selepas itu. Saya sangat terkejut kerana bayangkanlah di dalam almari itu penuh dengan barang kotak2 kecil dan baju2 dan amat mustahil untuk seseorang bersembunyi di sana walaupun badan kecil seperti kakak atau saya. Saya berasa hairan sangat sambil menutup pintu almari. Pada ketika ini lah yg buat saya menggigil dan menangis ketakutan kerana apa yg saya lihat selepas itu telah tersimpan di ingatan saya sehingga hari ini. Ada seorang nenek tua bermuka bengis sambil memandang dalam keadaan marah sedang berdiri di cermin almari yg baru saja saya tutup tadi. Saya melihat sambil menangis kerana nenek itu seakan mahu menarik saya ke dalam cermin itu, belum sempat dia berbuat apa-apa saya terus berlari turun mencari aunty saya. Saya melihat dia di dapur sedang memasak dan kelihatan sedikit marah kerana menganggap saya pura-pura tidur tadi. Saya menangis dan mencari uncle yang sibuk ketika itu, saya menarik tangan uncle untuk naik ke atas , sesampainya kami di atas saya terus menuding ke arah bilik dan almari bapa. Saya memberitahu dia yang ada orang di cermin, dia masuk dan memeriksa almari itu. Apa yang dia cakap sangat mengejutkan “Mana ada orang ni, cermin saja pun mahu takut” , begitu lah lebih kurang katanya. Saya tidak dapat berkata apa sebab saya masih terkejut melihat muka bengis nenek tua tadi di dalam cermin itu. Semenjak kejadian itu, saya menjadi seorang yang boleh dikatakan anti kepada cermin atau dipanggil Spectrophobia.

Kini umur saya sudah 24 tahun sejak kejadian itu, dan ia masih lagi segar di dalam ingatan saya. Apa yang saya ingin sampaikan adalah semenjak kejadian saya semasa kecil itu, saya mengalami banyak benda aneh dan pelik sehingga membuat saya berfikir, nenek tua itu mesti telah memberikan saya sesuatu yang saya tidak pasti apa. Biar saya ceritakan 1 daripada pengalaman saya semasa tahun 2015. Pada penghujung bulan Mei 2015 iaitu seminggu sebelum gempa bumi yang berlaku di sini, saya telah mengalami mimpi yang sangat aneh. Dalam mimpi tersebut, saya dan keluarga saya berada di dalam sebuah kereta sedang melarikan diri daripada air bah yang besar seperti mengejar kami sekeluarga. Tidak perlu saya ceritakan bagaimana mulanya mimpi tersebut kerana panjang. Tiba-tiba saya terbangun sambil terduduk, saya melihat jam pada ketika itu jam 3.00 pagi. Saya berasa takut, cuba berdoa dan tidur balik. Saya tidak memberitahu mimpi itu kepada sesiapa pun kerana saya anggap mimpi itu cuma mainan tidur. Malam seterusnya, saya bermimpi mimpi yang sama dan bangun pada jam yang sama juga iaitu jam 3 tepat pagi. Saya kira ini adalah tidak masuk akal, mana mungkin mimpi yg sama dan bangun pada jam yg sama. Saya cuba tidur balik dan terlelap sehingga pagi. Malam ketiga, ini benar-benar tidak masuk akal kerana tetap mimpi yg sama tetapi kali ini saya terbangun pada jm 2.59 pagi. Saya tidak dapat tidur selepas itu kerana memikirkan tentang mimpi itu, hati saya mula tidak tenteram dan berfikir mungkin ada sesuatu yg tidak baik akn berlaku. Saya tidak menceritakan ini kepada sesiapa pun ketika itu kerana saya juga keliru dan risau kalau dikatakan mengarut jika saya ceritakan. Selepas mimpi pada malam ketiga itu, saya tidak megalami apa-apa lagi mimpi dan terus tidur sampai ke pagi. Sejak itu, saya berasa sentiasa tidak tenang dan resah tidak menentu. Saya tidak pasti apa akan berlaku tapi naluri saya kuat mengatakan akan terjadi sesuatu yg besar di tempat kami. Sehinggalah pada malam sebelum hari kejadian, saya bermimpi lagi tapi kali ini lebih dasyat dan menakutkan. Dalam mimpi itu, saya bermimpi berjalan seorang diri di satu tempat yg lapang dan hanya cahaya dari api yg marak dan besar saja yg menerangi. Apa yg lagi menakutkan ketika itu adalah tanah yg saya pijak itu rupanya bukan tanah tetapi mayat-mayat yg bergelimpangan yg sangat banyak. Tiada suara tangisan atau suara menjerit, semuanya sunyi sepi dan hanya saya seorang saja yg berjalan di situ. Tiba-tiba ada 1 tubuh seperti tubuh manusia tetapi 3 kali ganda lebih besar dan bertanduk berdiri sebelah saya. Mukanya tidak kelihatan tapi apa yg pasti saya sempat melihat warna kulit nya yg merah dan panas. Saya menangis dan tiba-tiba terbangun dari tidur, saya sangat takut masa itu sebab mimpi saya mcm betul-betul berlaku. Itu mimpi kiamat. Pada waktu itu, jam sudah menunjukkan jam 7.05 pagi dan saya selalunya tidak akan bangun pada waktu begitu. Saya selalu bangun sedikit lewat dari itu. Masa itu, perasaan saya sangat risau akan sesuatu tetapi saya tidak pasti apa akan berlaku. Saya rasa masanya sudah hampir tiba tapi saya tidak tahu mau buat apa jadi apa yang saya buat masa itu cuma baring di atas katil dan ambil handphone main game Coc. Tiba-tiba saya terdengar bunyi atap rumah berbunyi macam ada kucing berlari. Saya rasa sedikit hairan sebab kucing kami ni tinggal di sulap (rumah stor@rumah lama) saja. Dalam 3 saat begitu lah terus hilang. Saya tidak ambil kisah sangat masa tu. Kali kedua bunyi atap semakin kuat, saya hairan juga sebab mana mungkin kucing kami boleh buat bunyi begitu sekalipun dia berlari sebab kucing kami ni bukan gemuk sangat. Saya cuba bangun untuk tengok ke luar, tapi tiada kelihatan kucing pun. Bunyi itu ada lah dalam 3 ke 4 saat. Saya cuba untuk bertenang dan semasa saya cuba mahu duduk di katil, tiba-tiba rumah kami seperti dilanggar oleh sebuah lori besar dan keadaan masa itu sangat lah menakutkan kerana semua perabot dan almari sedang bergerak dan hampir menghempap saya. Bayangkan lah duduk di dalam kereta yang laju dan tiba-tiba break mati, begitulah keadaan masa itu. Terbuang dan terhantuk ke sana sini. Saya terus membuka kunci pintu dan turun ke bawah, apa yang saya lihat semasa di bawah adalah retakan dari hujung ke hujung tiles rumah seperti terbelah. Adik beradik dan bapa saya semua sudah berada di luar dan menjerit panik nama saya yang masih di dalam rumah. Mama saya tiada di rumah ketika itu kerana menghadiri sebuah mesyuarat di kawasan ibu kota Sabah. Saya terus berlari keluar dan tergamam. Apa yang pelik, saya tidak berasa panik seperti adik beradik saya yang lain. Saya cuma rasakan yang semua ini adalah mustahil. Selepas kejadian itu, saya menceritakan keluarga saya tentang mimpi yang saya alami dan mereka meminta saya untuk memberitahu mereka sekiranya saya mengalami hal begitu lagi kelak.

Begitulah pengalaman menakutkan saya yang saya rasa mustahil untuk dipercayai. Itulah sebabnya saya tidak menceritakan kepada orang luar kerana takut dipanggil penipu. Tapi saya yakin apa yg saya alami ini bukanlah rekaan semata-mata dan ada kaitan dengan nenek yg saya lihat di cermin semasa kecil. Saya tidak bermaksud untuk menakutkan sesiapa. Sebenarnya ada banyak lagi cerita seram saya selepas kejadian itu tapi biar lah ini saja saya kongsikan untuk kali ini. Terima kasih.

Perkongsian Daripada Elsie.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kelas Tambahan

Benda Terbang