Kisah kedua ini terjadi di dalam rumah. Sememangnya setiap kali tidur waktu malam tempat yang aku pilih tidak tetap.(maklum orang bujang ketika itu).
Malam itu aku memilih untuk tidur di ruang tamu. Aku suka tidur bergelap. Cuma bertemankan cahaya lampu jalan yg menembusi tingkap kaca. Sekitar jam dua pagi aku terjaga kerana seperti terdengar suatu geseran.
Bila aku menyusuri bunyi tersebut ternyata ia datang dari sebatang tubuh yang sedang berjalan menuju ke ruang dapur. Berjubah putih labuh hingga ke lantai dan berambut putih hingga ke buku lali.

Di dalam hati aku berkata-kata..”aku tak kacau kau..kau jangan kacau aku..”sambil makhluk itu berlalu aku pun sambung kembali ke tempat tidur aku sambil tertanya-tanya apakah sebenarnya benda tu atau aku sekadar berilusinasi?
Perkongsian daripada Suhaimi.