in

Wad Bersalin

8 tahun lepas hakak sakit perut pada jam 12tengah malam.Dibawa ke hospital dan selamat melahirkan pada jam 3pagi.Hakak ditempatkan di wad hujung dibangunan lama dan didalam wad tersebut ada 4 katil tetapi hanya 2 katil yang berpenghuni termasuk hakak.

Setelah ditempatkan diwad,tidak ada yang menemani kerana guard tidak benarkan.Hubby hanya masuk sekejap untuk menghantar barang keperluan kemudian dia balik.Tembuni tidak dibawa balik kerana dah terlalu lewat begitu juga kakak yang menghuni katil dihujung berhampiran tingkap yang bernama kak ina.hakak pula dihujung perhampiran pintu.katil hakak dan kak ina dipisahkan dengan 2 katil yang masih kosong.

Setelah suami pulang,Hakak dan kak ina berbaring diatas katil.Tidak lama kemudian,tiba-tiba kak ina melompat dari katilnya sambil tergesa-gesa mendukung anaknya datang ke katil hakak.Masa ni anak hakak dan kak ina serentak menangis..kuat.

“Dik,ada sesuatu dekat tingkap sebelah katil akak.”bisik kak ina perlahan.Bibirnya kelihatan mengigil sewaktu menuturkan kata-kata.Hakak perlahan-lahan menjeling kearah tingkap melalui hujung mata.Allahuakbar,benar kata-kata kak ina ada sesuatu seperti kain putih yang melayang-layang ditepi tingkap sedangkan wad kami ditingkap 2 dan tiada koridor disitu.

Anak-anak masih belum berhenti menangis.Sekali lagi hakak menjeling kearah tingkap walau dalam hati,takut yang amat.Alhamdulillah,’benda’ itu dah tiada.Kami berdua lega tetapi sayup-sayup kami terdengar sesuatu.

“Tap..tap…tap..”kedengaran tapak kaki yang semakin mendekat.

“Nurse agaknya.”kata hakak pada kak ina.kak ina hanya mengangguk.Anak-anak masih menangis dan semakin kuat.pelbagai cara kami memujuk tetapi tidak berhasil.Mungkin kerana banyak bergerak,kak ina tumpah darah.Kami menanti nurse tersebut masuk ke dalam wad sebelum memberitahu keadaan kak ina namun nurse tersebut tidak juga masuk.Hanya kedengaran tapak kakinya berlegar didepan pintu wad sehingga azan subuh.selepas azan subuh,nurse datang untuk membuat pemeriksaan.Anak-anak juga sudah tidur.

“kenapa nurse tak masuk dari tadi?hanya berlegar diluar?tanya kak ina.Nurse tersebut hanya tersenyum.

“Tu bukan saya.saya br jew datang..biasa la tu kak ada yang datang menziarah.”jawab nurse sambil memandang hakak dan kak ina.kami terdiam.Setelah selesai membuat pemeriksaan,nurse tersebut keluar dari wad kami.Pada jam 9pagi hakak dah boleh balik kerumah dengan dijemput oleh hubby.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jari Siapa?

Kisah Mistik Seorang Nenek Tua (Bidan)