in

Van Jenazah

Baru-baru ini, BK ke Genting Highlands untuk menjaga booth my previous company di sana selama 3 hari 2 malam. Jadi, BK ingin berkongsi pengalaman semasa di sana. Ini bukanlah cerita-cerita yang menakutkan just ingin berkongsi kerana yang lebih kita takutkan adalah Tuhan. So adik adik boleh baca. Jadi, sebelum ini BK hanya berkongsi cerita ini kepada dua orang rakan BK sahaja. Jadi BK bertolak dari Bangi around 6am untuk mengelakkan jam. 1st BK berhenti di tempat isi minyak kerana BK ingin pastikan minyak kereta sentiasa full. Time itu di Gombak kalau tak silap. Jadi setelah selesai semuanya BK pun meneruskan perjalanan dengan muka slumber plus tak cukup tidur yang tidak tahu puncanya. Ada juga member-member BK yang caring-caring semua cakap “kalau ada apa2, roger aku, jangan hantar message terus call ” ye, BK sangat faham kerana pagi kalau BK hantar message confirm tak jalan kerana masing-masing enak dibuai mimpi indah. Jadi perjalanan BK lancar sahaja memandangkan tidak banyak kereta yang lalu lalang otw ke sana. Jadi selepas itu, BK pun singgah di tempat tol Gombak tu,kelihatan banyak lori-lori dan tak kurang pula ada yang singgah sembahyang Subuh kot.

Agak lama jugalah BK berhenti dekat situ then setelah selesai BK pun meneruskan perjalanan. BK pun bukalah radio. Ai macam-macam station jugalah BK dengar sampai ada satu tahap lagu Tamil and China pun BK layan. Sambil membuat muka toye dan acting cool macam my mom cakap, “hidup kita ini mmesti kena cool je” tangan BK pun bergerak-gerak mengikut rentak lagu bagi menghilangkan rasa mengantuk yang teramat. Jadi perjalanan diteruskan dengan slumber dan steady sehinggalah ….BK terserempak dengan sebuah kereta Kenari yang berada di lane 2. Time tu BK berada di lane yang sama. Pada mulanya BK macam relax-relax sahajalah potong kereta tu dari lane 3 (jangan try buat macam ni) memandangkan kereta itu tersangatlah perlahan tetapi duduk dekat lane 2. Faham tak macamana feelin BK time tu?..Jadi semasa nak potong kereta kenari tu, dari belakang BK pandang, “Aish, lelaki yang bawa ni, slow bangat mamat ni, agak-agaklah nak bawak slow sangat kat lane 2” .Tapi tu cakap dalam hati jelah. Namun, BK macam teruskan sahaja memotong, mungkin sebab tidak banyak kereta kot, sebab tu dia macam slumber je bawa perlahan kat lane tu. Hurm, tak tahulah mungkin perasaan BK je kot time tu, semasa memotong, kepala mamat ni straight sahaja ke hadapan, macam robot, tak pandang langsung ke kereta BK yang sebenarnya sedang memberi “HINT”kepada keretanya untuk berada di lane 3 , lane yang sepatutnya dia berada, malah semasa BK potong dia mengurangkan lagi kelajuannya. Zup, terus rasa macam tersentak darah BK. “Aish, apehal pula mamat ni” .Mahu menguji kesabaran aku ke. Ai, dugaannn..Jadi BK pun try untuk comfort kan diri BK dan try untuk tidak memikirkan benda yang tidak sepatutnya kerana BK tahu sebentar lagi BK akan bertemu dengan terowong karak.

Lebih kurang 10 minit BK melepasi kereta kenari itu, darah BK terus tersentak lagi, kali ini memang betul-betul menggugat sanubari tulus ikhlas BK plus BK sorang- sorang time tu. “Damnnn” tulah perkataan pertama yang terkeluar. BK terus memperlahankan kereta. Time tu, hanya Tuhan sahajalah yang tahu, “Ai, time-time ni pula kau nak lalu”. tak boleh jadi ni. Nak patah balik? memang tak dapatlah bro. BK pun mengurangkan kelajuan seminimum yang mungkin. Van yang bewarna hijau, berpetak bentuknya yang BK rasa agak impossible untuk berada di atas jalan kat Malaysia ni dan di belakang van tersebut tertulis dengan besarnya “VAN JENAZAH” . Pergh naik bulu roma BK time menulis ni. Dengan jarak lebih kurang 15 kereta BK mampu baca tulisan tu. Time tu semua ayat Al Quran terkeluar. Dugaan betul. Time tu juga BK rasa nak ambil sahaja gambar van tersebut sebab BK rasa memang takkan pernah lagi korang akan nampak van macamtu kat atas jalan raya ni

Tiba-tiba BK terfikir balik pasal kenari yang BK jumpa pada awal-awal tadi, kenapa pemandu Kenari tersebut slow driving. Bagi BK ia agak peliklah. Kalau orang lain pun y

ang berada di tempat BK time tu BK rasa diorang mesti cakap “apa masalah kenari ni”. Mungkin dia dah nampak van tersebut terlebih dahulu and that’s why dia perlahankan kereta and sebenarnya mungkin dia nak bagi “HINT” dekat aku apa yang berada di depan. Pergh, masa tu memang rasa nak cari balik kenari tu supaya BK dapat bersaing membawa kereta dengan BK sebab time tu memang takde kereta dan jalan pun macam gelap lagi.

Then dalam berada dalam keadaan selamat BK try untuk melepasi van tersebut sebab BK rasa macam “kalau aku lepas van ni, selamat lah aku, aku terus pecut je ke depan” . Namun, bila terdetik or terlintas sahaja BK nak memotong van tersebut , van tersebut dah hilang. Damnnnnn lagi.. Masa tu jantung BK rasa macam nak tercabut dah. *&^%$#@! BK cuba me’relax kan diri setenang tenangnya. Time tu memang dah fikir macam-macam dah tangan pun macam rasa lemah and tak bermaya nak drive dah. BK try juga acting cool sebab BK tau kalau BK tak kuat memang alamatnya bye bye lah. BK genggam kuat then BK drive slowly. Then BK nampak signboard ke Genting Highlands and Aminuddin Baki and terowong!!! what the fun!!! Time tu BK tak tahu nak masuk simpang mana satu either ke situ atau terus lagi,kalau terus masuk terowong dan unfortunately BK terlepas simpang pertama and BK memilih untuk masuk ke jalan terowong. Damnn sebelum masuk sahaja ke terowong BK call member BK, nak kan kepastian. Then, line takde, too bad!!! .Ayat Al-Quran dari tadi tak lekang-lekang dari mulut BK. Dan sebenarnya BK berhenti memang betul-betul di hadapan terowong dalam 2-3 meter macam tu .

Perghh memang pengalaman yang BK tak nak lalui dah lepas ni. Memang benda ni nak menguji kesabaran BK betul ni. Then secara perlahan BK reverse sedikit demi sedikit kereta BK sebab ada lori besar yang sedang lalu sebelah BK. Time tu BK terfikir van tadi hilang masa dah nak sampai terowong. Arghhhh… BK try call member BK lagi, banyak banyak kali, asyik terputus je. then bila tiba-tiba member BK angkat and dia pun cakap suruh lalu je terowong tu and akan ada ke Genting Sempah rnr since BK kena tunggu officemate BK disitu. . Jadi, BK kuatkan diri masuk dalam terowong tu and bawa kereta selaju yang mungkin, masa tu dah tak fikir apa-apa dah and just fikir nak keluar terowong tu dengan cepat and tawakal.
And Alhamdulillah BK melepasi terowong tu dengan cool .. Like a boss bak kata member BK. aha.

Sesampai sahaja di rnr Genting Sempah, BK cuba untuk tak berfikir pasal van tu lagi sebab kata orang macam tak elok kita memikirkan perkara tersebut kalau kita still ada kat kawasan tu coz nanti lagi benda tu suka. So, BK habiskan waktu dengan membaca buku dalam kereta sementara menunggu officemate BK untuk naik ke Genting.

Pesanan BK, janganlah drive kat area-area tu sensorang, at least ajaklah member terutamanya girl-girl sebab macam agak bahaya jugaklah kalau nak drive sensorang tu. expect the unexpected. Kejadian di atas hanyalah pengalaman dari owner blog ini.Janganlah sebab cerita ini anda macam takut pula nak drive kat situ lepas ini. Ini cuma peringatan dan ambil langkah berhati-hati. Takut kita pada Tuhan yang satu kan. Kalau BK boleh drive sensorang kenapa tidak anda yang penting hati-hati and bacalah apa-apa yang patut. Hee..

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Firasat Mimpi

Pengalaman Pemandu Van