in

Ulek Mayang

Antara kisah urban legend paling popular di Malaysia, tarian ulek mayang sangat menarik dan mistik, malah dikatakan berhantu sampai ke hari ini.

Mesti korang selalu dengar kalau menari lagu ni mesti ada yang kena rasuk. Jujur, aku tak begitu yakin dengan kaitan lagu ulek mayang dengan kena rasuk. Jangan risau, aku dah pernah saksikan juga budak perempuan kena rasuk masa buat latihan tarian lagu ni….bertenang semua.

Aku mulakan dulu dengan sejarah ringkas lagu ni….
Pada zaman dahulu kala, para nelayan di pantai timur semenanjung dikatakan mengamalkan banyak ritual. Salah satunya adalah tidak memakai apa² pakaian berwarna hijau apabila turun ke laut kerana hijau merupakan warna diraja (royal colour) semangat laut. Selain itu, amalan menyentuh air laut apabila sampai di lubuk ikan dan minta izin semangat laut dahulu sebelum menangkap ikan. Ritual² yang lain termasuklah persembahan kepada semangat laut. Sekarang aku rasa takde dah kot kepercayaan macamni…even tarian ulek mayang pun dah jadi budaya, bukannya ritual lagi sebabnya boleh jatuh syirik uols, menyembah selain tuhan yang satu.

Tarian ulek mayang menceritakan kisah nelayan dan semangat laut.

Mengikut versi yang popular, pada ketika itu 4 orang nelayan ingin turun ke laut….ketika berada di lautan, sampan/perahu mereka dipukul ombak yang kuat. Mereka yang sedaya upaya menyelamatkan diri akhirnya terdampar di pantai.

Dalam 4 orang lelaki tersebut, cuma seorang saja yang tidak sedarkan diri. Masih hidup, namun tiada respons dan rakan²nya mempercayai bahawa roh lelaki tersebut mungkin terperangkap di alam ghaib. Maka seorang bomoh handal dipanggil untuk membantu memulihkan semangat lelaki yang tak sedarkan diri tu.

Ada yang kata, semangat laut ni yang bantu menyelamatkan nyawa nelayan² tersebut dan lelaki yang tak sedarkan diri itu terpukau dengan kecantikan semangat laut yang digelar puteri mayang sari tu.

Versi lain pula kata, puteri ni dengan sengaja cuba memukau nelayan² tu tapi cuma seorang yang terpengaruh.

Apabila malam tiba, bomoh tersebut memulakan ritual untuk memanggil kembali semangat nelayan yang terperangkap itu. Ritual bermula dengan menggunakan mayang pinang dan bomoh tu dapat merasakan kehadiran puteri tersebut. Maka, pertempuran antara bomoh tersebut menjadi sengit apabila puteri tersebut menyeru saudaranya untuk membantunya, dan kemudiannya memanggil lagi dua saudaranya dan kemudiannya muncul dua lagi semangat laut yang sangat jelita datang membantu sang puteri untuk menentang bomoh tersebut. Dikatakan, enam puteri bersaudara menari untuk menarik perhatian bomoh agar terpukau dengan kecantikan mereka.

Ketika pertempuran semakin berlanjutan, akhirnya datang seorang puteri yang paling jelita, paling berkuasa dan paling bijak diantara mereka. Puteri ke 7 yang paling cantik itu dikatakan puteri sulung, mengarahkan adik²nya menghentikan pertempuran tersebut. Melihat kehadiran puteri itu dapat membantunya memulihkan semangat nelayan tersebut, bomoh itu merayu kepada puteri ke 7.

Lalu puteri ke 7 berkata “aku tahu asal usulmu…” dan mengarahkan “Biar yang di laut kembali ke laut, yang di darat pulang ke darat…”

Berasa bersyukur dengan kebaikan sang puteri, bomoh mempersembahkan nasi kuning kepada mereka sebagai tanda terima kasih, ritual ini berlanjutan sehinggalah kedatangan ajaran Islam ke tanah melayu. Versi lain mengatakan puteri ke 7 meminta persembahan nasi kuning bagi meredakan kemarahan puteri² yang lain.

Rangkap lirik lagu ulek mayang menceritakan ritual yang dilakukan…

“Umbok mayang diumbok
Umbuk dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek dengan puterinya dua”

Menceritakan sosok tuan puteri….

“Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggol sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning”

Sosok puteri ke 7….

“Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggol sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri”

Rangkap terakhir ritual tersebut…

“Ku tahu asal usulmu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang ku umbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang ku pulih
Pulih balik sedia kala”

Dikatakan lagu ini dilarang untuk dinyanyikan di pantai, mungkin dikhuatiri menyeru semangat laut tanpa sedar tambah pulak mereka ini bukan golongan manusia. Yang menjadikan lagu ini berhantu adalah ritual didalam setiap rangkap lagu. Lagu asalnya telah diubah, kalau perasan cuma ada lirik puteri ke 2,4,6 dan 7. Dan lagu ini perlu ditutup dengan rangkap terakhir.

Kini, tarian ulek mayang di persembahkan sebagai tarian kebudayaan, mempunyai watak² nelayan, bomoh dan 7 orang puteri yang sedang menari di belakang mereka ketika ritual memanggil semangat nelayan yang tak sedarkan diri.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roommate

Mak Yong