in

UKM

Masa tu aku dalam tahun akhir di UKM.. dah nak final, jadi aku stdy dalam bilik di kolej.. untuk senior memang sorang satu bilik.. sampai dalam pukul 11pm, aku pun tido sbb dah mengantuk sgt.. aku ni jenis alert time tido, jadi bunyi2 sikit pun aku dah boleh terjaga.. tengah syok2 tido tu, ttiba aku tersedar sbb terdengar suara org perempuan tgh bborak luar tingkap, seakan berbisik gitu.. “sohsehsohseh..hihihi..sohsehsohseh..hihihihi” lebih kurang camtu la bunyinye.. lebih kurang 1pagi.. ckp sikit,gelak..ckp sikit,gelak lagi.. masa tu aku xfikir apa dah, sbb aku igt bbdk perempuan ni xtido lagi sbb stdy final kan.. dalam hati cuma cakap “apelaa yg korg dok gosip ni..kacau btol org nak tido” pastu aku pun sambung tido lg..

Dalam pukul 3 pagi, aku terjaga lagi, sbb bunyi yg sama.. masa tu pn memang agak sejuk, aku malas nak layan sbb masih lagi berfikiran positif..huhu..

Dalam pukul 4 pagi, terjaga lagi..sebab yg sama.. bengang juga la sbb gosip tak berhenti.. sikit2 gelak..hampeh tol.. tergerak juga hati nak bangun n selak langsir, sambil sound bbdk yg gosip tu, suh tukar port.. sbb jelas sgt bunyinya, betul2 luar tingkap.. tgh separuh sedar tu,tetiba boleh pulak aku terfikir, “eh, bilik ko kan kat tingkat dua!” serentak dgn tu, ttiba terus senyap sunyi, dah takde dh suara pompuan kat luar tingkap aku.. adoi..

nasib baik laa aku tak bangun n sound “suara’ tu.. sekali muka dia dpn tingkap tu, mau terbang smua ilmu yg aku stdy malam tadi.. Nauzubillah.. hihi..

Aku xpasti korg pernah alami tak misteri yg pernah aku alami ni..tp kejadian ni pun berlaku pada aku masa kt U tu.. ada satu malam tu (xsilap aku, bberapa hari lps kejadian di atas), aku stdy la mcm biasa dlm bilik sambil ditemani alunan ayat suci Al-Quran dari lptop aku (serik punya pasal..haha)..dah agak lewat malam, dlm 1-2 am cmtu.. tgh syok2 stdy, ttiba

TINGG!!

masuk 1 msg dlm hp nokia 3310 aku..

bila aku bukak, msg dari nmbo yg x dikenali (xsilap, nmbo digi) bertulis : “tengah stdy ke???”

perangai aku, kalau nmbo ntah sape2 msg n xkenalkn diri n aku pun xkenal siapa pemilik tu, aku mmg xkn balas..kalau zmn skrg, org panggil “stakat bluetick je”..kihkih.. cmtu jugakla yg aku buat, aku xbalas msg tu n aku smbung stdy..

xlama, dlm 5 minit pastu, masuk lagi next msg dari nombo yg sama..

“awk dengar surah yaasin keee…..”

aku dh rasa semacam..siapa pulak bg msg2 misteri cmni ttgh malam? boleh pulak kau tau aku bukak surah yaasin padahal slow gila kot suara ngaji yg aku bukak tu.. ahh sudah.. terus aku tutup buku, selubung 1 badan dgn selimut n nak tido tanpa tutup lampu..

TING!!

menggigil2 tgn aku capai hp, nk tgk msg ape…

“nak tido dah keeerr??”

@!###5%&(????!!!!

lantak la ape nk jadi, terus aku off phone aku, baca ayat2 apa yg patut n aku nekad nk tido (dalam hati berdoaaa je, jgnlaaa hp yg dh off tu bbunyi lagiii..haha)

nasib baik xbbunyik dh..huhu.. Alhamdulillah aku dpt tido smpai pagi..
Besok paginya, aku On smula hp tu sbb nk pastikan nmbo sape yg msg.. plan aku, nk call laa nmbo tu n confirmkan yg pemilik tu manusia kan..huhu

puas aku godeh2 hp tu, nak cari smua msg2 misteri yg x diundang tu.. xde sbarang trace pun.. hilang cmtu je.. sampai sekarang, aku still xtau siapa yg msg aku.. adakah manusia ataupun jebon..

Wallahu a’lam…. Thanks smua sbb sudi baca.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

MRSM

Firasat Mimpi