in

Tomino’s Hell

Kisah urban legend jepun paling seram bagi aku. Untuk pengetahuan awal, aku terpaksa tapis content story ni sebab aku nak elakkan perkara yang tak diingini jika betul² berlaku. Nak tahu lebih lanjut, boleh google TAPI sebarang risiko yang diambil adalah tanggungjawab sendiri.

Berdasarkan sebuah puisi terkenal jepun, puisi ini dikatakan hanya boleh dibaca didalam hati, tak boleh baca kuat² dan kau kena bertanggungjawab atas apa yang kau baca. Tomino’s Hell トミノの地獄 ditulis oleh Yomota Inuhiko dalam sebuah buku bertajuk “The Heart is Like a Rolling Stone” (心は転がる石のように), dan termasuk dalam Saizo Yaso’s (西條 八十) koleksi puisi yang ke 27.

Ramai pun tak tahu dari mana kisah seram ni bermula, tapi ada amaran berbunyi “jika anda membaca puisi ini kuat² (out loud), perkara tragis akan terjadi”.

Puisi ni pernah menjadi tersangatlah popular dan ada kalangan manusia yang ambil gambar dan video, upload online sebagai bukti. Ramai yang dah cuba cakap tiada apa² pun yang berlaku, malah ramai juga yang tiada khabar setelah upload post tersebut. Maksudnya status unknown, tak pasti hidup lagi ke dah mati. Jika anda berniat nak baca puisi tu, lupakan jelah….

ingat ni “ghost cant kill people, but they can make people be killed”

Jangan di cari benda yang dah memang ada disekeliling kita ye anak muda

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jambatan Ancol

Gelang