in

Malam Terpanjang Dalam Hidup Aku

Dah lama teringin nak kongsi pengalaman aku masa sekolah dulu. Jadi biar aku abadikan di sini aje kisahnya. Boleh jugak buat kenang kenangan Anyway,

kisah ini berlaku masa aku di Tingkatan Satu. Sebuah sekolah asrama penuh yang terletak di Perak. Tak payah la mention sekolah apa ek. Pemes jugak sekolah ni. Tak pasal2 aku kena cantas dengan wargasekolah tu karang Jadi, begini kisahnya…………..

Masa tu, peperiksaan pertengahan tahun baru nak mula. Seperti biasa, waktu petang dan waktu malam adalah ‘waktu prep’ atau waktu study. Tapi biasalah, baru tingkatan 1 kot masa tu, banyak main je lebih. Dan aku ingat lagi ada seorang kawan bernama Ani (nama samaran) bagitau aku sesuatu….
Ani: ‘awak, nak tau tak?’
Aku: ‘apa dia?’
Ani: ‘akak senior dorm kite cakap, tempang dah datang….’ bermuka serius
Aku: ‘Em?? Tempang? Sape plak tu?’
Ani: ‘Ish, awak ni tak tau ke??
Dia tu lah hantu yang selalu kacau student kat asrama.
Malam tadi ada akak senior dengar… Dia kata bunyi si tempang tu dasyatttt sangat,……’
………………. terkedu mendengarnya…

Tapi yelah, aku baru tingkatan satu yang innocent masa tu. Belom tau lagi perasaan takot hantu tu macam mana sebenarnya….. Jadi terdetik dalam hati aku ‘Macam ek bunyi si Tempang tu…?’
Haaa sape suruh gatal sangat nak terdetik2 dalam hati kan? Maka, rasakanlah.

Dan malam itu…. Berlakulah kejadian seram yang pertama dalam hidup aku. Dan biarlah yang terakhir. Aku tak sanggup lagi nak hadapi situasi yang sama lagi… Dan sebab kejadian itu jugak, aku telah menjadi sorang yang penakut sangat. Jangan harap aku nak tengok cite antu dah. Tengok iklan seram kat tv pon aku dah menjerit :@

Pada malam tersebut…..
Kami pergi ‘kelas prep’ macam biasa. Tapi macam pelik, tetiba kami dapat arahan supaya prep di surau bawah asrama dorm sahaja. Tak perlu pergi kelas dekat sekolah. Emm.. Macam ada sesuatu yang ganjil telah dan akan berlaku.. Jadi kami semua pon duduk prep di dalam surau. Ikot kelas masing dan membuat ulangkaji pelajaran…
Dan tiba2 ada jeritan dari hujung blok asrama…”arghhhhhhhhhhhhhh…………tempangggggggggggg!!!”

Maka kami semua lari lintang pukang yang teramat sangat. Bayangkanlah, kesemua pelajar aspuri yang dalam surau tu nak lari lintang pukang keluar dari surau untuk masuk ke dorm masing2. Aku teringat lagi Kak Ina (nama samaran jugak) telah terjatuh dan kemudiannya dipijak2 oleh pelajar lain. Gigi depannya telah patah dalam kejadian hitam tersebut…

Aku? Di mana aku masa tu? Aku pon berlari selaju mungkin untuk menyelamatkan diri. Aku ikot aje akak senior dorm aku… Akhirnya dalam sekelip mata, asrama jadi senyap sunyi..semua dah menyorok dalam bilik dorm masing2…. Semua diarahkan utk mengunci pintu dorm.. Dan kami memulakan sessi bacaan yasin beramai2 di dalam dorm…

-bersambung lah ye panjang jugak kisah ni.

taklah panjang sangat. mungkin 3 bahagian aje. yang pastinya, kisah hitam ini betul2 mempengaruhi hidup aku.

Aku telah trauma utk beberapa ketika dan menyebabkan aku berhenti sek asrama dan duduk umah kat kampung bawah ketiak mak
Sessi bacaan yasin beramai2 dimulakan… Akak2 senior otai dalam dorm lah yang baca kuat2. Aku ni dah mengigil bibir dah rasanya. Nak baca apa pon semua terabur dah. FYI, dalam bilik dorm masa tu memang campur2. Kalo tak silap, ada 20 orang dalam 1 dorm. Ketuanya Kak Hasni (nama samaran jugak. padahal aku tak ingat dah nama akak tu. HAHA) lah ketua dorm. Dia lah yang dok comfortkan adik2 junior yang dah tak tentu hala masa tu.

Lepas ditenangkan Kak hasni, aku ada sedikit tenang. Kemudian join baca yasin sama2 sampai habis.
Jam menunjukkan waktu 11pm. Biasalah sek asramakan, kul11 wajib tutup lampu. Maka, bergelaplah kami semua. Hanya diterangi cahaya lampu koridor saja. Kak hasni suruh adik2 junior semua tidor. Geng senior yang terdiri dari tingkatan 5 dgn 6 saja berjaga. So kami pon landing lah di katil masing2. Eh tak, aku tidor sebelah kawan aku malam tu. Katil double decker, tempat aku atas, kawan aku bawah. Tapi sebab takot, ketua dorm benarkan aku tidor sebelah kawan aku ni. Dia pon form 1 jugak. Kita gelar dia sebagai Siti lah ye. Jadi aku pon tidur di sebelah Siti.
Tapi sebelum nak lelap tu, jenuh jugak lah aku nak bagi tido. Baca macam2 ayat nak bagi tido. sebelum terlelap, aku sempat jeling akak2 senior yg masih berjaga sedang membaca ayat2 suci alquran di tengah2 dorm. Dan lama selepas tu aku pon tertidor….

Episode hitam pon bermula..

Aku terjaga dari tidur… Kakak2 senior yang sdg baca alquran di tengah2 dorm tadi semua dah terlelap. tapi cara mereka tidur seakan pelik. seakan akan tidak bersedia dan bergelimpangan. Aku sempat tengok jam di tangan… PUKUL 2.45AM….
DAN TIBA TIBA….
AKU TERDENGAR BUNYI SESUATU (bg caps lock jap sebab ni part seram )

BUNYI SESUATU YANG AKU TAK PERNAH DENGAR,…JANTUNG AKU SEAKAN TERHENTI….KEMUDIAN BERGERAK DGN LAJUNYA MCM BARU LEPAS MARATHON BBRP KILOMETER…..NAUZUBILLAH…DAN PADA MASA ITU, AKU YAKIN AKU SEDANG MENDENGAR KEHADIRAN TEMPANG……….

— Sebelum tu meh nak bg pengenalan Si Tempang kejap. Si tempang digelar tempang kerana kakinya tempang. Ada kata dia hantu. Ada kata dia manusia yang menuntut ilmu hitam dan tak khatam belajo ilmu. Wallahualam —
Oleh kerana keadaannya tempang sebelah kaki, maka bila dia berjalan, dia akan berjalan setapak DAN KEMUDIAN MENYERET SEBELAH LAGI KAKI….(hoi bulu roma aku meremang dah ni oiiii )..Dan sebelah kakinya menyeret seutas rantai besi….Dia jugak menggunakan tongkat..

Jadi di malam yang sunyi sepi, ko tahu tak macam mana bunyi dia??? Macam ni…
srettttttttttt tuk….
srettttttttttt tuk….
srettttttttttttttttt tuk….
Ya Allah, aku terngiang2 lagi bunyi itu. Infact sampai skrg aku berdoa aku tak akan mendengar lagi bunyi itu .

Srettttttttttttttttttt tu adalah bunyi dia menyeret kaki yang ada rantai tu..dan tuk tu bunyi tongkat dia….
Bunyi dia dari kejauhan….dan kemudian semakin dekat…semakin dekat….dan tiba2 bunyi tu terhenti….

Aku cuma mampu memejamkan mata sekuatnya… Aku rasa macam nafas aku terhenti… Aku tak mahu dia terdengar bunyi jantung aku yang laju… Dan tiba2…
GEDEGANGGGGG!!!!! GANGGG!!!
MasyaAllah, nasib baik aku sempat tutup mulut dan tak menjerit. Tempang mengetuk pintu dorm kami. Mujur seniour dan letak almari depan pintu bilik.. betapa kuatnya goncangan itu ya Allah…. Aku makin berpeluh2… Tempang terus menggoncang pintu bilik dorm kami… Aku cuma menggerak kawan aku siti… dan tiba2 diam….ALAMAK!! Dia dengar aku jaga ke? ya Allah….selamatkan aku…dan aku terus membaca ayat2 suci alquran… Pada masa yang sama aku menggerakkan Siti..aku cubit2 dia..tapi dia masih tidur.. Siti…Sitii….Nape tak bangun…. Hati aku terdetik… Siti kena pukau ke?? takkan dia tak rasa langsung aku cubit kuat gila???

Adakah akak2 senior pon telah dipukau sebab itu mereka tidur bergelimpangan??? Aku yakin mereka semua telah dipukau. Dalam kegelapan malam itu, aku cuba mengintai akak2 yang tidur di tengah2 bilik dorm itu. SAH! KONFEM dorang kena pukau ni sebab cara dorg tidur memang bersepah. Bila bunyi si Tempang semakin jauh dan sayup2 aku cuba cubit2 Siti lagi. Aku gerak2 dia. Memang aku goncang2 badan dia tapi haramm nak bangun….
Aku masih lagi mendengar bunyi si tempang… Aku dengar dia berjalan di seluruh blok. Di setiap tingkat…. Dan hati aku makin berdebar2 bila bunyi seram itu semakin dekat….
srettttttttttttttttttttt tuk
sretttttttttttttttttttt tukk
srretttttttttttttttttttttttt tuk
Dan bunyinya berhenti seketika…. Dan dia kembali menggoncang pintu dorm
GANGGGGG!!!
GEDEGANGGG!!!
Kemudian ada pula bunyi dia mengetuk2 cermin tingkap..
Macam bunyi kuku tajam mencakar cermin pon ada Waktu tu, hanya Allah je yang tahu perasaan aku. Macam mana bunyi jantung aku… Yang aku heran tu, tiap kali aku cuba menggerak Siti, dia terus senyap. As if dia dengar pergerakan aku or something
Satu badan aku dah berpeluh2..dan situasi itu berterusan sampai ke pukul 5 pagi….

Pada jam 5.40am, azan subuh pon dilaungkan. Dan bunyi yang mengerikan itu hilang secara tiba2.

ITULAH MALAM TERPANJANG DALAM HIDUP AKU……

Selepas solat subuh di surau, aku menangis2 pada ketua dorm dan aku ceritakan apa yang berlaku. Dan, mereka memang tak dengar langsung ‘lawatan’ si tempang malam tersebut. WUAAAA nape aku? nape aku yg dengar??? Tapi, ada jugak 2,3 orang senior di dorm lain yang turut mendengar apa yang aku dengar. Maka, sahih lah. Aku bukan berhalusinasi ke ape….
Dan siangnya, seperti biasa, kena ke sekolah.

Sebelum pergi sekolah, kami 1 dorm terkesima kejap. Sebab dekat tingkap ada sesuatu. Iaitu, LANGSIR BILIK seperti di selak dan disangkutkan di cermin. Macam seolah2 si tempang tu mengintai ke arah katil aku yg terletak selang 2 katil dari tingkap Kakak yang duduk kat tepi tingkap mujur tak tidur di katil dia masa malam tu..
So memang kalo dia selak tingkap dari luar, nampak terus katil aku… Tapi oleh kerana weols memang tidur berkelambu, dan aku hanya pejam mata sepanjang malam, jadi aku tak nampak apa2. Dan tak ingin melihat apa2..

Ya Allah…meremang bulu roma aku masa taip ni
Di sekolah, jenuh la aku kena interview dengan semua orang pasal cerita si tempang yang aku dengar. Tetiba glamour plak Tapi aku masih lagi dalam trauma. Rasa macam sentiasa diperhatikan oleh sesuatu aje. Atau, itu hanya perasaan aku saje? Wallahualam….

Dan selepas malam pertama aku mendengar bunyi itu, aku terus mendengar bunyi itu SETIAP MALAM SELAMA 2 MINGGU. Hidup aku betul2 dalam ketakutan.

Setiap malam, aku akan mendengar kehadiran si tempang… Dan bukan saja hanya bunyi strettttt tukkkk tersebut, tapi kadang2 ada bunyi yg lain2… Macam bunyi seret kerusi… Ketuk2 dinding… bunyi air… Hmm… Selama 2 minggu tu aku dah macam mayat hidup aje. Tak dapat tidor malam. Kenapa tah malang nasib aku, hampir pukul 3 je aku terjaga!! Motip???
Lepas exam tamat,

akhirnya aku mengadu dekat Mak. Aku nekad untuk berhenti sekolah… Maka, bersoal jawab la dengan pengetua etc etc… Aku memang nekad nak berhenti. Pujuklah aku macam mana pon, langsung tak aku layan masa tu. In fact, pengetua cuba nak transferkan aku ke sebuah lagi sekolah berasrama yg kakak aku belajar masa tu, tapi aku tetap refuse. Aku trauma sangat2 dah. Dapat 1 sekolah dgn kakak sendiri pon aku tak sanggup dah..

Jadi, pengetua pon tak dapat buat apa dah. Lalu, aku pon balik kampung dan sekolah kt kampung aje. Tiap malam dok bawah ketiak mak

  • tamat –

Selepas aku berhenti sekolah, aku masih ada contact kawan2 di sek lama tu. Dorg ada cerita, kisah pasal si tempang masih misteri. Kononnnya ada satu hari tu, pelajar2 seniour lelaki dan ustaz2 cuba untuk memerangkap dan menangkap si tempang. Setelah di kepung dan ustaz pon membaca ayat2 suci al quran, tapi, tetiba si tempang ghaib…
Jadi, ianya masih sebuah misteri. Yang tak mungkin aku lupakan sampai bila2. Kesan kpd diri aku pula akibat trauma disebabkan kejadian itu. SAMPAI SEKARANG aku mengigit kuku tangan secara extreme. Kadang2 aku gigit kuku sampai berdarah. Alkisahnya, masa aku mendengar bunyi2 seram si tempang tu, aku macam mengigit2 kuku aku… Sebab aku takot aku TERjerit… Dan tak sangka,

bermula hari itu, dan sampai sekarang, aku masih mengigit kuku. Bunyi macam kelakar eh? Tapi benar semuanya… Naseb pas ada anak sorg ni, aku tak gigit kuku sgt, sebab sebuk melayan anak kan….

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Roommate Jelmaan Jin

Cik Nampak Tak Apo Bondo Tu?