in

Tinggal Sendirian Di Asrama

Assalammualaikum semua peminat kisah seram. Aku wan seorang bekas pelajar di sekolah teknik . . . . . Di sabah. Ingin berkongsi kisah seram yg pernah aku alami sewaktu belajar dahulu. Ringkas tp bagi aku sangat menyeramkan. Sewaktu aku di asrama, warden telah umumkan cuti sem untuk semua pelajar dan kepulangan untuk semua. Hari itu juga warden cakap boleh pulang, jadi ramailah pelajar ambik peluang untuk pulang hari tuu juga, ada yg pulang keesokan harinya. Kawan-kawan 1dorm aku pula semua mengambil keputusan untuk pulang esok jadi dalam hati aku berkata bagus juga sebab masih ada kawan lagi yg tinggal sini, malam pun tiba aku cubalah contact family aku minta diorang ambil pagi besok tapi malangnya tiada yg dapat ambik aku sebab kesebokan bekerja, lusa barulah diorang dapat ambik aku. Besoknya semuaa kawan-kawan 1dorm aku pun pulang jadi aku tinggal sendirian di dorm tapi aku tidak risau dan tidak rasa takut pun sebenarnya sebab dalam fikiran aku masih banyak lagi pelajar yg belum pulang. Tapi agak bosan jugalah sebab tiada kawan 1dorm, aku pn malas mau bejalan ke dorm kawan-kawan yg lain jadi aku ambik keputusan untuk pegi cuci pakaian sebab tiada mau buat apa2 kan. Jam1 petang tu aku pegi laa bangunan sebelah sebab di bangunan tempat aku tuu tandas tiada air jadi terpaksalah pegi bangunan sebelah. Tapi yg buat aku seram, di tandas bangunan sebelah tuu suram, di hujung pula tu. tengah cuci kain, aku perasan macam ada yg tengah memerhatikan aku dari atas dinding tandas, dinding tandas tu pula tidak tertutup sampai ke siling bangunan, aku perasan benda tu lompat ke satu tandas ke satu tandas yg lain. Aku pn beranikan diri cuba berkata kata. “Aku cuci pakaian ni, aku tidak kacau kau jadi kau jangan kacau aku” tapi benda tu masih juga melompat lompat, aku tidak hiraukan dan buat macam tiada apa-apa yg berlaku, sambil menyayi untuk hilangkan rasa takut. Tiba-tiba aku perasan ada orang masuk dalam tandas, aku pn ” huh legaa, ada juga kawan jadi tidaklah rasa takut sangat”. Siap saja cucian aku semua, aku pun letaklah baldi aku yg berisi pakaian di luar tandas. Tapi aku hairan, dalam hati aku “kenapa orang dalam tandas ni lama sangat, air paip dari tadi terbuka sampai melimpah-limpah” aku pun ambik keputusan untuk panggil orang yg berada dalam tandas tu. “Siapa di dalam tandas? Bro o bro?” Tiada siapa yg menyahut, paip masih lagi terbuka. Aku beranikan diri cuba tolak pintu tuu. Alangkah tekejutnya aku, pintu tandas tidak berkunci dan paip masih lg terbuka. Aku pun apa lagi, terus belari keluar dari dalam tandas sampai terjatuh jatuh, aku tarik baldi yg berisi pakaian cucian dan terus lari ke dorm aku. Begegar gegar dan rasa takut yg teramat. Nasib baik laa masih lagi siang, kalau malam huh ! Tidak tau mau buat apa lagi. Aku cuba tenang kan diri, dan lepas tu aku jemur pakaian. Petang pun tiba dalam jam5 begitu. Aku keluar laa konon2 mau besukan. Sekali aku tengok kawasan tempat besukan tu 1 kelibat manusia pun tiada, dalam hati aku berkata “di manakah semua orang di asrama nii,tak kan laa semua pulang? Hmm” tidak lama selepas tuu aku nampak security guard datang dan menghampiri aku. Dan dia pn bertanya” kenapa kau tidak pulang?” Aku pn jawab “family aku busy, besok barulah diorang ambik aku” security guard pun cakap “kau tau kaa, di asrama ni, asrama lelaki kaa perempuan kaa semuaaa sudah pulang, sekarang ni tinggal kau dan aku saja, warden pn sudah balik. Punyalah aku tekejut sampai tidak mampu berkata apa-apa. Terus meremang bulu roma aku. Security guard tuu cakap lagi “sekarang ni kau duduk diam-diam dalam dorm dan jangan keluar pegi mana-mana” dan dia terus berlalu pergi. Aku dengan rasa ketakutan, risau, begegar terus masuk dorm tutup pintu dan duduk diam2 di katil sambil befikir “macam manalah aku malam nii aduuii” aku cubalah call abang, kalau boleh minta ambik hari ni juga sebab tiada siapa-siapa lagi yg tinggal sini melain kn aku sorang saja. Abang aku pun setuju tapi dia cakap dia datang lewat sikit, aku pn ok kan saja yg penting dia ambik aku hari ni juga. Part yg paaaling aku takut, malam pun tiba dalam jam10 malam begitu. Tiba-tiba ada orang ketuk pintu dorm, aku ingatkan security guard, dalam hati aku “mungkin abang aku sudah sampai” aku pn bukalah pintu. Alangkah tekejutnya aku, aku buka pintu tiada siapa-siapa yg berada di luar pintu dorm ! Aku tutup pintu dan terus belari ke katil. Aku tidak tau mau buat apa lagi, bepeluh, begegar, takut. Semua perasaan tu ada. Pintu dorm aku di ketuk lagi tapi aku tidak berani lagi buka, setengah jam pintu dorm aku d ketuk. Behenti sekejap ketuk balik behenti sekejap ketuk balik. Aku baca laa surah-surah yg aku tau. Sampai laa hand phone aku berbunyi. Abang aku call, dia cakap dia ada di pondok security guard. Aku pun cakap la yg pintu dorm aku balik2 di ketuk tapi buka pintu tiada orang di luar. Security dan abang aku pun terus berlari ke tempat aku. Sampai saja di dorm aku pun buka pintu dan terus ikut abang aku pulang. Aku tidak boleh bayangkan kalau abang aku dan security guard tiada masa tu.

Itu saja perkongsian kisah seram aku, terima kasih kerana membaca. Ingat sahabat-sahabatku semua. Tiada yg lebih berkuasa melainkan Allah Assalammualaikum warohmatulullah

🙋

🏻‍♂️

Perkongsian Daripada Erwan.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tandas Terbiar

Kelas Tambahan