in

The Screaming Tunnel

Ada beberapa versi tentang terowong popular ini malah ia menjadi salah satu tarikan pelancong di Kanada.

Ada beberapa versi sejarah kisah seram terowong ini tapi mempunyai subjek dan ending yang sama.

Penampakan hantu yang sama dalam setiap versi iaitu seorang gadis berpakaian berapi (terbakar) dilihat di dalam terowong ini.

Versi 1:

Gadis yang memakai pakaian berapi tersebut dikatakan melarikan diri dari kebakaran bangsal berdekatan terowong tersebut, dia mencari air yang mengalir di terowong, berjaya sampai namun mati akibat kecederaan teruk.

Versi 2:

Seorang gadis dikatakan diheret oleh bapanya sendiri, membakarnya di dalam terowong tersebut kerana gagal mendapatkan hak penjagaan anak.

Versi 3:

Sesetengah orang mempercayai bahawa gadis ini diganggu oleh lelaki mabuk dan membunuh gadis tersebut dengan cara membakarnya bagi menghapuskan bukti.

Walaupun mempunyai versi yang berbeza, akhir cerita tragis gadis ini tetap sama, iaitu ketika terbakar, dia menjerit sehingga mati.

Orang kata kalau kau masuk sampai di tengah² terowong tu waktu malam, nyalakan mancis, hantu gadis ni akan menjadi takut dan masa tu kau boleh dengar jeritan dia tembus antara dunia ni dan dunia dia. Tak lama lepastu, kau boleh rasa tiupan angin yang memadamkan api mancis tu.

Sebab tu tempat ni menjadi antara terowong yang terkenal dalam kalangan pelancong.

Cerita sebenar pula dikatakan, kawasan terowong itu dahulunya ada penempatan kecil yang semua penduduknya mengenali satu sama lain malah mengetahui rahsia semua orang yang tinggal di situ.

Ada sepasang suami isteri yang tinggal bersama mereka digelar aneh, penduduk menceritakan mereka terlalu sering bergaduh secara ganas. Disebabkan itu, si isteri dipulau oleh jiran² kerana dia dikatakan tidak terkawal.

Setiap kali pergaduhan, wanita tersebut akan keluar diwaktu malam menuju terowong tersebut. Sampai di tengah² terowong, dia menjerit sekuat hati. Lagenda mengatakan wanita tersebut ingin semua orang mendengar dia dan merasai kesakitan yang dia alami.

Mungkin dari story² ni lah terowong tu dapat nama “The Screaming Tunnel”.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bangunan Tran Hung Dao

Mayat Di Bawah Katil