in ,

Tetamu Misteri

Asalamualaikum semua, Hari ni aku akan ceritakan pengalaman aku tentang Tetamu Misteri. Cerita ni bukan lah seram sangat… (kalau adelah) tapi aku tetap ceritakan nye… Mungkin anda pernah mengalami cerita macam ni, tak pernah, idk. Tanpa buang masa mari aku ceritakan.

*Semua Nama Yang Ditulis Di Cerita Ini Bukanlah Benar.*

Hai. Nama aku  Zahrah. Aku tinggal di Shah Alam. Aku duduk dengan kawan aku, Fatin. Aku ni selalu duduk rumah aje, gosok baju, sidai kain, macam macam lah, tapi si Fatin ni dia suka keluar, ajak main masak-masak lah ngan kawan nye… Tiap hari macam tu.

Suatu hari, Fatin keluar rumah sebab nak main badminton ngan kawan-kawannye tu, aku tak pegi lagipun aku kena bersihkan rumah. Jam sudah menunjukkan 9.30 malam , dan Fatin belum balik lagi. Aku terus masuk ke bilik aku dan terus baring kat katil aku, tapi aku tidak boleh terlelap sebab aku hairan tentang kawan aku.

30 minit kemudian aku terbangun dari tidur aku, sbb aku terdengar ketukan pintu… ‘Aduhai, sape lak yg ketuk pintu malam-malam camni nih?’ tapi aku tak ‘realized’ yang orang tu ialah kawan aku, Fatin. ‘Kau nape balik lmbt, Fatin,’ cakap aku. ‘Sorrylah Zahrah, aku balik lmbt sbb hujan tadi,’ jawab Fatin. ‘Takpelah, aku nak mandi dulu,’ jawab Fatin lagi. Fatin terus melulu masuk ke dalam bilik, ambil towel, dan terus mandi.

Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam, dan kawan aku tak habis mandi lagi. Tiba-tiba aku dapat panggilan telefon dari Sofia dan aku menjadi hairan tapi sebenarnya panggilan itu dibuat dari hospital.

‘Kamu ni mesti kenalan Fatin, kan? Kami ingin memaklumkan yang Fatin telah pun meninggal dunia.’

Aku berasa panik dan hampir pengsan masa tu. Aku tak tahu nak buat ape, aku perlahan-lahan pergi ke bilik mandi. Bilik mandi tu tak jauh pun dari bilik aku. Sampai saja aku kat bilik mandi aku terdengar suara perempuan yang menjerit minta tolong. Aku biarkan je, perlahan-lahan aku buka pintu aku ternampak shower yang masih berpasang. Aku buka lagi pintu tu, aku ternampak tompok-tompok darah kat bilik mandi itu.

Aku dah tak boleh tungu kat situ. Aku cepat-cepat berkemas sebab aku nak pindah rumah lain, aku panggil teksi yang lalu lalang kat tepi jalan, aku terus masuk ke dalam teksi. Aku dah tak berani masuk rumah tu lagi dah sampai sekarang.

Perkongsian dari Zahrah.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Mereka?

343