in

Temankan aku

Nama aku Epol (bukan nama sebenar). Disini aku ingin berkongsi sebuah cerita seram yang pernah berlaku pada aku 2 tahun yang lalu. Aku seorang pelajar Tingkatan 3 di sebuah sekolah ( tak perlulah aku sebutkan).

Pada ketika itu, aku berjaga sehingga lewat malam bersama beberapa orang kawan aku yang lain untuk menyiapkan tugasan kajian lapangan untuk subjek sejarah PT3. Kami buat kajian lapangan itu di bilik bacaan di tingkat bawah asrama sekolah aku. Pukul 3 pagi, kawan aku Apek(bukan nama sebenar) meminta aku untuk temankan dia ke kelas untuk mengambil barangnya yang tertinggal.

Aku pun bersetuju untuk temankan dia ke blok bangunan sekolah. Setelah aku dengan kawan aku mengambil barang dia, kawan aku kata dia ingin ke tandas. Dia ingin ke tandas blok pentadbiran iaitu blok yang paling hujung berdekatan tangki air sekolah aku kerana tandas di situ lebih bersih. Aku pun ikut saja dia. Ketika dia berada dlam tandas dia beritahu aku dengan suara yang agak garau “oi Epol, kau balik dululah. Aku lama lagi ni hajat aku”.

Disini aku mula rasa pelik setelah mendengar suara dia kerana suara dia tidak garau tapi aku iyakan ja lalu berjalan balik ke asrama. Dlam perjalanan balik aku rasa tak sedap hati. Bulu tengkuk aku meremang. Aku mempercepatkan langkahku pergi ke bilik bacaan untuk sambung buat tugasan aku. Sampai di bilik bacaan, kawan aku tegur aku,”oi Epol, kau pergi mana tadi lama sangat?”. Aku cakap aku pergi teman Apek pergi ambil barang dia. Kawan aku rasa pelik” aik, kau teman Apek apanya dia sudah tidurlah di atas lantai belakang meja aku ni”.

Aku tengok – tengok, ya memang betul Apek dh tidur di atas lantai belakang meja kawan aku yang tengah study tu. Kawan aku cakap Apek dh tidur 2 jam yang lalu. Bulu tengkuk aku meremang. Kalau ni Apek habis tu siapa yang aku temankan tadi?. Kalau nak kata Apek balik dari tandas sebelum aku, tak ada orang pun pintas aku sepanjang jalan balik. Lagipun dia dh suruh aku balik dulu tadi. Aku tak tau nak cakap apa. Aku terus masuk tidur. Malas aku nak fikirkan kejadian tu.

Itu sahaja perkongsian dari saya. Kisah ini saya cerita  berdasarkan pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri. Harap kamu semua enjoy dgn kisah ini.

Perkongsian daripada Epol.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Studio

Semalam Aku Tegur Siapa?