in ,

Teman Ghaibku Diatas Bukit Ikut Ke Kolej

Pada 2014, aku akan mengambil peperiksaan terbesar dialam persekolahan iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tingkatan 5. Aku adalah pelajar aliran akaun yang berada didalam kelas 5 PA di SMK Ulu Tiram. Pada awalnya, aku adalah pelajar aliran sains tulen ketika berada di tingkatan 4 kerana mendapat keputusan yang baik didalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) di tingkatan 3. Aku terpaksa bertukar ke aliran akaun kerana jiwaku tidak berminat dengan subjek yang ditawarkan dialiran sains tulen. Aku adalah seorang pelajar yang lebih mengasingkan diri untuk mengulangkaji pelajaran. Aku akan duduk terperap didalam bilik ketika minggu peperiksaan atau ujian sejak dari zaman sekolah rendah lagi.

Aku mengambil keputusan untuk duduk dirumah sahaja sambil menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) keluar. Hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar batch 97 pun tiba. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah keluar. Ada yang suka dan sedih dengan keputusan yang diperolehi. Aku mendapat keputusan yang baik iaitu 3A , 2B, 2C, 1D, 1E dan yang pastinya subjek matematik tambahan adalah G. Aku tidak lupa untuk bertanyakan soal keputusan dengannya. Dia bercerita denganku bahawa keputusannya agak memuaskan.

Setiap pelajar batch 97 berebut membeli pin UPU untuk memohon kemasukkan untuk menyambung belajar keperingkat yang lebih tinggi. Ada yang memohon matriks sebagai jalan pintas ke ijazah. Ada yang memohon tingkatan 6 kerana tidak boleh berjauhan dengan keluarga. Ada yang memohon diploma untuk merasai pengalaman baru dipelbagai IPTA dan IPTS yang ada diseluruh Malaysia. Ada juga yang terus bekerja kerana tidak mahu mengusutkan otak dengan belajar lagi.

Aku juga tidak kecuali untuk memohon tempat belajar diperingkat diploma. Akhirnya, dia ada menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran disebuah kolej swasta di Melaka. Aku rasa gembira kerana diterima.

Sementara menunggu untuk masuk ke universiti, aku selalu melepak disebuah bukit yang dikelilingi oleh tanaman kelapa sawit dikawasan rumahku. Rumahku berada didalam kawasan ladang di Johor. Ada sebuah rumah lama ditinggalkan yang tidak jauh dari tempat aku selalu melepak seorang diri.

Aku pun ada juga laa cuba memeriksa kawasan rumah tersebut tapi cuma dari luaran kerana takut akan terpijak paku dan kaca yang berada dilantai rumah tersebut. Rumah lama tersebut juga pernah dijadikan tempat untuk menghisap dadah, bermain judi dan minum arak. Pada suatu hari, aku ada terperasan satu pokok bunga cantik ditepi kawasan rumah lama tersebut. Aku juga terkejut kerana baru menyedari kewujudannya. Aku mula rasa tertarik kerana keunikkan dan keindahan bunga tersebut. Sejak dari peristiwa itu, aku akan selalu menyiram pokok bunga tersebut sehinggalah aku melaporkan diri dikolej swasta tersebut. Aku juga sering bermimpi berjumpa dengan ular hitam dan pokok bunga tersebut didalam mimpiku.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku telah melakukan segala persiapan selama seminggu sebelum melaporkan diri ke kolej swasta tersebut. Tapi, aku telah melaporkan diri lewat kerana ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. Aku tidak dapat menyertai sesi orientasi yang dilakukan oleh MPP kolej tersebut. Aku merasa ada sesuatu yang tidak kena kerana seperti diekori oleh sesuatu mahkluk yang gelap dari rumah lagi. Akhirnya, aku telah tiba dikawasan asrama kolej yang dipanggil rumsis pada waktu petang bersama-sama dengan keluargaku.

Aku telah pergi ke pejabat felo untuk mendapatkan maklumat bilik yang bakal diduduki pada semester 1. Aku telah ditempatkan dirumsis Saidina Abu Bakar. Aku terpaksa menaiki anak tangga yang agak lama dan memenatkan kerana bilikku terletak di tingkat 4. Bak kata Po didalam filem Kung Fu Panda, “tangga adalah musuh ku”. Hahahaha. Setelah siap mengangkat segala peralatan dan beg pakaian aku ke bilik, aku bersalaman dengan ibu dan ayah. Aku mengucapkan selamat tinggal sambil melambai-lambai tanganku kearah mereka.

Akhirnya, kereta yang dipandu oleh ayah pon hilang dari pandangan. Aku masih berasa tidak sedap hati kerana seolah-olah ada seseorang sedang memerhatikan aku. Aku abaikan sahaja kerana itu mungkin cuma mainan perasaan. Maka, bermulalah kehidupan aku sebagai seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan Diploma Hotel Management dikolej tersebut. Aku tidak sempat untuk berkenalan dengan kawan bilik kerana aku bukanlah jenis manusia yang suka memulakan perbualan dengan orang yang tidak dikenali.

Pada malam tersebut, aku turun ke bawah untuk membeli makanan diwarung. Aku memesan nasi goreng patayya dan teh o ais. Aku segera naik ke bilik setelah pesanan ku siap. Aku makan diruang tamu. Setelah siap makan, aku terus baring dikatil. Katil itu berada berdekatan dengan tingkap. Aku baring menghadap kearah tingkap. Tiba-tiba, ada satu sosok tubuh berwarna hitam memandang tetap kearah mata ku. Aku yang terkejut dengan peristiwa itu tanpa segan silu terus memusingkan badan ku menghadap pintu bilik air. Wajah makhluk hitam tadi sangatlah menyeramkan. Rambutnya panjang mengurai, matanya berwarna merah seolah-olah sedang menangis, giginya bertaring panjang.

Betul laa cakap orang selama ini bahawa hantu ini wajahnya tiada yang kacak mahupun cantik. Hahaha. Aku juga memasang bacaan ayat Al-Quran didalam fon dan letakkanya dipenjuru katil. Tapi, badanku tiba-tiba berasa panas seolah-olah sedang dibakar walaupun kipas telah dibuka pada kelajuan yang laju. Aku yang tidak berasa nyaman dengan rasa panas tersebut terus lari keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, aku ternampak lagi sosok makhluk hitam tersebut ditingkap. Aku berasa agak terkejut tanpa teragak-agak terus menyusun segala kerusi yang ada disitu kearah tingkap sebagai ‘benteng’ supaya makhluk tersebut tidak dapat masuk kedalam. Aku masih tertanya-tanya dengan tindakan spontan yang agak bodoh itu sampailah sekarang. Hahahaha.

Tidak lama selepas itu, makhluk hitam tersebut terus menerpa kearahku dan aku pun tumbang ke lantai seperti nangka busuk. Kawan bilik ku yang terkejut dengan bunyi tersebut pun terus berlari keluar untuk pergi ke ruang tamu. Aku yang sedang kepanasan seperti dibakar itu pun terbaring diatas lantai. Kawan bilik ku segera mengangkat ku dan segera memanggil senior yang ada kerana menyedari ada sesuatu yang tidak kena pada diriku. Aku juga ingin melompat dari tingkat 4 tapi sempat ditahan oleh kawan bilik ku.

Akhirnya, abang senior yang mahir didalam perubatan islam itu pun segera membacakan beberapa potongan ayat Al-Quran kedalam air lalu merenjiskan kearahku. Abang senior ku telah dimaki hamun oleh makhluk hitam tersebut yang hampir-hampir berjaya mengawal badanku secara keseluruhan. Abang senior tersebut turut menyuruh ku untuk cuba beristighfar dan baca beberapa potongan surah Al-Quran yang ringkas tapi aku tak boleh berkata apa-apa langsung. Setelah hampir 1 jam melawan dengan makhluk tersebut, akhirnya makhluk hitam tersebut telah berjaya dikeluarkan dari badan ku.

Aku juga sempat muntah selepas sesi perubatan tersebut berakhir. Akhirnya, kawan bilik ku membawa aku kembali kedalam bilik dan melakukan sesi suai kenal kerana abang senior tersebut telah memesan kepada mereka supaya tidak membiarkan aku duduk berseorang. Abang senior itu juga memberitahu mereka bahawa makhluk hitam tersebut telah lama berdamping denganku sejak dari aku suka melapak dikawasan bukit tersebut. Makhluk hitam tersebut rasa sedih kerana tiada lagi orang yang menyiram pokok bunga dirumah lama tersebut sejak aku meninggalkan rumah untuk melaporkan diri ke kolej.

Abang senior tersebut juga ada memberitahu detail berkenaan makhluk hitam tersebut. Namanya Wati. Berketurunan jin. Dia sudah hidup dimuka bumi ini selama 4000 tahun. Pada malam tersebut, semua kawan bilik ku tidak boleh tidur kerana berasa takut dengan peristiwa tersebut. Hahaha

Aku juga ingin berterima kepada semua kawan bilik ku iaitu merangkap kawann dari jurusan yang sama seperti kerana telah membantu aku disaat-saat gentir seperti itu. Tidak terkecuali juga kepada abang senior yang telah merawatku.

Hari pertama dikolej tersebut telah disambut dengan dirasuk oleh makhluk hitam yang telah mengikuti ku dari kawasan rumah. Malang sungguh. Hahaha. Jika ada kesempatan lagi, aku bercerita lagi dengan pengalaman seram sepanjang aku belajar disebuah kolej swasta di Melaka. Jumpa lagi. Assalamualaikum.

Ini adalah perkongsian dari Wan Senpai Melalui Applikasi Kisah Misteri, Muat Turun Kisah Misteri di – http://onelink.to/kisahmisteri

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siulan Burung Tanda Hantu Tengok?

Dicekik Dalam Mimpi