in

Tandas Terbiar

Hari ini, saya mahu menceritakan tentang tandas sekolah yang terbiar. Ia bermula daripada seorang pelajar baharu bernama Nadia. Nadia ni budak yang sangat malang kerana dia selalu di buli dan kehidupannya sangat lah susah. Si pembuli itu bernama Rania. Rania menyuruh Nadia memberinya wang perlindungan setiap hari dan Rania memberi amaran kepada Nadia “Jika tidak mahu bayar. Nahaslah”. Nadia tidak tahu lagi apa yang patut dia lakukan. Tiba-tiba terlintas idea jahat difikirannya. Dia terfikir mungkin dia boleh mengambil sedikit wang tabung ibunya yang tidak seberapa. Dia hanya mengambil beberapa keping Rm5 yang tersimpan elok didalam almari bilik ibunya. Selama tiga hari berturut turut tidak ada masalah langsung kerana dia membayar wang perlindungan itu kepada Rania 3 kali ganda. Tapi selepas tiga hari itu kembali bermasalah kerana dia sudah tidak mempunya duit lagi sehinggakan dia ponteng sekolah. Apabila waktu pulang ibu dia tanya “Bagaimana peperiksaan sekolah hari ni?” Nadia agak terketar-ketar mahu menjawab soalan itu. Dia nenjawab “Err.. Susah sikit.. Tapi Nadia boleh jawab jugak”. Ibu dia tanya lagi “Subjek apa”. Dan Nadia menjawab “err.. Bahasa melayu.. Ehh bukan..err…bahasa inggeris… err”. Akhirnya ibunya memarahi dia kerana menipu dan ibunya kata pengetua telefon dan berkata Nadia tidak datang sekolah. Ibunya tanya lagi dimana duit tabung yang tinggal. Akhirnya Nadia hanya mampu tunduk. Selepas dimarahi oleh ibunya dia pun bersuara “Ni semua salah ibu! Ibu yang buat kita merana sampai macam ni. Nadia di sekolah setiap hari kena buli. Nadia menangis setiap hari. Ada ibu fikirkan perasan Nadia! Ibu tak pernah faham perasaan Nadia! Dan kemudian Nadia terus keluar dari rumah dan menangis seorang diri. Tiba-tiba datang seorang budak perempuan bernama Mia. Mia mencuba untuk memahami Nadia dan cuba untuk gembira kan Nadia. Dan akhirnya Nadia tersenyum kembali. Mia berkata “Disini amat tenang bukan”. Nadia pula berkata “Ya. Sangat tenang. Rugi betul tiada siapa tahu tentang kewujudan tempat ini”. Mia pun berkata lagi “Sesiapa mana pernah berani kesini”. Nadia berkata lagi sekali “Kenapa?”. Mia lagi sekali berkata “Sebab tandas di sekolah itu” . Nadia pun tanya kenapa dengan tandas terbiar itu. Mia kata tandas itu ‘berhantu’. Tapi Mia kata boleh buat hajat di tandas itu. Tiba-tiba terlintas di fikiran Nadia. ‘banyak benda yang dia mahukan’ katanya dalam hati. Dan pada suatu hari dia berdiri di hadapan tandas itu dan dia beritahu apa yang dia mahukan. Tiba-tiba angin menerpa. Dan daripada situlah bermulanya kejadian aneh pada Nadia. Dia merasakan ada sesuatu mengikut nya dari belakang sehinggakan dia dirasuk. Datang seorang imam di sekolah itu dan imam itu mengatakan ada seseorang telah membuka tandas yang ‘berhantu’ itu. Imam itu berkata lagi “Budak yang telah membuka tandas itu sahaja yang mampu menutup kembali”. Nadia hanya membaca surah al-jin 3 kali maka selesai lah ‘Hantu’ tandas itu.

Oklah.. Terima kasih kerana sudi membaca cerita saya. Kalau ada masa untuk saya menulis lagi insya Allah saya akan menulis lagi. Cerita ini khas daripada saya (Xuna). Bye.

Perkongsian Daripada Xuna.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Call?

Tinggal Sendirian Di Asrama