in

Tandas Hostel

Nama aku Faiz, aku nak kongsikan pengalaman aku. Kisah ni terjadi masa aku tingkatan 6 iaitu tahun terakhir aku di sebuah sekolah berasrama penuh untuk menduduki STPM , nama sekolah aku rahsiakan ..

Sepanjang 6 tahun aku bersekolah disini , aku belum pernah rasa lagi kisah seram atau apa-apa pengalaman melainkan selalu dengar cerita seram dari student2 junior dan senior atas aku suatu ketika dulu ..

Naik gred , asrama pon bertukar , bangunan asrama pon berpindah . Sekolah aku ni boleh kata pangkat kolej lah sebab banyak bangunan asrama tak seperti sekolah biasa yang lain ..

Suatu petang sabtu , aku niat nak pergi cuci baju yang dah berapa hari persekolahan aku tangguh nak cuci .. Dalam perjalanan ke bilik basuh , ada sekumpulan pelajar junior duduk berkumpul depan bilik basuh ..

Telinga aku tertangkap satu suara dari kumpulan tu.

“Kau tau tak , Hamdi lepas keluar dari tandas tu , alam tu terus kena kacau .. Orang kita , dia langgar pantang larang ..”

Aku mematikan langkah .. Menyerbu kumpulan kaki gossip tu.

“Korang cakap apa? Hamdi kene kacau?”

Hamdi , dia teman rapat aku .. Tapi semenjak dah naik gred , kelas dah lain , dorm pon dah lain , bangunan je sama , tapi selalu jugak lah terselisih ..

“Ye , Faiz , takkan kau tak dengar cerita ,heboh kot pagi tadi …” Jawab seorang junior mulut murai , Hassan

“Tandas mana yang korang kata ni?”soal aku ingin tahu.

“Tandas yang dah tertutup sejak berapa tahun dulu yang kat belakang bilik basuh tu .. Kan dah bukak balik , dah boleh pakai, tapi ada pantang larang dia la .. Hamdi terlanggar pantang larang tu tanpa sedar ..” Celah Syukri.

“Hmmm , okeylah . Takpe.. Gerak dulu ..”

Aku menuju ke bilik basuh dengan baldi yang terisi dengan pakaian kotor .

Aku mencapai berus dan segala perlatan persendirian untuk membasuh .. Sedang aku asyik mencuci .. Aku terhidu satu bau … Wangi …

“Eh wanginya .. Ni bau minyak wangi perempuan..”

Tiba-tiba suara seseorang terbatuk .. Ye , memang perempuan ..

Bilik basuh yang besarnya 6×6
Membuatkan suara tadi bergema . Aku berhenti membasuh ..

Aku tercari-cari dari mana suara batuk kecil itu terhasil ..

Aku sampai di satu sudut di mana terletak mesin basuh auto dan mesin basuh manual , dan aku terlihat susuk tubuh seorang perempuan dewasa tercangkung dengan tudung putih lusuh tertutup di kepala nya ..

Dengan berani aku menegur ..

“Siapa kau?”

Susuk tubuh itu tiba-tiba menangis tersedu-sedu .

“Hei .. Kenapa kau nangis ni?”

Dan .. Susuk tubuh itu berpaling .. Dan bersuara ..

“Aku sunyi .. Teman boleh?”

Suara yang mendayu , wajah yang manis meskipon comot dan penuh dengan kesan lebam di bahagian mata dan bibir . Aku tak endahkan ..

“Siapa nama kau?”

Aku ulang persoalan yang dibiarkan tanpa jawapan tadi ..

“Kau nak basuh baju ye? Boleh aku tolong?”

Nah , persoalan dibalas dengan soalan pulak . Tapi aku bersabar .

“Hemm .. Boleh saja .. Banyak tu ..”

Gadis misteri itu bangkit dan menuju ke tempat yang aku letakkan baju.

“Ni baju kau ye?” Gadis itu mengangkat baju aku yang sedari tadi terbiar dengan sabun lantas aku mengiyakan .

“Ye .. Kau nak buat apa?”

Gadis itu mencapai berus dan menyental baju aku sekuat hati sehinggakan aku rasa hampir terkoyak kain baju aku . Gadis itu diam tanpa bicara.

Aku cuba menghalang . Tapi ditepis manja lengan aku. Terdetik dalam hati aku gadis ini rajin orangnya .. Tapi .. Dari mana dia datang?

Bertubi-tubi soalan menerjah kedalam fikiran terutama kesan lebam yang berada di muka nya yang mulus dan comot itu .

“Kau nak tahu ke kenapa dengan kesan lebam kat muka aku ke?” Berus yang berada di tangan gadis itu terlepas dari genggaman ..

Aku tersentak seakan-alan dia tahu apa yang aku fikirkan …

“Errr …” Belum sempat aku mengiyakan , aku terlihat dihujung jari jemari gadis mulus itu tanpa kuku .. Tapi penuh dengan darah merah yang mungkin sedari tadi dia menyental keras baju aku .. Hitam di hujung jari dan baju aku tidak pulak terkena darah merah cair yang mengalir dari hujung jari gadis itu?

“Apa yang kau tengok?”

“Siapa nama kau?”

Aku ulang sekali lagi soal

an aku ..

“Kau ni .. Kelakar lah , asyik tanya soalan yang sama .. Hihihi ..”

Bulu roma di leher mula menaik ketika terdengar hilaian kecil dari bibir mulus gadis itu ..

“Panggil je aku Melur ..”

“Oh .. Cantik nama tu …”

“Okeylah .. Baju kau semua dah siap .. Sekarang aku nak bersihkan badan aku dari sisa-sisa comot dan lusuh ni .”

Tudung yang sedari tadi tersarung , dibuka di hadapan aku .. Satu persatu pakaiannya ditanggalkan depan aku .. Sengaja menaikan syahwat aku .

Sebagai lelaki yang hormatkan wanita , aku berpaling .

“Kenapa kau taknak pandang aku?”

Aku terasa tubuh itu makin mendekat dan mendekat lalu tangan runcing yang tanpa kuku cuba menggoda aku .. Aku menepis ..

“Jangan rosakkan iman aku sebagai lelaki. Aku mintak maaf , lepas ni , jangan ganggu aku lagi . Aku mohon ya .”

Walaupun aku lelaki yang juga mempunyai nafsu terhadap perempuan .. Tapi aku berkeras untuk tidak menyentuh anak dara orang . Takkan sesekali aku mendekati zina yang dosanya amat besar disisi Allah .

Baju dan baldi yang dah dibasuh , aku angkat dan bawa ke tempat jemuran ..

Semasa menjemur pakaian .. Melur mengikut aku ..

“Faiz .. Aku mintak maaf . Aku takda niat pon nak goda kau .. Maaf ya .. Aku nak berkawan dengan kau ..”

Aku diam .. Malas nak pandang . Kini dia datang tanpa bertudung ..

“Dah la Melur .. Takpayah . Aku taknak pon berkawan dengan kau . Baik kau cari orang lain , dan , balik la blok asrama puteri nanti warden nampak kau berdua dengan aku nahas aku dikerjakan ..”

“Hehehe .. Takde siapa lah nampak aku .. Kau je yang nampak aku …”

Tangan aku yang sedari tadi menyidai .. Tersentak ..

“Kenapa pulak aku seorang je?”

Pusing kanan pusing kiri Melur tiada ..

“Aik . Mana pulak dia ni ..”

Tiba-tiba aku terdengar suara Melur tertawa halus dari tingkat atas ..

“Kau cari aku ke?”

Ha? Bagaimana mungkin dia boleh naik secepat tu?

Aku rasa air kencing aku hampir ke penghujung . Aku terus membuka langkah menuju ke tandas yang terdekat iaitu tandas lama belakang bilik basuh .

Aku menolak pintu kubikel pertama dan terus membuang hajat ..

Tiba-tiba ketika aku membuang hajat , pintu kubikel aku diketuk ..

“Faiz … Jom la main Faiz ..”

Aku langsung menjerit ..
“Taknak !!!” Aku berada dalam keadaan takut kerana aku sudah tahu siapa dia ..

Aku terus berlari ke tangga dan menuju ke dorm 5 . Mencari kelibat Hamdi .

“Weh Hamdi mana?”

“Hamdi tengah kemas almari.”

Aku terus lari menuju ke almari yang dimaksudkan .

“Hamdi!” Aku tercungap-cungap .

Hamdi duduk memandang aku .

“Kau pehal Anoy?”

“Aku dengar kau kene ..”

Belum sempat aku meneruskan kata , mulut aku ditekup Hamdi.

“Kau diam . Nanti dalam bilik ni dengar .”

Hamdi menarik nafas perlahan ..

“Ye aku kena .. Kenapa?”

“Boleh aku tahu rupa dia?”

Hamdi membetulkan duduk .

“Mula-mula dia pakai tudung . Lepas tu tak . Muka dia lebam kat mata dengan bibir . Pakai baju sekolah ,lusuh lah.”

Aku terpempan seketika .. Sama …

“Sama” bisik aku ..

“Apa yang sama?” Soal Hamdi .

“Eh tak tak .. Ermmm …”

Hamdi memandang aku hairan .. “Kau kena jugak ke macam mana?

“Erm .. Ya … Baru tadi . Sebab tu aku cari kau .. Aku baru tau dia tu Han …”

“Tu?” Suara wanita mencelah di sebalik perbualan mereka berdua ..

Aku dan Hamdi tersentak .

“Ahhhhhh lari!!!!”

Tanpa sedar langkah lari kami membawa ke tandas lama ..

Aku dan Hamdi bersembunyi dalam salah satu kubikel tandas hostel yang lama itu .

“Kenapa dia nak kacau kita ni? Ada ke hantu petang-petang macam ni?”

“Siapa kata takde?”

Aku dan Hamdi mendongak ke atas siling , Melur bergayut di kaki siling dan kepala menjunam ke bawah dengan rambut serabai .

Aku terus berlari ke surau .

Termengah-mengah aku dan Hamdi berlari . Aku tahu Melur tak dapat menembus ke dalam surau dimana tersimpan banyak naskhah alquran sebagai “pagar” untuk tidak ditembusi .

Tiba-tiba Ustaz Khairi melihat kami termengah-mengah lalu menegur . “Kamu lari dari siapa ni?”

“Melur ustaz !” Jawab Hamdi dalam keadaan cemas dan takut .

“Astaghfirullah .. Terlepas jua Melur .. Kena pagar balik ni ..”

Aku dan Hamdi kehairanan ..

“Faiz , Hamdi , boleh saya tahu apa yang membuatkan kalian di kejar?”

“Saya tak tahan sangat nak ke tandas Ustaz , memandangkan kubikel tandas hanya satu pintu yang elok , saya terus terjah.” Jelas Hamdi.

“Saya pula tercari suara yang terbatuk dalam bilik basuh yang berhampiran dengan mesin basuh .”

Mengeluh panjang Ustaz Khairi .

“Hamdi .. Kamu tahu tak? Kubikel yang tertutup elok tu lah sebagai tanda tandas itu tak boleh digunakan . Kalau tak silap saya , sudah ditampal kertas jangan masuk . Kenapa kamu masuk?”

“Kertas? Tak ada lah.”

“Mungkin budak nakal nak mengacau kamu .”

“Apa yang tak kena dengan tandas tu, Ustaz?”soal aku .

“Satu masa dulu , tahun ketiga sekolah ni bukak , bangunan ini adalah bangunan yang pertama dibina sebagai asrama lelaki .. Ada satu masa dulu tu , seorang pelajar lelaki berani membawa seorang perempuan ke bangunan ini untuk melakukan perbuatan terkutuk itu .. Bilik basuh menjadi tempat maksiat mereka . Perempuan yang di maksudkam adalah Melur .. “

“Melur? Jadi Melur dah mati?”

“Ya , dia dah mati sebab lelaki yang berzina dengan Melur dah bunuh Melur sebabnya satu masa tu , Melur datang ke bilik basuh untuk bertemu dengan kekasihnya , Yusri . Ustaz dah bertahun jadi GPK 1 di sekolah ni . Melur cuba nak bagitahu Yusri yang Melur sedang hamil dan ingin Yusri bertanggungjawab . Lalu yusri tidak dapat menerima kenyataan dan Yusri mengheret Melur ke tandas lama tu . Lalu memukul Melur hingga lebam mata dan bibir dan Melur tidak dapat bertahan , dia lemah dengan kandungannya di pijak-pijak Yusri . Lalu dia mati di kubikel yang pintunya elok. Mengikut keluarganya , saka keluarganya sedang bertuankan Melur . Apabila Melur mati , Sakanya cuba mencari ganti , dan saya dan ustaz-ustaz yang lain berjaya mengurung saka tersebut dalam kubikel itu dalam sebuah kotak melainkan ada yang berjaya membuka pintu kubikel itu nescaya terlepas lah saka Melur. Tapi disebabkan pantang larang ini dah dilanggar Hamdi .. Terlepaslah sakanya .. Nanti kamu berdua , saya akan ruqyah dan ustaz-ustaz lain akan mengurung Saka Melur di tempat yang lebih jauh dan selamat . “

Terang Ustaz Khairi panjang lebar .

“Terima kasih lepaskan aku , Hamdi. Aku ingin bertuankan engkau. Aku akan menjaga kau.” Ujar Melur yang sedari tadi berdiri di balik tingkap surau .

“Ustaz ! Melur!!”

Ustaz Khairi terus menghalau Melur dengan ayat membakar .

“Ingat pesan saya . Jangan masuk kubikel itu .”

“Baik ustaz . Terima kasih .”

P/s: Anoy adalah nama gelaran asrama aku .

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Mayat Di Bawah Katil

Roommate