in

Suara Siapa?

Assalamualaikum team misteri dan semua

Saya ingin berkongsi kisah yang berlaku beberapa tahun yang lalu ketika saya bekerja sebagai intern di sebuah jabatan kerajaan. Kisah ini berlaku kepada rakan saya dan juga saya sendiri. Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut saya ingin berkongsi sedikit info berkenaan dengan bangunan tempat saya bekerja itu. Bangunan dimana letaknya jabatan kerajaan itu adalah bekas apartment mewah yang diubahsuai menjadi pejabat. Sebelum jabatan kerajaan mengambil alih tempat itu pernah kosong untuk satu masa yang agak lama, sebenarnya bukan satu bangunan saja yang kosong tapi beberapa bangunan yang terdekat juga yang kebanyakannya adalah apartment mewah.

Kembali kepada kisah saya ini. Satu hari tu, saya dan rakan rakan yang lain datang kerja macam biasa, selang beberapa minit selepas kami datang ketua pejabat kami pun datang. Nak dijadikan cerita bilik boss kami ini berada di ruangan yang lain dalam bilik pejabat kami itu. Untuk nak masuk ke ruangan bilik nya itu kita mesti melalui satu hallway yang berhubung terus menuju ke tandas. Bilik boss saya ini adalah bilik pertama yang perlu kami lintasi jika kami ingin menuju ke tandas kerana sepanjang hallway itu ada 3 bilik yang mana dua bilik lain adalah bilik pegawai dan bilik stor yang memang jarang digunakan

Di teruskan lagi cerita hari itu pada pagi dalam pukul sepuluh lebih begitu boss kami keluar dari bilik nya kerana ada urusan yang perlu di uruskannya dan ketiadaannya hanya saya dan juga beberapa rakan yang lain tahu sebab tempat cubicle saya tidak jauh dari pintu utama keluar pejabat. Di teruskan lagi cerita dalam pukul tiga petang macamtu kawan saya yang duduk sebelah cubicle saya ne cuit saya sebab dia nak minta temankan untuk pergi ke tandas. Saya dah cakapkan yang tandas pejabat kita orang ini agak jauh dan perlu melalui hallway yang agak sempit dan kosong tidak ada orang.

So saya pun temankan je lah dia memandangkan saya tahu tidak ada orang di ruangan kawasan hallway, boss kita pun belum balik lagi ke biliknya, lagipun kan waktu petang memang agak menyeramkan sikit lah. So kita pun lalu lah hallway tu melintasi bilik boss kita yang belum masuk tadi. Saya nampak pintu biliknya terbuka sedikit tapi memang confirm dia belum masuk sebab dalam celahan pintu tu saya sempat tengok tidak ada orang di dalam. Lepas sampai depan toilet saya pun tunggu lah dekat luar pintu toilet untuk kawan saya ni habiskan business dia dalam tu. Oh ya lupa nak bagitahu juga yang tandas ini hanya boleh digunakan untuk satu orang saja so kalau nak pakai beramai memang kena tunggu turn lah kan.

Okay lepas tu kawan saya keluar dari toilet, memang tidak ada apa yang jadilah kan awal tu tapi masa nak melintas bilik boss kita ne tadi tetiba pula kawan saya ni cakap ” besar juga suara boss tu guna phone, punya rancak dia bercerita apa agaknya kan” Saya berhenti berjalan dan toleh dekat kawan saya ne dengan muka yang agak keliru saya tanya dia. “Boss kita??” Kawan saya balas “yelah, boss kita kat dalam ne” sambil dia tunjuk betul² depan pintu boss. Saya pun terdiam, sebab pertama saya tak dengar apa² suara dari dalam dan yang kedua setahu saya ketua kami belum balik dari urusan dia semenjak pagi lagi. Dalam fikiran ne dah start dah fikir macam² tapi nak tenangkan hati tu saya pun double confirm lagi dengan kawan saya ni”kau biar betul ne”

Mungkin dia nampak muka saya yang lain macam jadi dia tanya aku balik “kau kenapa ni?” Aku tak nak takutkan kawan aku tu so aku cakap lah dengan dia nak tahu sekarang atau karang balik dan cepat tarik dia keluar dari sana dan cuba buat kerja saya. Tapi kawan saya tadi ni tak berhenti nak tahu juga apa sebab saya tnya dia tadi. Sebab letih dengar dia tanya benda sama saya pun cakap je lah dekat dia walau pun saya sendiri masatu rasa seram sejuk. Saya kata “kau tahu tak sebab apa aku tanya kau dua tiga kali tadi? Sebab tadi masa kau tegur tu aku tak dengar sepatah apa pun dan juga macamana kau boleh dengar suara boss kita sedangkan boss tak masuk pejabat dari pagi lagi”

Habis saja aku cakap macamtu muka kawan aku tu nampak terkejut besar. Dia sunguh cakap dia memang jelas dengar suara boss kami sedang on the line waktu kami melintas tu dengan jelas dan nyata. Dia siap boleh kata lagi aku menipu untuk takutkan dia dan untuk memuaskan hati dia aku bawa dia ke bilik boss kami walau pun sebenarnya masa nak kesana balik tu aku rasa cuak sikit. Bila sampai depan pintu bilik tu aku buka perlahan pintu tu dan tunjukkan pada kawan aku ni yang memang dalam bilik tu tidak ada orang.

Senang cerita lepas kejadian tu kawan aku memang tak pernah berani lagi nak ke tandas sorang. Kalau nak ke tandas je atau melintas hallway tu ke memang kami akan pastikan dulu ada orang dalam bilik boss. Kadang bila datang cuak kita akan ke tandas sampai empat orang walau yang berhajat cuma sorang je xD. Itulah antara pengalaman yang saya alami waktu kerja intern dulu. Banyak lagi yang nak saya kongsikan kisah misteri ni di masa akan datang. Dan akhir kata saya minta maaf andai cerita saya no boring dan cara penceritaan saya tak cantik sebab baru first time buat benda ni.

Perkongsian daripada Fyzah.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebulan Di Alam Ghaib Intro

Dengan Siapa Yang Aku Berbual?