in

Suara Apakah Tu?

Cerita ini sudah lama, pada usia saya sekitar 10 atau 11 tahun. Pada pukul 5 lebih waktu pagi sebelum subuh, saya ingin menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh guru saya di rumah. Saya bangun dari tidur lalu pergi ke tandas untuk basuh muka, selepas itu saya kembali ke dalam bilik saya untuk membuat kerja sekolah. Dalam beberapa minit, azan subuh sudah berkumandang. Pada waktu itu, saya amat terkaku apabila saya terdengar suara seakan perempuan menjerit dengan kuat sambil bergerak ke rumah saya. Suara itu dapat didengar dari rumah jiran saya selang 3 biji rumah. Bunyi suara itu macam sedang berlari ke rumah saya lalu berpatah balik ke tempat yang pertama saya dengar suara itu. Saya amat terkejut lalu degupan jantung saya menjadi laju, saya sambung semula kerja sekolah sambil menunggu masa untuk ke sekolah. Sampai sekarang dalam ingatan saya ‘Suara Apakah Itu?’

Perkongsian Daripada Asyraffitri.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Batu Besar

Kisah Seram Ku Semasa Kecil