in

Studio

Assalamualaikum, nama aku “L” bukan nama sebenar. Ini perkongsian kedua aku. Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku di universiti. Cerita ni berlaku pada tahun lepas. Aku ni student fakulti senibina, kos apa biarla rahsia. Bangunan fakulti aku ni ada 5 tingkat. Dan kos aku di tingkat paling atas iaitu tingkat 5 la. Fakulti aku ni, setiap batch akan ada studio masing-masing untuk kami buat kerja. Kami akan dapat cubical sorang satu.

Tapi untuk awal semester, kami tak dibenarkan untuk stay up di studio. Bila hampir dengan final project submission, barulah kami dibenarkan berada di studio 24 jam. Tapi aku ni degil sikit, aku memang “budak studio”. Aku suka buat kerja di studio. Nak dijadikan cerita, satu hari aku plan satu kerja jahat untuk stay kat studio pada malam tu. Studio akan dikunci jam 10.30 malam. Dalam studio masa tu, hanya ada aku dan kawan aku. Plan ni kami berdua saja tahu. Kalau ramai nanti kantoi.

10.30 malam, staff datang bagitahu yang mereka akan kunci studio. Aku dan kawan aku berlakon kemas barang sementara staff tu pergi kunci studio yang lain. Kawan aku pun keluar studio dan tutup semua lampu, berlakon nak balik dan aku… Aku stay dalam studio menyorok bawah meja cubical kami. Dan ya, kami berjaya bila staff tu tak nampak aku dalam studio. Dia kunci studio dan turun ke tingkat 4 pula untuk kunci studio di situ. Setelah keadaan selamat dari pandangan staff, aku buka pintu studio dari dalam yang telah dikunci dari luar oleh staff untuk kawan aku masuk.

Kami duduk di cubical kami sambil menyembang tentang berjayanya plan kami. Tiba-tiba, aku terdengar orang berjalan di siling studio dan aku dapat nampak siling studio bergegar. Aku menanyakan hal tersebut kepada kawan aku dan dia kata yang bunyi itu datang dari luar studio kerana pada masa tu, dia membelakangkan siling yang bergegar tu. Jadi dia tidak nampak keadaan siling itu ketika bunyi tersebut. Dan kedudukan aku pula mengadap siling tu. Tak mungkin orang berjalan di koridor luar studio sampaikan bergegar siling studio. Aku abaikan dan sambung bersembang.

Sedang asyik bersembang, sekali lagi…. Dum! Dum! Dum! Kuat bunyi tapak kaki seakan berlari betul-betul di siling atas kepala kami. Kami dapat lihat siling itu bergegar dengan kuat seiring dengan bunyi tapak kaki yang sedang berlari. Kali ini sangat jelas bunyi itu dari siling atas studio kami dan yang menariknya, studio kami ditingkat paling atas. Siapa yang bermain lari-lari di siling? Barulah kawan aku percaya dengan kenyataan aku pada awalnya.

Akhirnya, kawan aku mengajak aku untuk berada diluar studio dahulu sehingga perasaan takutnya beransur pudar. Untuk pengetahuan pembaca, kami berada dalam keadaan gelap ketika di dalam studio untuk mengelakkan kami kantoi. Sekian perkongsian dari aku. Untuk yang dapat agak aku ni student mana, jangan report kat staff yang aku ni stay studio tau.

Perkongsian daripada L.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Almari baharu Ep1

Temankan aku