in

Spirit Of The Coin

Manusia sentiasa ada rasa ingin tahu. Ingin mencuba sesuatu yang baru. Cerita yang mahu aku sampaikan kali ini berkenaan permainan memanggil hantu yang agak terkenal iaitu ‘spirit of the coin’. Cerita ini tak seram tapi baca je la. Kisah ini berlaku ketika kem belajar untuk seluruh tingkatan 5. Kem diadakan selama seminggu ketika cuti pertengahan tahun bermula. Setiap hari, ada tiga sesi belajar mengikut subjek yang dijadualkan dari pagi hingga ke malam. Para pelajar tingkatan 5 hanya ada masa berehat ketika malam sahaja. Pada malam hari la pelajar aspura tingkatan 5 membuat hal masing². Ada yang tonton televisyen(sebenarnya tak boleh tapi warden tak pantau jadi buat je), ada yang membasuh baju, tak kurang juga yang bermain bola hingga pecah berderai tingkap dorm di asrama. Tapi yang paling menarik adalah di Dorm 13. Dorm paling puaka di aspura ini. Asri, Fadzli, dan Syahir, tiga sekawan yang nakal di asrama ini akan mencuba permainan ‘spirit of the coin’. Tujuan mereka hanya satu. Mahu melihat sendiri hantu yang menghuni di dorm ini. Tepat jam 12, setelah mematikan lampu, mereka mula permainan tersebut. Mereka meletak jari mereka di atas wang syiling 50 sen. Asri yang bertindak sebagai ketua mula menyeru agar hantu Dorm 13 memunculkan diri. Masing² menunggu. Seminit. Dua minit. Akhirnya sampai lima minit tiada sebarang kemunculan dan tanda² menunjukkan sesuatu akan muncul. Mereka merasa tertipu. Betul ke permainan ini boleh memanggil hantu. Dasar permainan mengarut. Mereka pun mengemas semuanya tanpa mengakhiri permainan itu. Selepas mengemas, masing² ingin pulang ke dorm mereka. Namun, tombol pintu dorm tidak boleh diputar. Fadzli, Asri, dan Syahir kebingungan. Setahu mereka pintu ini masih elok sewaktu mereka masuk. Tiba² kedengaran bunyi ketukan dari dalam loker besi di hujung dorm. Seakan ada sesuatu ingin melepaskan diri. Mereka berpandangan sesama sendiri. Pada mulanya memang berani tapi bila berdepan situasi begini keberanian itu hilang. Asri menyuruh Syahir membuka loker tersebut. Syahir pula suruh Fadzli. Fadzli suruh Asri. Sudahnya masing² tak berganjak nak buka loker besi tu. Sehinggalah bunyi daripada loker besi itu hilang, baru mereka bergerak merapati loker itu. Perlahan² mereka mendekati. Semakin mendekat semakin jantung mereka berdegup kencang. Sampai di hadapan loker, masing² hanya memandang. Tiada siapa berani membuka. Jadi masing² lat talilat(entah ejaannya macam mana). Siapa keluar dulu kena buka. Akhirnya yang kena Syahir. Maka dia ke hadapan dan membuka loker besi itu perlahan². Semua mata tertumpu ke arah loker tersebut dan setelah dibuka sepenuhnya, tiada apa yang mereka jumpa. Akhirnya mereka kembali ke pintu dorm dan cuba membukanya sekali lagi. Kali ini tombol pintu elok saja jadi mereka pun keluar dan menuju ke bilik prep. Asri mendahului kemudian Fadzli diikuti oleh Syahir. Ketika turun tangga mereka terdengar suara perempuan menangia dengan sayu daripada arah Dorm 13. Bila dah jadi begitu, mereka pun angkat kaki la menuju ke bilik prep di tingkat bawah. Sampai di hadapan bilik prep, Asri dan Fadzli tercungap². Mereka berdua memandang ke arah atas, ke arah Dorm 13. Tiada apa yang dilihat mereka. Jadi suara siapa yang mereka dengar. Tiba² bahu Asri dan Fadzli disentuh. Tersentak mereka berdua. Mereka menoleh ke arah belakang melihat siapa yang menyentuh mereka. Kelihatan Syahir dengan wajah kebingungan melihat ke arah mereka. “Awat dengan hampa ni dah macam kena kejar hantu je sampai tercungap² camni” kata Syahir kepada mereka berdua. “Haih takkan kau tak dengar suara perempuan nangis kut tadi lepas kita keluar dari Dorm 13. Lepas kita main ‘spirit of the coin’ tadi” balas Asri. “Bila masa pula ni aku dengan hampa main benda alah tu dekat dorm puaka tu aku pergi tonton movie dengan budak² lain la. Baru je habis. Tu aku masuk bilik prep ni.” kata Syahir menafikan cerita Asri. Asri dan Fadzli berpandangan. Kalau Syahir ada kat bilik tv, siapa yang bersama mereka tadi.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Tasik

Kisah Seram Jalan Marak Parak (Kota Marudu – Ranau)