in

SIX SENSE

Assalamualaikum kepada seluruh penggemar cerita seram! ini adalah kisah pengalamanku sewaktu mata hijabku masih terbuka. Kisah ini saya ceritakan sewaktu saya masih kanak-kanak dalam lingkungan 5-6 tahun. Sebelum tu, saya ingin jelaskan cerita ini bukanlag rekaan tetapi benar2 terjadi padaku dialam nyata.

Baik, waktu ni umurku dalam 5 tahun, aku diajak oleh sepupu2ku yang umur sebaya untuk tidur dirumahnya iaitu dirumah makcikku. Aku pun bersetuju kerana dalam hati dapat bermain bersama-sama. Jadi, sewaktu hendak tidur dikatil, makcik saya kata tilam itu tidak cukul untuk memuati bilangan kamu. kalau tak silap saya jumlah kami semua adalah 6-7 orang untuk tidur diatas tilam tersebut.

Memandangkan itu adalah rumah sepupuku, aku memutuskan untuk tidur sahaja di lantai, manakala sepupu2ku yang lain tidur diatas katil. Ohya, sebelum tidurtu makcikku tutup lampu bilik dulu sebelum dia meninggalkan kami. Setelah lama beberapa jam dilena mimpi, dalam tidurku tu aku berasa seperti ada orang yang cuba membangunkan aku. Aku juga berasa seperti keadaan dalam bilik itu sangat bising padahal tiada siapa yang bangun ketika itu.

Jadi aku pun cuba membuka mata.. Alangkah terkejutnya aku apabila benda yang aku nampak didepan aku itu adalah budak kecil 2 ekor. Aku cuba menggosok2 mataku untuk melihat apakah benda didepanku itu kerana bilik itu agak gelap dan hanya disinari oleh cahaya bulan.Ya memang jelas itu adalah budak. Saiz mereka sangat kecil, bayangkan sahaja saiz badan mereka boleh memuati dibawah katil untuk berdiri.

Aku sangat hairan benda apakah itu. Kerana seumur hidupku itu adalah pertama kali aki melihatnya. Mata mereka berwarna merah menyala, telinga mereka tajam dan panjang, dan mereka tidak mempunyai rambut. Mereka ketawa2 sambil memerhati saya tapi suara mereka agak kecil. Mereka juga saling berkomunikasi tetapi satu ayat pun saya tak faham. Suara mereka seperti bunyi tikus. Aku tak dapat jelaskan betapa takutnya aku ketika itu.

Aku cuba tutup mata sehabis mungkin dan membaring kearah sebelah. Sewaktu aku tutup mata, aku dapat rasakan yang badan aku dipegang2. Bila aku buka mata budak kecik itu berada tepat didepan mukaku. Agak lama juga mereka cuba bergaul2 dengan aku tapi langsung aku tak faham apa yang mereka katakan. Sehinggalah aku sudah lali dengan ketakutan ku.

Apabila azan subuh mula menjelang aku memerhati budak kecil itu seperti kian menghilang secara perlahan-lahan dan terus menghilang. Sehinggalah aku sudah dewasa, aku baru tahu bahawa benda yang aku nampak dahulu dinamakan toyol seperti yang saya lihat dikaca tv. Sebenarnya banyak lagi cerita aku tentang SixSense ini sehingga umurku 12tahun. Tetapi ceritanya cukup panjang. Biarlah setakat ini sahaja. Sekian terima kasih.

Perkongsian daripada Master Paper.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Tok Dalang

Siapakah Penjaga Di Petrol Pump Itu?