in ,

Siulan Burung Tanda Hantu Tengok?

Hi, sebenarnya aku dah lama nak share cerita nie tapi itu lah tiada masa. Ok, aku terus kan dengan cerita aku suatu hari, ketika ibu dan ayah aku pergi bekerja, abang aku pula lepak dengan kawan dia. Sementara tu aku sorang  jer dekat rumah.

Tanpa membuang masa aku pun terus lah buat homework yang cikgu aku bagi tapi sebelum tu aku nak bagi tahu dulu kira-kira masa tu dah dekat jam 7 petang lah tak pasti sangat. Sebelum aku belajar kebiasaan nya aku memang pergi buat air dulu maklum lah dah biasa sebelum belajar memang  aku buat air dulu ok sambung sesudah aku siap buat air aku terus pergi ruang tamu  . Aku selalu belajar kat ruang tamu sebab ruang tamu memang ruang kegemaran aku dekat dalam rumah kami tu .

Aku pun terus kan dengan membuat homwork aku.Tiba – tiba aku terdengar siulan burung tapi aku tak tahu apa nama burung tu sebelum ni abang aku pernah cerita dekat aku kalau seseorang dengar bunyi burung tu makna nya ada makhluk halus yang sedang perhatikan kau. Aku gelak jer dengar apa yang abang aku cakap, di mulut kata tak percaya lah aku tapi di hati siapa tahu kan .

Pada mula nya aku tak percaya tapi setiap kali aku dengar bunyi burung tu aku rasa macam ada  jer orang perhatikan aku sambil merembang bulu roma aku dan akhirnya aku buat keputusan untuk tak percaya apa yang abang aku cakap kan tu. Tapi pada hari yang aku bagi tau tadi burung tu berbunyi tak henti -henti lepas tu ada bau yang kurang menyenang kan aku pun tegur lah `eh apa yang bau ni lain macam bau nya ni´.sebelum tu aku nak bagi tahu dekat depan rumah aku ada sebatang pokok tua yang sanggat besar dan tinggi tapi orang kampung dah tebang sebab pokok tu menghalang pencahayaan matahari sebab tu lah orang kampung tebang pokok tu.

Ok sambung lepas tu aku tiba-tiba rasa sejuk dari kaki sampailah ke seluruh badan aku dan aku tak dapat nak bercakap aku jerit- jerit mintak tolong & aku nak bagi tahu lagi selepas 30minit abang aku keluar dia balik rumah sebab ibu aku suruh abang aku teman aku kat rumah ok sambung aku nak berdiri pergi tempat abang aku tapi tak dapat dan kepala aku pun tak dapat pusing kiri kanan aku hanya dapat menghadap depan tepat pada pokok tua yang dah kena tebang tu apa aku nampak?……………


AKU NAMPAK ada sorang perempuan tinggi duduk atas pokok yang orang kampung dah tebang tu dan apabila aku  baca doa-doa aku rasa panas sangat tapi perempuan tu pulak senyum kat aku ,aku tak nampak sangat muka dia macam mana tapi aku nampak sangat jelas yang mulut dia senyum kat aku. Bab yang paling menakut kan bila dia putar pulak kepala dia sambil keluarkan lidah kat aku.Aku takut sangat ketika tu aku nangis tapi air mata pun taknak keluar aku berani kan diri dan aku cakap kenapa kau buat begini kat aku dalam hati.


Lepas tu dia tengok aku lebih kurang 5 minit kot aku tak dapat bergerak tapi lepas tu aku dah dapat bergerak ‘ uhhhhh syukur lah´ lepas tu aku terus lari pergi bilik abang aku dan aku bagitau lah dia apa yang baru jer terjadi sesudah tu ibu dan ayah aku pun pulang dari kerja aku terus cerita pulak dekat diorang dan malam tu aku mimpi ada sorang perempuan ni dia berlutut dekat kaki aku sambil nangis dia cakap tolong lah aku cuma kau jah yang boleh tolong aku .AKU PUN JAWAB apa yang boleh aku tolong kau.PEREMPUAN TU JAWAB tolong cari kan aku tuan dan rumah yang baru .

Lepas tu aku pun terjaga.esok nya aku pun cerita lah apa yang aku mimpi kat ayah aku dan ayah aku pun  kata : AYAH KATA nie mesti pasal pokok tua tu yang orang kampung tebang. AKU tanya kenapa dengan pokok tua tu ayah. AYAH ayah rasa pokok tua tu ada lah rumah dia lah .AKU emmmmm rumah dia, dia siapa ayah.(banyak tanya pulak aku ni kan hahaha) keesokannya ayah aku jumpa ketua kampung dia cerita lh semua yang aku cerita kat dia sementara tu aku pulak demam teruk kat rumah suhu badan aku dah 40° selama seminggu tapi suhu badan aku tak menentu .


Ketua kampung pun mengambil tindakan iaitu mencari orang- orang yang pandai untuk memindah kan makhluk halus tu rupa-rupanya makhluk halus tu adalah saka kepada mantan ketua kampung sebelah , ketua kampung sebelah telah meninggal dunia kira-kira  2  bulan sebelum kejadian.saka tu tak ada tuan dan rumah so dia tinggal lah dekat pokok tua tu dia nak dicari  tuan dan rumah itu adalah motif kenapa dia muncul pada hari tu dan di dalam mimpi aku TAPI kenapa aku orang nya ? ermmmmmm aku pun tak pasti tapi yang penting aku sekarang dah selamat syukur tu yang penting.

Pengalaman aku dari cerita ni adalah percaya lah apa yang dikata kan oleh orang yang lebih dewasa dan jangan lah mengingkari ajaran tuhan .sekian daripada aku harap korang terhibur dan aku mohon maaf jika ada tersalah ejaan atau pun maksud dan kalau ayat aku tu lintang pukang dan menyinggung perasaan pembaca sekali lagi saya memohon maaf.terima kasih kalau ada rezeki kita jumpa lagi dalam cerita seterusnya.

Ini adalah perkongsian dari Jess Melalui Applikasi Kisah Misteri, Muat Turun Kisah Misteri di – http://onelink.to/kisahmisteri

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Flat Polis Tingkat 4 Berhantu

Teman Ghaibku Diatas Bukit Ikut Ke Kolej