in

Siapakah Penjaga Di Petrol Pump Itu?

Kisahnya brmula di mana aku dgn kawan aku Rostam bkn nama sbenar, menyertai satu pertandingan futsal di indra mahkota pahang. Malam sblum kami bertolak ke Kuantan dari Kota Bharu kami smua sudah pun sepakat utk bertolak selepas subuh. Oleh kerana pg itu aku terlewat bgun tidur maka aku dgn rostam ketinggalan utk menyertai konvoi. Jam sudah menunjukan 7.30pg nk x nak aku terpaksa jgk bertolak bersendirian brsama Rostam. Disbbkan ingin cepat aku pun mengunakan jalan short cut, stibanya di pertengahan jalan ada sebuah kereta sama model dan warna dgn keretaku, memecut laju di sbelah kerata aku. Bkn main laju lagi dia pecut aku beritahu kepada Rostam. Lalu kwn aku membalas mugkn dia sma kelewatan seperti kita kot. Kami pun teruskn perjalanan kami.

Setibanya di selekoh alangkah teperanjatnya kami kerana kereta td yg laju itu telah merempuh pokok. Aku dgn jelasnya nampak pemandunya trsungkur di stereng, aku xbrhenti pun di tempat kejadian d sbbkan aku mmg x boleh nk tgk darah jika tidak mgkn aku yg di angkat oleh ambulan disbbkan mabuk darah. Lalu aku meneruskan perjalanan tiba2 tngan dan kaki aku mengigil kerana terlalu memikirkan hal brlaku td. Lalu kawan aku segera mengarahkan aku utk brhenti d tepi jalan. Lalu Rostam meneruskan pemanduan. Stibanya aku di Indra Mahkota, belum sempat kami berehat kwn aku Kamal mengetuk pintu lalu meberitahu game dah nk mula cuma tunggu korang berdua shj. Aku apa lg cpt2 brsiap dan masuk pdg utk brmain.. Hari sudah pun petang oleh kerana team aku kekalahan maka team aku tidak dapat utk meneruskan utk pusingan selanjutnya.

Akan tetapi pasukan perempuan menang dan masih dpt meneruskan prlawanan utk keesokan harinya. Malam pun menjelma. Jam 10.00 mlm aku bgtahu kpd jurulatih utk pulang akan ttp jurulatih tidak membenarkan utk aku pulang kerana dah lewat malam. Aku pun mundar mandir mencari ilham utk kelentong jurulatih utk blk jg ke Kota Bharu mlm tu. Maka dtg lah 1 idea lalu aku pun pergi beritahu kpd jurulatih..  Lalu jurulatih aku membenarkan utk aku pulang. Dlm masa mengemas brg2 aku di sakat oleh kawan sepasukan dgn menyatakan, blk lah jika kau brani sbb nanti smpai kat kwsn gelap selekoh ada hantu tunpang. Dengan serius nya aku membalas nak takut apa jika dia nak tumpang silakanlah x kisah pun sbb blk masih lg kosong. Jam menunjukan hampir 12 malam. Lalu aku bertolak dri Indra Mahkota utk balik ke Kota Bharu.

Mulanya tiada masalah dgn pemanduan kami. Setibanya pertengahn jalan Rostam bgtahu aku yg dia mengantuk dia suruh aku bawa pula kereta kerana dia hendak tidur. Ok tiada masalah cuma kau tolong brhenti mana2 stesen minyak sbb aku haus dan nak cri apa2 yg boleh buat aku kunyah smesa pemanduanku. Maka bermulalah aku yg memandu, dlm 45minit aku memandu di suatu tempat gelap tiada 1 pun kenderaan yg lalu lalang tiba2 aku di kejutkan dgn 1 dentuman yg amat kuat sekali. Sampaikan Rostam yg tidur terjaga. Lalu dia brtanya kau langgar apa td smpai brgegar kereta. Entah aku menjawab dgn berani kami berhenti di bahu jalan dgn brbekalkan lampu suluh aku dgn rostam memeriksa kereta. Tiada pun apa2 kesan yg menunjukan aku di langgar atau trlangar apa2. Lalu kami masuk blk dlm kereta. Utk meneruskan prjalanan tiba2 skali lagi aku dikejutakan dgn seorang brjalan kaki dlm kegelapan. Lalu aku mengejutkan Rostam. Eh tam siapa yg jln kaki mlm buta di kwsn ni. Bila Rostam bgun lalu dia brtnya kpd aku eh jln mana kau lalu ni..? Jln biasa lah kita lalu. Apa yg menghairankan aku dgn kelajuan kereta aku pandu aku x boleh potong pun org yg brjalan kaki itu.

Sehingalah aku smpai di selekoh yg tajam aku skali lg di kejutkan dgn 1biji kereta teksi berwanta hitam bunbung kuning lampu keretanya hnya belah kiri yg menyala.  Kluar di celah selekoh tajam. Betul2 keluar seolah2 nk melanggar kereta aku. Bila aku memandang pada kereta tersebut alangkan terkejutnya aku bila org yg brjalan kaki td ada dlm kereta tersebut sbgai penupang. Apa yg menghairankan kami ialah pemandunya tiada. Dan bila masa pula org yg brjalan kaki td naik ats kereta tersebut.. Aku masa tu x usah cakap lah mmg gelabah mmg dah x boleh nak bawa kereta. Menggigil sampaikan aku bawa kereta mcm org mabuk. Akan tetapi dgn kuasa allah s.w.t aku x tahu mcm mna kami boleh tukar memandu masa tu dgn Rostam yg bawa kereta. Aku di sebelah mengigil dan menjerit Tam dia dekat dgn kita dah tu.. Semakin pecut smakin dekat kereta teksi tu dgn kami.. Rostam mula melaungkan azan.. Aku dgn gelabah mencari cd Quran.. Dan baca apa yg aku ingat.. Alhamdulillah bila smpai di satu tempat yg agak cerah dgn lampu jalan brulah kereta itu tiada di blkg kami..

Kami masa tu yg di dlm kereta sdgkan aircond buka boleh berpeluh mcm mandi.. Bila suasana dah mulai reda dgn prjalanan yg kami rasa sudah selamat aku mengarahkan Rostam utk brhenti mana stesen minyak kerana aku dah x tahan nak buang air.. Maka sampai lah d stesen minyak lalu aku turun dari keret. Aku bertambah lega apabila kelihatan 2 org brrada di atas kerusi dlm gelap.. Dlm hati aku mgkn penjaga pump minyak kot.. Lalu aku menghampirinya dan bertanya bang.. Tandas kat mana ye.? Akan tetapi diam hnya mendiamkan diri.. Skali lagi aku bertanya mgkn dia x faham kot bila aku brtnya dlm bahasa baku.. Bang jamban ddk mana sy nk kencing.. Sama tiada jwpan. Dlm samar2 aku nampak 1 bilik air menyala lalu aku meluru ke bilik air trsebut.. Selesainya aku buang air dan basuh muka aku keluar lalu di sebelah dua org td yg mulanya tgh berbual bila aku tiba d sbelah terus diam.. Pelik.. Kenapa dlm hati aku. Aku pun bgtahu lah dgn Rostam kau pergilah nk buang air bilik air kat blkg tu..

Tp agak seram lah bilik air dia masuk je bunyi mcm org mengetuk pintu.. Ketuk atap.. Tp buat biasa je lah kan ada org tu aku menyatakan kpd rostam agar dia x takut.. Lalu rostam pergi.. Setibanya dia kemari rostam menyatakan betul lah dgn apa yg aku ckpkan tu. Aku pun bgtahulah dgn rostam org yg jaga 2 org tu pun sombong kan.. Aku tnya 2,3kali diam je mcm x bagi kita masuk bilik air dia.. Tiba2 terdengar suara perbualan diantara mereka berdua 1 org pertama bgtahu dlm lorat kelantan. “kawe kalu ada org mari tolong masa kawe tepuh pokok mgkn kawe x mati..”  lalu yg seorg lagi menyampuk kawe kalu lah drebar kereta sewa tu x ngatuk dia x tepoh pokok d slekoh depe nuh kawe pun x mati.. Mendengar kata2 itu aku ternganga memandang Rostam. Lalu bertanya kau dengar apa yg aku dengar.. Rostam menjawab dengar. Skali lgi org itu mengulangi perkataan yg sama.  Aku entah lah ikut pintu atau tingkap masuk dlm kereta. Dgn laju Rostam memecut kereta.. Bila sampai sampai d satu selekoh tol rostam segera membelokan kereta.. Kita berhenti kat tol lah senang tidur di situ tmbahan kita tubuh dah penat.. Elok sgt lah.. Tanpa mematikan  enjin aku dgn Rostam tertidur di situ..

Bila sedar pg tu  rupanya aku bru je sampai di Kuala Dungun masih jauh lagi utk blk ke Kota Bharu lalu aku memutuskan utk patah blk ke kuantam. Stibanya di sana kwn yg brada di san tekejut kata blk Kelantan.. Tp kenapa dampai kuantan blik. Maka aku menceritakan hal yg kami alami swaktu nak pulang mereka tergelak smpai kena perli kat kwn2 lain.. Brani la sgt nk tumpanglah apa lah.. Tu lah degil sgt org nk mahu bagi blk nk blk.. Peristiwa ini berlaku 4,5tahun lepas di LPT2 dari Kuantan ke Kota Bharu.. Berlakunya di kawasan highway lpt2 bila aku blk bertnya org 2 di situ mana ada stesen minyak yg broperasi d lpt 2 masa tu.. Malah tol pun belum buka lg.. Terpinga pinga aku dimanakan aku pada malam itu..??? Apakah aku di alam lain

Perkongsian daripada Halmeeh.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

SIX SENSE

Rahsia Di Sebalik Dinding Hitam (Koleksi Lengkap)