in

Siapa Yang Tegur Saya?

Saya Atiqah dari Alor Setar, Kedah. Saya ingin menceritakan kisah seram Saya semasa Saya berumur 7 tahun.

Seperti biasa setiap jumaat malam Saya akan menonton TV, alang-alang cuti sekolah keesokkannya. Semasa Saya leka menonton, tiba-tiba Saya ‘diterjah’ dengan angin yang sejuk. Saya sangkakan itu mungkin kipas atau angin yang tiba-tiba sejuk. Semasa tu hampir pukul 1 pagi.

Beberapa minit kemudian, tiba-tiba Saya terdengar suara Ibu Saya yang menegur Saya dari belakang, “Kakak awat tak lena lagi” . Saya tidak sedar dan membalas, “nak habis dah ni”.
Kemudian, Saya tersedar, kenapa suara Ibu Saya lain dan ibu saya  berdialek ala- ala Siam Kedah?. Saya terus pusing ke belakang terus ke arah bilik Ibu & ayah Saya tidur, bilik mereka tertutup rapat dan berkunci. Jika Ibu Saya mahu keluar mesti Saya akan terdengar bunyi pintu kerana bilik mereka tidak jauh dari ruang Saya menonton TV.

Saya terus tutup TV lalu masuk deras ke dalam bilik. Semasa Saya berselubung di dalam selimut, Saya terdengar cakaran diluar pintu dan ‘ibu’ Saya berkata “dah lena ka~”. Saya terus baca apa sahaja ayat Al-Quran yang ada di dalam fikiran Saya hingga akhirnya Saya tertidur.

Saya sehingga sekarang, tertanya-tanya siapa yang menegur Saya?

Perkongsian Daripada Tiqa Mira.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cik Ponti Rendang

Hantu Yes or No ?