in

Siapa Yang Susun Kotak?

Nama aku Sofi berumur 15 tahun dan kisah aku ni terjadi waktu aku umur dalam lingkungan 7 tahun gitu. Sebelum ni aku ada ceritakan kisah seram aku yang bertajuk Hotel Bajet tak tau lah kalau korang ada baca ke tidak tapi yang kisah tu berlaku tahun lepas kisah ni berlaku waktu aku baru pindah Sarawak. Disebabkan belom ada rumah sewa untuk tinggal tetap kitorang sewa dulu rumah boss ayah aku yang dia bagi kitorang sewa untuk beberapa bulan sebelum jumpa rumah sewa lain yang lebih dekat ngan sekolah disebabkan waktu tu adik-bradik aku masih kecik-kecik.

Pada suatu malam aku tengah tido dalam bilik tu aku tido ngan kakak aku. Kakak aku dia tido bahagian tepi dinding so aku tido bahagian yang menghadap ke arah tingkap. Untuk pengetahuan korang waktu tu dalam bilik tu banyak kotak disebabkan kitorang baru pindah masuk tapi kotak-kotak tu tak disusun bertingkat-tingkat. So back to the story aku tengah tido menghadap kotak-kotak tu lepastu aku dikejutkan dengan bunyi macam orang mengangkat kotak tengah susun-susun kotak tu. Bila aku buka mata, waktu tu aku masih mamai tapi memang aku sedar waktu tu aku terbangun so apa yang aku tengok tu memang betul. Disebabkan kotak-kotak tu berhadapan dengan tingkap cahaya daripada luar, masuk dalam bilik samar-samar so aku nampak satu lembaga hitam lelaki tengah menyusun kotak-kotak tu. Waktu tu aku heranlah siapa yang menyusun kotak tengah-tengah malam dah lah tak buka lampu? Lepas tu aku pejam mata cuba untuk tido dan tak buka mata tapi waktu aku cuba nak lelap tu tiba-tiba aku dengar bunyi kerusi beroda dalam bilik tu bergerak macam ada orang alihkan. Lepas tu aku pun tertido.

Esoknya bangun tu aku tengok kotak-kotak tu memang dah bertingkat-tingkat macam yang aku sedar ada orang susunkan lepastu aku ceritakan kat mak dan kakak aku apa yang aku nampak malam tadi tapi mak aku tak percaya tapi kalau nak dipikirkan logic sapa je yang nak susun kotak tengah-tengah malam dan tak buka lampu, macam lah nampak. So stakat itu jer cerita aku kat rumah tu nasib baik dia tak  kacau lebih-lebih sebab aku kecik lagi waktu tu.

Pengalaman dari Sofi.

😉

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hotel Bajet

Aliya (Part 1)