in

Siapa Yang Naik Tangga?

Kisah ni berlaku semasa aku di Tingkatan 6 di sebuah sekolah di Sarawak yg agak terkenal dgn kisah seram pada tahun 2008. Pada tahun tu jugak sekolah aku tu mengalami ‘mass’ histeria sampaikan sekolah aku tu ditutup seminggu. Tapi lain kali lah aku ceritakan kisah histeria tu. Ni kisah yg berlaku pada aku sendiri.

Pada masa tu,aku dan kawan2 aku boleh dikatakan agak nakal. Kami ni kaki cybercafe,suka keluar ikut lubang belakang asrama lelaki semata nak pergi main game kt cybercafe atau nak pergi beli stok rokok. Lubang utk menyelinap keluar tu terletak tak jauh dari belakang bangunan asrama aku,kalau dari koridor tingkat atas belakang dorm aku dah nampak pun lubang tu. Lubang tu kami tutup dengan zink,nak sembunyi dari cikgu.

Dipendekkan cerita hujung minggu tu aku dan 3 org kawan aku stay asrama. Student form 6 lain semua dah balik kerumah masing2. Kat dorm asrama junior form 1-5 pun ada gak yg stay hujung minggu tu tapi asrama diorang terletak jauh sikit dari asrama kami form 6. Bilik dorm aku kat tingkat 2. Masa tu kami berempat je student tingkatan 6 yg stay. Nama kawan2 aku tu Jonah,Phang dan Sterlin.

Malam Sabtu tu lepas balik dari dewan makan kawan2 aku ajak aku pergi cybercafe tapi aku menolak sebab xcukup duit nak main,aku mintak diorang belikan aku rokok je sekotak. So aku sorang stay asrama masa tu. Aku pesan jangan lama sangat main,masa tu stok rokok memang dah abis. Diorang pun pergi laa keluar ikut lubang tu. Aku masa tu dok baca buku ulangkaji sambil aku pasang lagu kat fon aku,masa tu aku pakai Sony Walkman W550i tau,hahaha! Tu pun curi2 bawa masuk asrama.

Lepas setengah jam,tiba2 aku terdengar bunyi tapak kaki mcm ada org tengah berjalan naik tangga. Dalam hati aku maybe diorang dah balik kot. Tapi bila aku toleh keluar takde pulak org yg naik atas. Aku fikir kot2 cikgu warden yg naik tadi tapi tak jadi. Aku pun turun laa tengok kot2 ada tak cikgu warden kat koridor bawah tengah meronda. Aku turun laa pegi koridor tingkat bawah,gelap gelita,takde sorang pun yg ada kt koridor bawah. Dalam hati aku tertanya2 siapa yg berjalan tadi. Aku pun naik semula keatas.

Sampai aku kat tingkat atas,belum sempat aku melangkah kaki masuk ke dlm dorm aku terdengar lagi bunyi yg sama. Bunyi org berjalan naik tangga tadi tapi kali ni diikuti bunyi yg seakan2 bunyi anjing yg mengeram. Dlm hati aku berkata anjing mana yg naik berjalan naik tangga seperti bunyi tapak kaki manusia yg berjalan memakai selipar. Lagipun dlm kawasan sekolah tu mana ada anjing. Aku pun cepat2 laa toleh ke bawah tapi tetap takde org kat situ.

Aku dah rasa tak sedap hati. Bunyi tapak kaki dan suara tu makin lama makin kuat,macam makin dekat. Aku cepat2 masuk ke dlm dorm,kunci pintu dah bersembunyi dlm selimut. Dalam ketakutan aku hanya mampu membaca berulang kali ayat Qursi dan ayat 3 Qul lain dgn harapan ‘benda’ tu akan beredar dari kawasan asrama aku. Sedar tak sedar aku tertidur.

Aku dikejutkan dengan bunyi ketukkan pintu serta suara kawan2 ku memanggil aku membuka pintu yg dikunci aku tadi. Lega aku bila dengar suara diorang,at least aku rasa selamat kalau ada diorang. Aku tak cerita kat diorang pun peristiwa seram tadi sebab taknak diorang balik rumah tinggalkan aku sorang2 kt situ sampai hari Ahad.

Sekian,terima kasih.

Perkongsian daripada Ariey.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Saka Ular Yang Tidak BerTuan

Siapa Di Luar?