in

Siapa Yang Masuk

Pada suatu hari ketika aku ingin ingin mengambil barang didalam bilikku, aku masuk ke dalam bilik aku untuk mengambil barang. Aku pun tutup pintu , tiba tiba pintu tu terbuka dan tertutup. Nak kata angin tak jugak sebab bilik aku sorang je yang ada dekat tingkat atas. Aku masih lagi boleh cakap kalau itu angin, tapi apa yang membuatkan aku pelik pintu tu bukak tutup bukak tutup hampir 20 kali. Waktu tu aku buat bodoh je tapi makin aku buat bodoh makin kuat pintu tu terbukak dan tertutup. Aku terus membaca semua surah yang aku ingat sambil menutup mata . Selepas habis, aku terus berlari ke tingkat bawah berjumpa dengan adikku . Aku seperti ragu ragu untuk memberitahu adikku . Selepas beberapa minggu aku berfikir aku bercadang nak berkongsi di apps kisah misteri ni. Nak cakap gangguan tu dah habis belum lagi, aku datang untuk menukar cadar bilik aku, selepas aku menukar cadar aku tutup pintu bilik aku, aku pun terus membasuh cadar tu. Bila aku naik atas ke bilik aku, alangkah terkejutnya aku mendapati pintu itu bukak tutup bukak tutup. Aku tidak merasakan angin sedikitpun. Aku ni orang yang penakut jugak aku terus membaling cadar dan terus berlari kebawah. Sampai sekarang aku takut nak tidur atas, aku hanya tidur dibawah sahaja.

Perkongsian daripada Adlan.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pokok Pisang

Kisah Seram Hostel Puaka 733