in

Siapa Yang Makan Nasi Tadi?

Aku ada beberapa kisah seram yang ingin aku share di sini. Kisah-kisah ini boleh dikatakan hampir kesemuanya dari pengalaman aku sendiri. Diharap anda sudi membaca ya.

Kisah pertama yang akan ceritakan ni dari apa yang berlaku kepada keluarga sepupu aku sendiri, iaitu berkaitan dengan arwah pakcik aku di suatu tempat di Perak.
Pada tahun 90an aku pun dah tak ingat bila, arwah pakcik aku ni (Pakcik Hairie) bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah, berhampiran dengan kawasan rumahnya. Minggu itu Pakcik Hairie bertugas pada shift malam iaitu dari jam 7pm-7am. Untuk tambahan info, Pakcik Hairie ni garang amat. Aku dengan anak buah dia yang lain kurang bebual atau begurau dengan pakcik aku ni. Kalau dapat tengok dia tengah marah anak-anak dia, wau, boleh mencicit kami yang lain ni lari menyorok, takut chor. Hehe.
Sambung balik cerita, pakcik Hairie malam ni akan bertugas seorang, sebab seorang lagi kawan shiftnya tidak datang, mungkin M.C agaknye. Jadi berseoranganlah pakcik aku malam ni di sekolah. Kebiasaannya, sebagai rutinnya pakcik akan pulang ke rumah pada waktu rehat untuk makan. Pakcik aku ni jarang makan di luar@kedai. Pakcik hairie ni seorang yang sangat berjimat orangnye. Tiba jam 12am, terdengar bunyi ketukan pintu, pintu hadapan rumah pakcik. Salamnye takda, hanya bunyi ketukan pintu. Makcik Yah@isteri pakcik Hairie pun membuka pintu. “Eh, abang dah balik, masuklah mandi ke dulu. Kejap yah nak buatkan air. Nasik ada siap dah tu.” kata makcik Yah. Pakcik tidak berkata apa-apa, cuma memandang ke dapur dengan mata yang sedikit kemerahan. Terkenal dengan sifat garang pakcik aku ni, jadi takdelah makcik aku nak bertanya apa. Mau berdesing telinga kene sedas nanti tak pasal-pasal. Jadi didiamkan aja. Pakcik Hairie tak bercakap apa, terus dia ke meja makan, dan diangkatnya tudung makanan, ambil pinggan, isi nasi, isi lauk terus makan dan makan. Habis semua dimakannya, minum pun tidak dan terus keluar rumah. Hairan!!!
Makcik Yah xterkata apa cuma ada terdetik di dalam hatinya, tak pernah pulak suaminya macam ni punya selera makan. Minum pun tidak. Dilayankan persoalan tadi dalam fikiran sampailah tertidur makcik di biliknya. Tiba-tiba terdengar bunyi orang bising-bising marah di ruang tamu. Terkejut makcik dan terjaga, terus makcik keluar dari bilik, dua anaknya si Apit dan Aza pun terjaga dan keluar dari bilik. “Korang ni dah nak mampos ke apa, tido macam nak mati, mana nasi aku. Aku ni lapa nak makan.” marah pakcik Hairie. Ah sudah… Siapa yang balik makan tadi, fikir makcik Yah dalam dilema tapi tak beranilah dia bersuara. Tanpa suara teruslah ke dapur, makcik Yah memasak mana yang sempat, sebelum meletup gunung berapi pakcik lagi menjadi.

Siapa yang makan nasi tadi?

Perkongsian Daripada Katipang.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Diganggu Pontianak

Ketukan Pintu