in

Siapa Yang Lari?

SANYO DIGITAL CAMERA

Ok. Aku start kisah ni pada suatu malam. Selalunya kalau rumah baru beli memang banyak yang x complete terutamanya bahagian dapur. Kami sekeluarga pindah ke rumah baru (Taman). Rumah tu dulu kawasan paya yang besar tapi telah dibina menjadi kawasan rumah. Rumah kami jenis Dua Tingkat Semi-D. .Seperti biasa, aku selalu main ii dan sampai satu masa aku duduk di tingkap belah atas dan belakang rumah kami adalah hutan paya yang agak seram. Aku pandang di salah satu sudut tepi paya aku nampak budak lelaki yang berlari di situ. Aku ingat mungkin dia adalah anak kepada jiran kami dan bila aku turun tiada siapa di situ.

Aku berfikiran positif yang dia dah masuk rumah sebab hari dah semakin gelap. Dan waktu inilah benda ni berlaku. Waktu tu, family aku sedang makan di dapur dan agak seram sebab kami boleh nampak hutan kat belakang sebab tiada dinding. Nak jadikan cerita, selepas beberapa minit kami makan semua dah siap makan dan letak pinggan dalam singki so aku last aku lah kena basuh. Sedang sibuk aku basuh pinggan aku rasa macam ada bau dan lembaga dekat belakang aku yang tengah tengok aku. Aku pun hiraukan lah. Lepas tu, aku dengar bunyi macam ade orang yang pijak rumput belakang aku. Aku cuba positif dan bunyi tapak kaki tu semakin kuat dan semakin laju.

Aku dah takut sangat aku beranikan diri aku untuk pusing ke belakang and tiada siapa kat belakang aku. Aku nak lari ke ruang tamu dimana ada semua duduk tengok tv. Dan aku cuba tengok mana tahu kucing tapi xde dengan bunyi kucing atau bunyi haiwan lagipun rumah taman tak mungkin ade banyak haiwan. Tapi bila aku pandang dekat atas pagar aku nampak budak yang sama aku nampak waktu senja tu tengah lambai dekat aku. Aku jerit tapi seolah ii takde suara yang keluar. Dan dia gelak 2 kali gelak lagi sekali suara perempuan ibarat pontianak dan aku pengsan x sedar diri sampai dekat kampung aku. Sampai sekarang aku jarang balik rumah banglo tu sebab takut..and aku duduk dengan atok nenek aku. Sekian terima kasih.

Perkongsian daripada Nazrul.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dua Suara Ketika Mendengar Ayat Suci Al-Quran

Gangguan Di 7E