in

Siapa Yang Azan Tadi?

Assalamualaikum guys, ni cerita kedua aku, cerita sebelum ni tajuk dia “Siapa kat tangga tadi?” Ok untuk kisah kali ni tak terlalu menyeramkan, kisah ni saja jg berlaku masa aku stay kat asrama sekolah…

Hari tu aku rasa lapar sebab masa makan petang tu aku makan sikit je, jadi selepas maghrib aku decide untuk pergi beli tomyam untuk buat makan dengan maggi, kedai tomyam tu ada kat depan sekolah lah asrama pulak ada kat belakang sekolah…

Masa aku kat kedai makan tu aku order tomyam bungkus sebab aku nak makan dengan roommates aku, masa tunggu order siap aku dengar orang azan kat surau asrama sekolah aku. So aku fikir ohh dah masuk waktu Isyak…

Dalam 15 minit macam tu order siap aku bayar and terus balik oe asrama, sampai je kat asrama and masa aku lalu bawah blok bilik aku aku dengar orang azan lagi, aku pun pelik, “Aik tadikan dah azan, ni siapa pulak yang azan”, aku tak fikir panjang terus nak naik bilik, masa nak sampai je kat tangga tetiba sosok laju lalu depan aku menuju ke surau, bila kau tengok rupanya tu senior aku.

Aku pun tak kisah sangat terus naik ke bilik and tunggu semua siap solat Isyak kat surau. Selepas je semua siap, aku gi jumpa senior aku yang lari tadi and tanya kat dia asal dia lari and dia jawab, masa dia lepak dlm bilik aku sambil² tunggu Isyak dia dengar paip kat singki bilik air terbuka, dia ingatkan roommate aku yang ada dlm bilik air tu, so dia tak layan.

Lepas tu tertiba paip tu tertutup dan tunggu nk tengok siapa yang keluar tapi xde orang yang keluar, kemudian dia dengar lagi bunyi paip tu terbuka, so dia rasa nk tahu dia gi check tengok² semua paip tertutup dan xde orang langsung kat blok, semua kat surau, maksudnya hanya dia ada kat blok masa tu, tanpa fikir panjang dia lari menuju ke surau sambil azan…

Aku yang terdengar cita ni tak tahu rasa nk gelak or nk seram… Ok tu saja kisah untuk kali ni…

Perkongsian daripada Ariff Azffar.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

15

Asrama 1