in

Siapa Yang Aku Peluk?

Hai, nama aku Leeya. Umur aku baru 13 tahun. Setiap kali ada kem dekat sekolah mesti aku akan pergi. Kalau parent aku tak bagi pun aku tetap merayu dan pujuk diorang sampai diorang bagi kebenaran untuk aku pergi. Cuma, setiap kem yang aku pergi.. mesti waktu malam aku kena kacau. Tapi aku tak pastilah betul betul benda tu (makhluk halus) atau mimpi. Ada satu kem ni aku masih ingat.. masa tu umur aku 12 tahun. Sebelum masuk tidur tu macam biasalah, mesti semua sekolah pun pernah.

Abang abang dan akak akak yang bantu cikgu tu akan cerita kisah kisah seram dekat semua murid. Cerita yang dia cerita tu pasal satu lembaga berbungkus yang pernah muncul kat kawasan kem tu. Ada yang malas nak dengar and ada yang takut langsung taknak dengar. Aku ni jenis berani dengar atau tengok cerita hantu so aku layan jelah dengan tekunnya hahahaha. Habis je sesi cerita seram tu kitorang semua pun masuk dalam bilik masing masing. Satu bilik kongsi 7 orang katil pulak jenis sebelah sebelah and berdepan.

Masuk bilik tu bukan kitorang terus tidur pun.. aku dengan geng aku sambung cerita seram masing masing sambil makan makanan ringan yang kitorang curi curi bawa masuk dalam bilik. Tak silap dalam pukul 1 lebih jugaklah baru kitorang habis borak borak pastu semua masuk tidur. Barisan aku ada 3 katil. Aku tidur dekat katil pertama yang tepi sekali belah kanan. Katil yang tengah dan sebelah dinding tu kawan kawan aku.

Aku tak ingat sangat dah sebab aku fikir nak lupakan je pasal ni. Rasanya pukul 3-4 macam tu aku terjaga. Sebab sejuk aircord kuat sangat diorang pasang. So aku gulinglah rapat sikit dengan kawan sebelah aku, Safiah. Dia tidur menghadap belah lain jadi aku tak nampaklah muka dia. Aku terus tarik selimut dia pastu aku peluk dia sebab sejuk sangat dah. Dan aku sambunglah tidur malas nak berjaga lama lama. Dalam kepala aku masa tu asik terfikir cerita seram yang abang dan akak tu cerita pasal tempat kem kitorang tu.

Esok tu diorang kejut aku. Bila aku bangun je aku terus terkejut. Aku pandang katil berdepan yang kt depan aku tu ade Safiah. Aku tanyalah dia.

“Eh semalam bukan ke kau tidur sini?”

“Memanglah lepas tu aku pindah depan ni beberapa minit lepas kau lena”

Aku pun peliklah. Aku tak puas hati aku tanya lagi semua kawan aku yang ade dalam bilik tu dan semua diorang kasi jawapan yang sama. Aku ceritalah kat diorang yang aku peluk Safiah malam semalam dan Safiah kata….

“Eh? Kau biar betul? Semalaman aku tidur kat sini. Mana ada aku tidur sebelah kau”

Fikiran aku serabut gila masa tu.. siapa yang aku peluk? Kalau Safiah kat situ yang sebelah aku semalam siapa? Aku betul betul yakin yang aku nampak tu dia. Memang sepanjang hari tu aku asik fikir tu je.

Benda ni aku tak pernah cerita dekat siapa siapa kecuali kawan sebilik aku tu. Ni bukan kali pertama kena macam ni masa kem sekolah. Banyak lagi. Kem kat luar, kem kat sekolah, semua aku kena kacau. Tapi nasib baiklah semua kacauan yang aku pernah dapat tu, benda tu tak tunjukkan diri betul betul depan aku cuma dia kacau jelah. Tak menjelma pun. Lagi pun aku memang berani dengar cerita hantu tapi tu jelah aku berani kalau nak jumpa “benda tu” memang lemah lah hahaha.

Perkongsian Dari Leeya.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Siapa Budak Tu?

Pengalaman Semasa Pergi Bercuti