in

Siapa? (Part 1)

Suata hari, aku mandi dalam bilik air di asrama apabila jam menginjak ke angka 3 pagi. Lagipun best kot mandi malam buta ni. Air sejuk, senang aku nak tidur lepas mandi.

       Tapi aku tak selalu mandi sorang. Selalunya aku selalu mandi ngan kawan aku. Eh, jangan fikir bukan bukan. Kitorang mandi dalam tandas sama, tapi bilik air tak sama tau. Korang yang baca kisah ni jangan fikir bukan bukan pulak. Jangan ingat yang aku ni lesbian.

        Tapi, satu hari ni kawan aku dah tidur. So, aku terpaksalah mandi sorang sorang. Lagipun buat apa nak takut kan? Tapi, hakikatnya aku takut, tapi aku buat acah berani. Aku pun jalan menuju ke tandas, aku jalan dan jalan kemudian aku pun jumpa tandas.

         Aku pun mandi lah masa tu. And then, aku terdengar ada satu bunyi. Macam ada seseorang buka pintu air yang hujung sekali. Selepas tu, aku dengar ada orang buka air dekat pintu bilik air tu juga. Aku pun dah mula cuak, jadi aku mandi kerbau je lah masa tu.

         Tapi kan, aku terfikir juga, mungkin ada juga orang yang mandi pagi pagi buat macam aku ni. Jadi, aku fikir positif aje lah masa tu. Lepas aku pakai baju, aku terus keluar dari bilik air. Aku tengok lah bilik air hujung sekali tu. Terbuka lah. Aku sudah mula cuak masa tu. Tapi, aku beranikan diri dan cuba dekat dengan pintu bilik air tu. 

         Mungkin ada orang lupa tutup pintu bilik air ke… Kan? Bila aku cuba dekat dengan pintu bilik air tu, aku tengok lah sekali bilik air tu. Dalam hati aku dah mula berkata ‘ walahwei…  Takda orang lah hawau’. Aku pun cuba lah beranikan diri lagi nak tutup air tu. Iyalah kan, hantu tu ingat dia ke yang bayar semua bil air nanti. Membazir saja.

          Aku pun tutup lah paip air tu. Dan tiba-tiba…

                    ~to be continued~

Perkongsian Daripada Cuba Lah Teka Siapa.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pisau Jadi Berus Gigi

Pak Tua Keliling Padang Dan Nyanyian Atas Bumbung Sekolah