in ,

Siapa Mereka?

Assalammualaikum, nama aku Laila(nama samaran). Aku mempunyai pelbagai kisah seram dan pelik di dalam hidup aku. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah permulaan bagi kisah seram di dalam hidup aku. Sekitar tahun 2000 – 2003, waktu itu aku berumur sekitar 4-5 tahun yang masih bersekolah tadika. Sejak aku berumur 4 tahun, aku tidak boleh tidur pada waktu malam dan selalu menangis ketakutan sehinggalah ibu aku pelik dengan kelakuan aku tiap malam. Ibu dan bapa aku berikhtiar untuk memagar rumah aku, mereka mengganggap aku hanya diganggu oleh roh-roh jahat yang berkeliaran disitu. Ia perkara normal kerana rumahku jauh daripada Bandar dan terletak dikawasan kebun getah. Biasalah kawasan hutan dah memang tempat hantu. Setelah memagar rumah, aku masih menangis waktu malam sehinggalah umur aku 10 tahun. Apa yang aku ingat masa kali terakhir aku menangis adalah ada satu bisikan yang berbunyi begini “sudahlah jangan menangis lagi, tiada apa yang nak ditakutkan.” Pada saat itu, aku tidak menangis lagi pada waktu malam sehinggalah aku sudah besar baru aku bertanya pada diri aku, siapa yang berbisik pada aku waktu itu? Sehingga hari ini perkara itu menjadi persoalan dalam diri aku.

Sepanjang aku mengalami ketakutan pada waktu malam itu, pelbagai perkara-perkara pelik berlaku pada diri aku. Perkara pelik pertama yang berlaku adalah, setiap malam aku akan terjaga dari tidur. Normal lah terjaga waktu malam sebab aku nak kencing, minum air dan sebagainya. Sewaktu aku terjaga itu, aku terdengar bunyi tv seperti bapa aku sedang menonton. Mengapa aku menganggap begitu sebab bapa aku akan menjadi orang terakhir menonton tv kerana dia suka menonton sehingga lewat malam. Aku dengar seperti bapa aku sedang menonton, aku dengar dengan jelas seperti rancangan tv sedang disiarkan. Apabila aku ke ruang tamu, hanya aku seorang sahaja di ruang tamu dan tv pun tidak dipasangkan pun. Aku mula cuak dan terus berlari ke bilik, dan aku menangis ketakutan. Tetapi bodohnya aku, aku tidak pernah menceritakan perkara ini kepada ibubapa aku. Perkara ini berlaku bukan sekali sahaja, tetapi ia berulangkali sewaktu aku kecil.

Perkara kedua yang berlaku pada aku sewaktu aku kecil adalah, ada seorang lelaki berpakaian serba hitam melihat aku dari luar tingkap. Perkara ini berlaku setiap kali aku ingin membuang air besar, biasalah tandas kampung. Tandas aku berhadapan dengan tingkap rumah aku, tingkap itu menghadap ke kawasan belakang rumah aku. Belakang rumah aku hanya ada semak samun dan beberapa pokok buah rambutan dan durian.

Sepanjang aku melepaskan hajat, aku diperhatikan oleh lelaki itu, aku mempunyai sedikit perasaan takut dan pelik pada kali pertama perkara itu berlaku apabila perkara itu berulangkali terjadi aku menganggapkan perkara itu normal bagi aku. Wajah lelaki itu aku tidak nampak kerana dia memakai kain hitam di atas kepala nya sehingga wajahnya tidak kelihatan. Aku yakin lelaki itu bukan manusia tetapi makhluk alam ghaib. Ketika aku sudah dewasa baru aku bercerita perkara ini kepada ibubapa aku,aku tidak tahu kenapa ketika aku masih kanak-kanak aku tidak menceritakan perkara-perkara pelik yang berlaku kepada ibubapa aku.

Perkara yang berlaku ketika aku masih kecil adalah, aku selalu bermimpi bermain dengan seorang perempuan yang hanya berkepala tanpa badan (seperti penanggal). Aku tahu perkara ini seperti annoying dan ada yang beranggapan aku hanya mereka-reka cerita. Tetapi sehingga hari ini aku masih ingat tentang mimpi itu. Mimpi itu, aku bermain dengan perempuan tersebut dan bercerita tentang diri aku kepadanya. Perempuan itu hanya menjadi kawanku yang hanya bermain dan mengembirakan aku di dalam mimpi. Aku pelik, mimpiku hampir setiap hari berjumpa dengan perempuan yang sama dan pada tempat yang sama. Setiap kali mimpi aku akan berjumpa dengannya dibawah rumah nenek saudaraku (rumah papan) dimana rumah itu bersebelahan dengan rumahku. Mimpi ini bukan hanya berlaku sekali sahaja, tetapi hampir setiap malam aku bermimpi bermain dengan perempuan tersebut. Ia seperti perkara wajib yang aku perlu lalui setiap hari. Aku pelik mengapa aku tidak takut bermimpi seperti itu. Lama kelamaan aku meningkat dewasa, aku jarang bermimpi perempuan tersebut dan mimpi itu lenyap begitu saja. Tetapi aku sentiasa mengenangkan perempuan itu dan selalu mempersoalkan siapa perempuan itu.

Kisah seterusnya, ketika aku masih bersekolah rendah. Pada tengah lewat malam, atap rumah aku mula berbunyi seperti suatu benda berat terjatuh tetapi apa yang pelik, atap itu tidak ada kesan rosak atau kemek. Aku dan semua ahli keluarga aku mendengar bunyi atap itu, tetapi aku tidak tahu apa dan tidak ada rasa takut kerana perkara itu berlarutan hampir sebulan. Sepanjang perkara seram itu berlaku, ibubapaku berikhtiar untuk berjumpa dengan ustaz untuk mengubat rumahku. Akhirnya, rumahku telah dipagar ustaz dan bunyi atap itu tidak berbunyi lagi. Bunyi atap itu seperti batu yang besar dibaling ke atas atap rumahku. Bunyinya sangat kuat tetapi jiranku tidak mendengar apa-apa. Sewaktu berubat, ustaz itu berkata ini angkara hantu raya tetapi tidak tahu siapa pemiliknya dan apa tujuannya melakukan hal sedemikian.

Setakat ini sahaja aku bercerita tentang kisah pelik yang berlaku di dalam hidupku, in shaa Allah aku akan bercerita lagi di bahagian yang akan datang kerana kisah-kisah ini hanya permulaan sahaja. Akhir sekali, aku ingin bertanya pendapat kamu semua apakah pendapat kamu tentang kisahku dan ada yang pernah mengalami kisah yang seakan sama dengan kisahku dalam hidup kalian?

Perkongsian dari Laila.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bukan Makhluk Biasa

Tetamu Misteri