in

Siapa kat tangga tadi?

Assalamualaikum guys, ok kisah aku pendek je tapi agak menyeramkan juga lah, aku nk jenis yang mudah nampak benda-benda macam ni so tambah pulak masa form 5 dulu aku stay kat asrama, lagi lah banyak kisah. So hari ni aku nak share salah satu kisah yang berlaku dekat aku.

Ok asrama sekolah aku memang mewajibkan solat maghrib dengan Isyak berjemaah sebab semua penghuni kat situ muslim, so wajib untuk semua berjemaah. Masa antara maghrib dengan Isyak sepatutnya semua pelajar kena stay kat surau tapi aku ni jenis degil sikit so tiap-tiap kali lepas maghrib aku akan naik ke bilik dan lepak kat sana dan turun balik bila dan nak masuk Isyak.

Nak dijadikan cerita, satu malam tu aku naik macam biasa, bilik aku aras satu so just naik satu tingkat je lah tapi tangga tu ada dua, tangga macam tangga kecemasan kat bangunan tu yang diantara dua tangga ada lantai yang flat, ( hope korang faham lah ).

Sebelum sampai aku sampai kat lantai flat antara dua tangga tu, bahu aku terlanggar seseorang, and sebab aku nk cepat ke bilik aku just toleh kejap and bagitau “Sorry”, dan dia balas “Ohh takpe²”.

Than aku terus ke bilik, and lepak atas katil. Tengah lepak tu aku baru terperasan yang masa aku toleh tadi orang yang aku terlanggar bahu tadi berambut panjang and suara dia bila dia bagitau “Ohh takpe” tu suara perempuan.

Aku dah mula pelik, sebab kalau nak dikatakan pelajar asrama perempuan, menang diorang xleh masuk ke kawasan asrama laki sebab blok laki dengan perempuan dipisahkan dengan pagar and kalau nk dikatakan cleaner, malam-malam cleaner tak kan naik ke blok, kalau warden pun bukan sebab malam memang warden laki yang jaga blok laki and warden perempuan yang jaga blok perempuan…

So itu saya pengalaman aku kat asrama, actually banyak lagi tapi ni yang masih segar dalam ingatan. Apa-apa pun nasib baik “dia” tak toleh, kalau cantik rezeki kalau buruk malapetaka lah tu…

Perkongsian daripada Ariff Azffar.

What do you think?

Written by Ariff Azffar

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Misteri Stor Lama

Pancaindera Ke 6 Mula Kelihatan