in

Siapa Kat Bawah?

Hi, nama aku Tia. Aku nak ceritakan kejadian benar di mana aku seorang diri di asrama apartment.

Hari tu malam raya, semua orang balik kampung kecuali aku dengan seorang kawan, nama dia Nisa. Jadi aku lek lu, chill-chill sambil tengok TV dengan bunyi yang perlahan. Masa tu memang gelaplah sebab malam dalam jam 8 lebih camtu. Lepastu bunyi bising datang dari bilik kawan aku ni. Jadi aku ambek phone, aku terus WhatsApp dia.

Perbualan kami berdua dalam WhatsApp –
Tia: Woi ko napa do buka TV besar-besar?
Nisa: Mana ade do.
Tia: Abis tu bunyi apa kat dalam bilik ko tu Nis?
Nisa: Entah, burung kot masuk bilik.
Tia: Ko kat mana sekarang Nis?
Nisa: Kat kampung napa?
Tia: Jadi bunyi tu?
Nisa: Napa do!?
Tia: Jap aku ade benda nak check.

Aku rasa tak sedap hati, jadi aku cuba la check mana tahu pencuri ke. Pastu aku minta kunci kat warden. Lepastu aku masuk bilik Nisa cari dari mana datang bunyi bising tu. Tiba-tiba aku terdengar bunyi orang nangis dalam bilik stor si Nisa. Disebabkan aku takut nak tengok, aku terus lari pecut pergi kat tempat warden dan aku cakap ada bunyi orang nangis dalam bilik Nisa. Yang seramnya waktu tengah lari pegi kat tempat warden tu, aku ada nampak dua lembaga hitam, yang satu tu bentuk macam haiwan dan satu lagi bentuk macam orang bertanduk. Masa tu juga aku dengar banyak suara macam orang meraung, menangis dengan panggil nama aku TIA!! TIA!! TIA!!

Lepas kejadian tu aku demam sampai tiga minggu.

Perkongsian daripada Tiara Aleeya.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cermin Belakang Seram