in

Siapa Duduk Dengan Aku Kat Ruang Tamu?

Saya dan emak menziarahi jenazah Makcik Kelsom, rakan emak, jam 10 malam. Memang agak lewat, tapi memandangkan kami mendapat perkhabaran sedih itu selepas Isyak dan emak bekerja keesokan harinya, kami pergi juga malam itu.


Ketika kami sampai, suasana rumah agak suram. Walaupun ada kematian, cuma ada lebih kurang sepuluh orang sahaja yang menziarah. Mungkin yang lain sudah datang selepas Maghrib ataupun memilih untuk datang esok pagi.
Saya dan emak duduk di ruang tamu bersama beberapa tetamu yang lain dan mula membaca surah Yasin. Ketika itu, kedengaran suara perempuan terpekik dan mengilai dari dalam bilik. Terkejut kami dibuatnya.


Kus semangat!
Emak memandang saya dan menyuruh saya terus membaca.
Selepas itu, emak bingkas bangun bersama beberapa tetamu yang lain dan pergi ke dalam bilik untuk melihat apa yang berlaku. Saya teruskan membaca surah Yasin di ruang tamu bersama seorang makcik yang duduk bersimpuh tidak jauh dari saya.
Bacaan saya agak terganggu dengan bunyi hiruk pikuk di dalam bilik, tapi saya teruskan juga membaca sehingga habis.


Dipendekkan cerita, wanita yang terkena histeria itu diberi air penawar dan akhirnya pengsan. Sebelum kami pulang, emak mengajak saya melihat jenazah dahulu.
Apabila saya melihat jenazah, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati wajah Makcik Kelsom sama dengan wajah makcik yang duduk bersimpuh tidak jauh dari saya di ruang tamu ketika tetamu-tetamu lain bergegas masuk ke dalam bilik.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pendamping Jenazah

Perkongsian Security