in

Siapa Di Sebelah?

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Nama aku Nana(bukan nama sebenar). Cerita yang aku nak kongsikan ni masa aku di kampung iaitu di rumah nenek aku. Masa tu umur aku 11 tahun. Masa tu aku dan tiga orang cousin aku iaitu Isya dan Lia belum tidur sebab kitorang sedang tunggu cousin kitaorang lain yang berada di rumah Isya tapi Isya tak ikut tunggu. Kebetulan masa tu rumah nenek aku baru dibesarkan. Masa tu semua orang dah tidur cuma kitaorang ja yang belum.

Kitaorang masa tu tak tau nak buat apa jadi kitaorang pun main lah slime almaklumlah budak budak. Tiba tiba masa kitaorang main tu, turun pula hujan lebat. Kitaorang pun cepat cepat lah berebut tempat tidur dan aku dapat tidur di sebelah tingkap yang masih belum siap (tingkap yang terbuka tak ada langsir). Masa tu aku baru nak terlelap tetiba cousin aku yang lain datang. Aku terkejut… Dalam hati aku macam manalah dorang datang tanpa bunyi ni. Pastu baru aku teringat hujan lebat haha then kitaorang pun buka TV tengok cerita hantu together. Tetiba Atok aku bangun, dia suruh kitaorang off TV pastu suruh tidur kitaorang pun buat ajelah apa yang kena suruh. Pastu masa tengah tengah malam tu aku terbangun (tak nampak jam berapa sebab takde jam) then aku tengok smua dah tidur takde lagi org yg bangun kecuali aku. Masa tu tiba-tiba lah pula mata aku jadi segar tak tau kenapa. Tapi aku cubalah jugak lelapkan mata then aku ada dengar macam ada orang di tandas. Masa tu aku berfikir siapa kat tandas? Aku pun cepat cepat lah masuk dalam selimut sebab takut. Tiba-tiba aku dengar tapak kasut bunyi dia krek-krek (tak tau lah macam mana bunyi) bunyi tu satu-satu macam bukan bunyi manusia pastu aku dengar dia menuju ke bilik nenek dan atok aku. Padahal atok dan nenek tidor dekat ruang tamu lepastu aku dengar tapak kaki tadi berjalan balik. Masa tu dia berhenti tepat di sebelah kepala aku. Maklumlah sebelah aku tu kosong, masa tu bulu roma aku dah muka meremang jadi aku dapat jangka yang tu bukan manusia. Masa tu aku nampak susuk tubuh dia masih lagi berdiri. Aku pun tak terfikir nak baca doa tapi Alhamdulillah dapat juga aku tertidur walau dalam ketakutan. Esoknya aku pun cerita kat cousin aku yang lain.

Perkongsian daripada Nana.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rumah Sewa di Kawasan Lorong

Asrama Berhantu