in

Siapa Call?

Ok first of all cerita ni berlaku waktu aku darjah 6 ke 5 tak silap aku. And aku ngan kawan-kawan aku ni ada lah buat satu group wasap untuk kitorang semua je.

Cerita dia mula waktu pukul 11:30 camtu aku tengah main phone lah waktu tu and waktu tengah syok main game tu, ada kawan aku call. So aku pun jawab lah kan lepas tu aku tanya “Kau kenapa call aku malam-malam ni?” tapi dia tak jawab pastu terus end call. Aku kata lah dlm hati aku ‘kalau nk call tapi tak jawab aku tanya baik tak payah’. Then aku sambung balik main game.

Lebih kurang 5 minit camtu kawan aku yang sama call aku lagi sekali, aku jwb lah “Kau nk apa lagi goblok? aku tgh main game lah jgn kacau aku” pun sama tak jawab jugak then end call. Aku pun waktu tu malas nak fikir pahal tu aku sambung balik main game.

Pendek cerita lepas aku habis main game aku terus charge phone aku and then tidur. Waktu ni lah aku dah mula rasa tak sedap hati.

Sama jugak pukul 1 pagi tu kawan aku call aku lagi, and aku pun lurus bendul sangat waktu tu aku pun angkat.Tapi kali ni lain sikit sebab waktu tu aku ada cam dengar dia cakap2 sikit tapi aku tak ingat apa dia cakap then dia terus end call.

Waktu tu aku dah mula rasa pelik sebab takda pun status call dia bila aku check.Aku pun dah mula cuak waktu tu aku terus ambik selimut and aku terus tidur. (Biasa lah aku waktu tu senang sikit takut).

Besok pagi tu aku wasap kawan aku kenapa dia call aku semalam and surprisingly dia kata malam semalam dia tak sekali pun pegang phone and dia dah tidur waktu pukul 10 lagi.So aku pun hairan,

Kalau bukan dia yang aku call semalam…
Dah tu siapa yang call aku…
Walaupun yang call aku tu nombor dia…

Perkongsian Daripada AZ Guy.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Patung Okiku

Tandas Terbiar