in

Siapa Budak Tu?

Cerita ni jadik waktu aku pertama kali masuk sekolah asrama. Anyway, nak bagitau yang aku ni bukanlah budak yang pandai untuk dapat tawaran asrama. Bagi aku tu semua rezeki je dapat masuk (even tak lama). Okay, untuk bingkisan cerita misteri cabuk aku ni mulanya pada hari Rabu malam ketiga aku tidur kat asrama tu. Tengah aku seronok diulit mimpi, tiba-tiba perut aku memulas. Tapi dia punya pulas memang lain macam sampai aku tersentak dari tidur. Aku kerling sikit jam dinding yang terpaku tepat diatas locker baju aku yang terletak berhadapan katil aku.

Aku intai, jam tepat jam 2:45 pagi. ‘Time ni lah kau nak buat hal’ bisik aku pada diri. Tapi dek sakit perut yang tak tertahan lagi, aku tebalkan muka untuk kejut lantas ajak member yang baru aku kenal 3 hari. Tapi sayang seribu kali sayang, sorang pon tak bangun. ‘Apalah nasib aku ada kat tempat ni’ rungut yang aku dah tahu takkan mampu mengubah apa-apa. Aku cuba lelapkan mata. Aku toleh kiri, toleh kanan tetap tak boleh kembali kantuk mata aku ni. ‘Erghhh sakitnya. Gerak je ahh’ aku beranikan diri untuk ke tandas berseorangan.

Aku berdiri tepat di muka pintu bilik aku. Selak atas dan bawah dah dibuka. ‘Bismillah. Ya Allah lindungilah aku’ doa tak seberapa yang aku harap akan disambut aku bacakan. Sekarang cuma aku dengan koridor yang memisahkan aku dan tandas. Jalan yang terasa pendek siangnya, terasa lipat kali ganda bila malam melabuhkan tirai. Mula dari langkah yang goyah, satu persatu kaki aku menapak hinggalah aku melepasi bilik B-15, selang 2 bilik dari bilik aku (B-13) aku terasa seakan ada mata yang rapat mengintai aku dari dslam bilik yang kosong itu.

‘Ahh takde apa tu’ bisik aku, ‘hmm’. Aku tersentak. ‘Betul ke apa yang aku dengar ni?’ Aku terus berlari terus ke jamban. Btw, jamban yang aku pakai ni kedudukan dia terletak betul-betul berdepan pintu masuk. Aku amik je yang mana paling dekat. Semua proses perkumuhan bermula dengan lancar, pesan orang tua ‘langit tak selalunya cerah’. Bermulalah detik hitam bagi diri aku pada malam tu. Sedang aku melakukan kerja-kerja pembersihan, aku terdengar dari jauh seakan bunyi tapak kaki budak berlari. Berlari dari hujung tangga, aku dengar dia berhenti di pintu masuk tandas asrama aku. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi itu bersambung di dalam tandas itu.

Aku cuba menjenguk bawah pintu jamban, kot-kot boleh clarify apa yang aku dengar tu. Ternyata tindakan yang ku lakukan tu terlalu bodoh. Aku tak nampak apa-apa. ‘Aikk bunyi ada, bayang takde??’ Macam mana suatu objek yang legap, melalui jalan yang penuh dengan cahaya, tapi tidak berbayang? Aku terdengar lagi bunyi ‘budak’ tu macam tengah main dengan tandas tu. Aku terdengar pintu yang disepak, disusuli bunyi seakan ada sesuatu yang menarik pam tandas lalu, menghempas pintu dengan kuat dan sambung berlari menuruni tangga.

Aku tergamam. Apa yang jadik kat aku ni? Aku cepat² sarung apa yang patut, lepas tu aku pergi ke jamban yang dimasuki ‘budak’ tu. Aku tolak pintunya, langsung terus sunyi. Tak terdengar lagi bunyi pam tandas mengisi tangki pam lagi dari jamban tu melainkan tangki pam tandas dari jamban aku je. Jadi persoalan dari aku, siapa budak tu? Kenapa dia ada kat situ? Apa sejarahnya budak tu?

Selepas dari kejadian tu. Aku tak cerita kat siapa-siapa melainkan kawan baik aku, Wan. Selang beberapa bulan lepas dari kejadian aku tu. Ada sorang classmate perempuan aku share yang dia boleh nampak benda ghaib ni. Sedang dia cerita, aku terdengar dia sebut pasal “aku ada nampak hantu budak pakai seluaq putih. Badan pucat gila dok pegang bola warna merah” aku tanya dia “dia tak pakai selipar kan?” Then classmate aku ni tanya, macam mana aku boleh tau. Bila dia tanya tu, aku bukak cerita.

Perkongsian dari Komeng.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pengalaman Di Kuarantin

Siapa Yang Aku Peluk?