in

Rumah Sewa di Kawasan Lorong

Hai, nama saya Delia (bukan nama sebenar). Kisah saya bermula apabila saya bersama dua orang anak saya dan seorang anak buah tinggal bersama-sama. Saya dapat kerja di bandar dan tinggal di sebuah rumah sewa di sebuah kawasan lorong.

Pada mulanya saya tidak berapa kisah sangat tinggal di rumah sewa itu. Seminggu kemudian anak buah saya mula mengigau dan meracau semasa tidur. Jadi saya pun tegur “Uii apa pasal kau ngigau ni?” Saya menggoncang dan menegurnya. Selepas saya menegur dia, dia pun diam. Selang beberapa jam kemudian, saya terbangun dari tidur sebab mau pergi ke tandas. Dalam perjalanan pergi tandas, ketika itu saya rasa seperti ada kelibat lalu di luar rumah. Sebab tidak tahan untuk ke tandas, saya pun abaikan. Selepas keluar dari tandas, saya pun balik ke tempat tidur untuk sambung tidur. Masa itu saya lihat anak buah saya secara tiba-tiba berdiri depan pintu keluar. Saya pun hanya memperhatikan tindakan anak buah saya itu. Dalam masa yang sama, anak buah saya itu buka pintu lepastu berjalan keluar. Tanpa membuang masa saya pun mengikuti anak buah saya itu dari belakang dan berkata “Oii mau kemana tu?” tapi anak buah saya tidak menghiraukan saya. Saya rasa pelik dan menahan anak buah saya itu dengan menarik tangannya. Masa dia mengigau tu, saya cuba bangunkan dia tapi malangnya dia terus berjalan dengan mata dia yang tertutup. Saya masa tu ikut dia dari belakang, jalan punya jalan tiba-tiba masa tu saya nampak ada seseorang yang memakai baju putih dan berambut panjang sedang berdiri tidak jauh dari kami. Saya terkejut dan panik masa tu dan saya tidak tahu apa mau buat. Saya cuba bangunkan anak buah saya itu dan anak buah saya itu pun mulai sedar. Dia tanya “kita mau pergi mana ni?” dan saya cakap “kau tahu kah? kau tadi mengigau jadi saya ikut kau dari tadi.” Tanpa buang masa, saya pun cepat-cepat bawa anak buah saya tu masuk dalam rumah dan terus kunci pintu sebelum dia ternampak benda tu.

Pagi esok tu, kami semua bangun dan membersihkan diri lepastu mengemas rumah. Selepas selesai semua kerja, kami pun rileks sekejap. Perkara yang sama terjadi setiap malam.Kami berempat pindah keluar dari rumah tu. Sampai sekarang kami sendiri tidak tau apa yang jadi dengan rumah tu. Selepas beberapa hari keluar dari rumah tu, kami dapat tau yang rumah tu sebenarnya ada penunggu sebab itulah tiap malam ada saja benda pelik berlaku. Nasiblah kami berempat sempat keluar dari rumah tu. Sekian dari kisah saya. Terima Kasih.

Perkongsian dari Delia.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Arif 1

Siapa Di Sebelah?