in

Sesat Tanpa Wajah

Nama saya Irfan. Bekerja sebagai tenaga pengajar persendirian (tuisyen) pada masa itu dan kini saya berkhidmat di salah sebuah jabatan kerajaan. Saya mempunyai satu kisah boleh dikatogerikan seram jugaklah yang dialami oleh diri saya sendiri kira2 6 tahun yg lalu. Lebih tepat lagi tahun 2014. Peristiwa tersebut telah mengubah hidup saya walaupun pernah di “usik” jelmaan2 makhluk sebelum ini. Kisah bermula pada suatu hari tatkala seusai menjalankan tugas di kampung saya. Waktu itu jam hampir pukul 11 mlm. Saya menaiki motorsikal untuk pulang kerumah dan tanpa sengaja melalui sebatang jalan yang biasa saya lalui. Jalan tersebut bukanlah “scary”. Lagi pula, setiap malam saya melalui jalan tersebut.

Anggaran jalan tersebut dengan rumah saya pun hanya sekitar 5km sahaja, berdekatan dengan sebuah sekolah rendah kerajaan dan sebuah surau. Dipendekkan cerita, saya melalui jalan tersebut dan saya melihat jam di telefon saya menunjukkan pukul 11.08mlm ekoran mendapat satu pesanan ringkas whatsapp. Kebetulan pada malam berkenaan, lampu jalan dikawasan itu terpadam sebatang. Jelas segar diingatan saya setiap movement yg berlaku pada mlm itu. Selepas melalui jalan berkenaan, saya dapati suasana pada mlm itu agak berlainan. Menunggu motor pun dgn rasa tenang tanpa berselisih dgn sebarang kenderaan mcm selalunya. Saya dapati ada sebuah Kawasan disitu yang cukup cantik. 2,3 buah rumah kayu yg dihiasi dengan bunga2. Kawasannya agak tenang dan dilimpahi dengan cahaya lampu jalan yang berwarna putih sungguh cantik sekali.

Saya ada juga terfikir,”bila masa pehak TNB tukar lampu dikawasan ini.??” Tanya saya dlm hati. Saya terus menunggang motorsikal secara sederhana perlahan dan mendapati ada simpang besar(simpang jalan) dihadapan. Bermula disinilah satu persoalan timbul di benak fikiran saya..,”dimanakah saya sekarang??” Sebab pada kebiasaannya setiap hari melalui jalan ini, tiada sebarang simpang pun untuk balik kerumah saya melalui jalan ini.!!. Saya agak terpinga apabila secara tiba2 saya mendengar suara kucing “bergaduh” ditempat saya berhenti itu. Dengan kuasa Allah s.w.t, saya sekali lagi menerima satu pesanan ringkas SMS dari telco commercial( celcom) dan alangkan terkejutnya saya.

Bila saya melihat jam pada telefon itu telah menunjukkan pukul 4.15pgi. Dan secara langsung, simpang dan cahaya lampu yang saya beritahu tadi tu tiada dari pandangan mata. Yang ada hanyalah sebatang jalan tidak berturap dikelilingi semak samun yg agak tebal terletak jauh di belakang sekolah rendah kebangsaan. Dari situ hanya cahaya kecil yang datang dari arah sekolah itu dan cahaya lampu motorsikal saya sahaja yang saya nmpk. Minyak motor pun drp F Pun dah sampai E. Dgn tidak menhiraukan ape2, saya terus memecut motosikal saya. Setibanya dirumah, saya pun terus tidur tanpa membersihkan badan dan tukar pkaian, terus tidur dan sekali lgi sy diduga.

Kini melalui mimpi. Pada mlm yg sama, saya bermimpi tuan empunya rumah itu keluar drp salah sebuah rumsh itu dan melambai tangan (mengajak) sy untuk kerumahnya. Dalam mimpi itu, sy mengikut lambaian tersebut dan pergi kerumahnya. Apabila tiba dirumahnya, bagaikan nak pecah jantung saya bila saya melihat sorang lgi yg ada dlm rumah. Fizikalnya, seorang manusia tetapi tidak mempunyai mata, mulut dan hidung sedang terkujur baring dengan lumuran darah di tengah balai rumahnya(rumah papan+simen). Yang melambai saya itu pun hanya diam. Tiada sepatah perkataan pun keluar dari mulutnya. Saya pun terus melarikan menaiki motorsikal dan tersedar dari mimpi berkenaan. Saya terus demam 1 hari.

Keesokannya saya seperti biasa. Walaupun demam, tetapi tugas dan amanah perlu dijalankan waktu maghib saya nak kesurau untuk menunaikan solat fardhu dan seterusnya mengajar. Saya melangkah kaki turun dari tangga rumah saya. Saya dapati seseorang memerhatikan saya dalam jarak 1 meter (ala-ala social distance hahaha lbih kurang) menjeling kearah saya dengan jelingan yang tajam. Saya tanya,”siapa kamu? Ada ape datang rumah saya..?”dia menjawab tapi saya xfhm sgt bahasa nya sbb dialek kelantan(pekat)seakan2 diakek kelantan. Walaupun saya juga orang kelantan tetapi saya tidak berapa faham dgn pertuturan nya. Lebih kurang mcm ni jawapannya setelah ditranslate “saya datang kepada kamu sebab saya minat melihat kamu”.

Terkejut saya bukan kepalang. Terus capai motor dan ke surau. Disepanjang jalan, macam2 saya dpt tengok. Tak terlarat utk sy ceritakan disini. Ape yg pasti, yang saya lihat itu pastinya bukan semua manusia dpt lihat DENGAN MATA KASAR. 2,3 minggu tak dpt halang pndangan sy terhdp perkara2 itu akhirnya saya mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Pengamal perubatan islam. Disana, ustaz yg ikhtiar merawat saya itu memberitahu yang semua ini adalah berpunca dari peristiwa yang berlaku malam itu. Allah telah memberikan 1 nikmat kepada saya iaitu sedikit terbuka hijab. Jika tidak dapat menerimanya, perlukan kepada perubatan secara rohani iaitu amalan membaca dan menghafal beberapa potong ayat yang telah diberikan oleh ustaz berkenaan. Walaubagaimanpun, sehingga sekarang pada waktu2 tertentu, mata saya masih lagi bisa melihat walaupun tidaklah terbuka seperti dulu. Itu sahaja perkongsian kisah dari saya.

Perkongsian daripada Irfan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Seram Di Kilang

Pengalaman Hijab Terbuka (Hotel di Po*t D***son)