in

Sesat Ke Alam Ghaib

Okay, kisah malam ni adalah berkisahkan kejadian yang berlaku di parking lot skyway cable car genting highland. Aku pernah kesitu masa ke genting. Kalau dah nama tempat parking ni singgah ke situ sebab nak parking kereta la bukan nak buat upacara menyeru hantu yer. Yelah, parking kat situ nak naik cable car kalau malas nak bawak kereta sampai atas. Tapi masa aku kesitu takde la kejadian-kejadian mistik dan misteri berlaku tapi tidak pada sebuah keluarga ni. Kejadian yang maybe akan menghantui hidup depa sekeluarga.

Alkisahnya, depa ni memang rajin ke genting. Katanya kadang-kadang nak ke genting semata-mata nak makan Mc Donald je walaupun Mc Donald kat tempat depa ada je. Saja nak feel makan mc donald macam kat negara eropah kot. Di pendekkan cerita lepas berjimbaraya sehingga puas kat genting tu maka depa pun mula bergerak untuk pulang kepangkal jalan. Pergi balik hari je. Masa dorang sampai ke parking Skyway cable car tu dah dekat maghrib. Yang lain semua jalan di hadapan, tinggal si ibu dan seorang anak berjalan di belakang sambil borak. Tengah borak-borak tu tetiba si anak perasaan ibu dia tiba-tiba je hilang. Bila sampai dekat van yang depa naiki sekeluarga si bapak tanya la si anak yang jalan dengan mak dia tadi. Mana mak? Yelah, semua dah sampai ke van tiba-tiba mak je yang tak ada. Semua panik bila tiada seorang pun tahu mana mak dia menghilang. Maka bermula la anak beranak termasuk si ayah mencari si mak yang tiba-tiba hilang di area parking lot tersebut tapi sampai penat tak jumpa jugak.

Masa tengah cari salah seorang anak yang jalan dengan mak dia sebelum hilang tu terserempak dengan mak dia dalam keadaan nampak letih sangat. Lega bila dapat jumpa mak dorang balik. Masa dalam van tak ada seorang pun bertanya kemana mak dia hilang. Masing-masing diam je sampai la balik rumah mak dia yang buka cerita apa yang berlaku pada diri dia. Katanya masa dia tengah jalan dengan anak dia sambil borak-borak, tiba-tiba suasana jadi kosong. Terus dia tak nampak family dia kat parking lot tu. Tapi tetap nampak kereta-kereta yang park kat situ. Katanya masa dia jalan nak menuju ke van mereka dia ada nampak budak-budak kereta dok race tapi tetiba bunyi bising kereta tu hilang.

Dia terus jalan ke satu tingkat ke tingkat parking di tengah-tengah jalan. Walaupun masa budak-budak tu masih dok race kat situ, peliknya walau dia jalan di tengah-tengah parking macam tu tak kena langgar pulak. Lepas tu katanya dia nampak ramai orang lepak sambil minum-minum dan borak. Yang pelik semua mereka yang kat situ seolah-olah tak nampak dia. Dia terus turun kebawah dengan anggapan mungkin family dia tunggu dia kat bawah walau mereka park van kat tingkat 4. Bila dah pelik sangat apa yang berlaku dia syak sesuatu yang pelik berlaku. Dia dapat rasa dia macam dah masuk alam ghaib mungkin perbuatan makhluk halus. Dia baca la ayat-ayat alquran , berzikir bagai sambil terus berjalan sampai penat. Akhirnya dia jumpa jugak dengan salah seorang anak dia yang sedang cari dia.

Katanya lepas kejadian tu berlaku depa sekeluarga dah serik nak ke Genting Highland. Kiranya macam banned terus la genting tu. Mungkin trauma bukan sebab takut hantu tapi takut kehilangan ahli keluarga kot. Gila kau tak panik tetiba si mak ghaib macam tu. Nasib baik berjaya keluar dari alam ghaib tu kalau tak.. tak tau apa akan jadi. Yang makhluk tu pun tetiba sakat makcik tu tak tau la apahal. Saja nak main aucak kot.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Gangguan Sebulan

Rumah Sewa