in

Sesat di Alam Bunian

Kisah yang saya ingin kongsikan ini berlaku 13 tahun yang lalu, ketika itu saya berumur lebih 6 tahun san kisah ini berlaku ketika ibu bapa saya membawa saya ke sebuah kampung yang dikenali sebagai kampung sinulihan, untuk mencari bibit getah d sebuah kebun yang merupakan kenalan bapa saya sendiri. Setiba kami di kampung tersebut, pemilik kebun tersebut pun segera menghantar kami ke kebunnya. Setelah bapa saya selesai mendirikan khemah kmi seramai 5 orang pun berehat sementara menunggu  ibu saya selesai memasak. Saya singkatkan cerita, keesokan harinya ayah, ibu dan 2 orang abang sepupu saya pun memulakan pencarian bibit getah dan tingallah saya berseorangan di khemah. Saya ditingalkan berseorangan di khemah kami kerana tempat pencarian bibit getah itu tidak lh terlalu jauh dari khemah kami. Setelah beberapa jam menunggu, datanglah seorang budak perempuan yang mengaku sebagai anak kepada pemilik kebun getah itu. Kedatangannya itu membuatkan rasa bosan saya hilang. Tidak lama selepas kedatangannya itu abang sepupu saya kembali ke khemah dengan membawa bibit getah dan masuk semula ke kebun getah yang agak semak. Tiba-tiba budak ( anak pemilik kebun) tadi memberi cadangan untuk mengekori abang sepupu saya itu dan apa lagi tanpa ingat pesan dari bapa saya, saya pun mengekori budak tersebut untuk mengejar abang sepupu saya tersebut. Setelah berjalan lebih kurang 5 atau 6 minit ( tekaan saja ) kelibat abang saya masih tidak saya jumpai dan budak tersebut tiba² berkata bahawa dia dipangil oleh ibunya dan budak itu berkata bahawa dia ingin pulang terlebih dahulu dan dia juga berkata akan menemui saya 3 hari mendatang. Saya pula masa tu masih mencari kelibat abang saya sebelum mengambil keputusan untuk pulang semula ke khemah, belum pun sampai 10 detik..saya menoleh ke arah budak tersebut dan budak tersebut telahpun tiada, dan saya pula tidak ingat jalan untuk pulang padahal jalan yang kami lalui semasa mengejar abang saya itu adalah jalan yang selalu digunakan orang untuk ke kebun dan jalan tersebut sebenarnya bersih, entah macam mana saya boleh lupa jalan itu. Saya mula mencari jalan untuk balik ke khemah dan syukur lh saya temui 1 jalan yang mana jalan tersebut serupa dengan jalan yang saya lalui bersama dengan budak tersebut semasa saya mengejar abang saya tadi, akan tetapi apa yang peliknya saya sudah berjalan jauh tetapi masih belum juga sampai-sampai ke khemah kami. Hari pun sudah mulai gelap, dengan bantuan cahaya bulan saya meneruskan perjalanan untuk balik tetapi akhirnya saya menemui jalan buntu apabila di hujung jalan hanyalah hutan dan tiada pun kelihatan khemah kami. Perasaan takut mula menyelebungi diri. Saya mengambil keputusan untuk mencari tempat bermalam dengan masuk ke dalam hutan untuk mencari kalau² ada sulap ( pondok atau rumah yang dibuat orang untuk tujuan berehat) untuk saya merehatkan diri sementara menungu hari siang. Malang seribu kali malang, satu sulap pun tidak saya temui dan saya sudah jauh berjalan di dalam hutan. Dengan keadaan tangan kanan saya yang patah dan lapar serta haus saya gagahkan diri untuk berjalan dan saha menemui sebatang pokok yang sangat besar dan saya mengambil keputusan untuk tidur di kawasan pokok tersebut dan menjadikan kain andu yang digunakan untuk mengikat tangan saya sebagai alas tidur. Tidak lama selepas saya tidur itu lebih kurang jam 2 atau jam 3 ( tekaan saja) saya dikejutkan dengan suara orang becakap. Dengan hati yang gembira syaa bangun untuk mencari suara tersebut akan tetapi saya berasa pelik, kenapa sebap suara yang sebentar tadi saya dengar sudah menghilang dan tiada pula lampu suluh yang kelihatan. Saya meneruskan lagi untku berehat sehinggalah pagi. Keesokan harinya saya tersedar dari tidur dan mendapati saya berada di atas kayu2 yang menjalar naik ke atas pokok tersebut. Dengan keadaan yang kehausan dan lapar saya meneruskan perjalanan lagi dan terpaksa meminum air yang bercampur dengan lumpur akibat dari pada bekas tapak kaki binatang. Selepas itu saya meneruskan perjalanan lagi untuk mencari jalan pulang ke khemah tidak jauh dari tempet saya tidur saya menemui sebatang sungai dan dengan hari yang gembira saya pun terus terjun dan minum air dengan sepuasnya. Selepas itu saya menemui jalan yang kelihatan seperti sering digunakan oleh orang dan tanpa berfikir banyak saya pun mengikut jalan tersebut dan menemui ramai orang yang berjalan seperti hendak ke kebun dan mereka semua berpakaian hampir sama dan berwarna putih dan ada juga yang berpakaian berwarna putih kekuningan. Mereka hanya melihat saya dan ada juga yang menawarkan saya untuk tingal bersama di rumahnya dengan syarat saya mesti mengawani salah seorang anak nya , namun perasaan takut menyelebungi saya kerana raut wajah orang yang lain seperti kosong dan tidak ada apa². Saya mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam hutan dan saya menemui seorang lelaki yang berpakaian yang sama sedang memancing dengan seorang budak perwmpuan yang saya seperti pernah melihatnya dan budak perempaun itu merenung saya dengan pandangan seperti kurang senang. Dengan perasaan takut saya meneruskan perjalanan lagi untuk mencari jalan pulang. Tidak jauh dari sungai yang saya temui sebentar tadi saya menemui sebuah kebun yang menanam kacang tanah dengan keadaan yang lapar saya mengambil beberapa pokok kacang tanah dan berlari masuk semula ke hutan. Selepas itu saya meneruskan lagi perjalanan sehinggalah hari mulai petang ketika itu saya mula terfikir pelawaan orang yang saya temui tadi untuk tingal bersamanya akan tetapi saya juga terfikir bahawa dengan usia saya seperti ini layak kh saya berkahwin sesuatu yang pelik bila seorang tua menawarkan saya untuk berkahwin dengan anaknya yang juga  agak sebaya dengan saya itu yang terlintas dalam hati saya ketika itu. Dalam keadaan yang gelap saya memutuskan untuk tidur dan berehat. Perkara yang sama saya alami sewaktu malam pertama saya tidur di dalam hutan iaitu mendengar seperti ada orang bercakap berhampiran dengan saya. Keesokan harinya saya bangun dan meneruskan perjalan untuk mencari jalan pulang dan pada masa itulah saya merasa sangat lemah dan mulai berputus asa. Saya duduk di sebatang pokok sebelum saya menemui kembali orang tua yang menawarkan saya untuk tingal bersamanya dan dia juga menawarkan kepada saya sekali lagi untuk tingal bersamanya dan mengawini anak perempuannya. Tetapj tidak lama selepas ith saya terdengar suara orang memangil saya dan dengan kudrat yang ada saya menyaut pangilan tersebut dan syurkulah saya akhirnya ditemui oleh seorang lelaki yang juga penduduk asal kampung sinulihan. Dan selpas itu saya menoleh semula ke arah orang tua tadi kelibatnya sudah tiada. Tidak lama selepas itu bapa saya pun sampai dan memeluk saya dengan sangat erat dan membawa saya keluar dari hutan. Kami pun sampai ke khemah kami selepas berjalan tidak jauh dari tempat saya ditemui.

Itu lah kisah yang berlaku kepada saya 13 tahun yang lalu. Sehingga kini saya masih lagi ingat setiap apa yang berlaku terhadap saya dari mula saya sesat sehingga lh tawaran untuk tingal bersama dan syarat untuk tingal bersama orang tua tersebut. Semua perkara yang pelik mula terbongkar selepas saya ditemui  1 per 1 perkara mulai terongkai selepas saya mengenang semula perkata tersebut salah satunya ialah apabila saya diminta menceritakan bagaiman saya sesat dan apabila saya menceritakannya saya difahamkan bahawa pemilik kebun tersebut tidak mempunyai anak perempuan lalu siapa perempuan tersebut.
      Selepas beberapa tahun saya mulai terfikir tentang tawaran tingal bersama dengan mengawani anak perempuannya dan budak perempuan yang saya temui bersama dengan seorang tua yang memancing. Ya, itulah perempuan yang membawa saya masuk ke dalam hutan.
   Menurut ibu bapa saya pelbagai kaedah yang mereka gunakan untuk mencari saya dan salah satu kaedah tersebut ialah menggunakan bantuan seorang ustad, dan menurut ustad tersebut saya tidak jauh dari khemah kami dan ada yang menjaganya katanya. Selapas mendengar cerita itu saya mulai terfikir tentang suara yang sering saya dengar ketika berada di hutan. Dan menurut ustad tersebut makhluk itulah yang membantu saya sepanjang saya berada di hutan, dan kemungkinan makhluk itu jugalah yang membantu saya ketika diberi tawaran untuk tingal bersama dengan seorang tua dan mengawani anaknya. Dan menurut ustad tersebut tiada seorang pun yang akan menolak sesuatu tawaran yang datang dari alam lain. Dan saya mula terfikir kalau bukan pertolongan ” dia ” saya mungkin bukan di alam manusia lagi.
   Dan setiba saya di kampung datuk saya ayah kepada bapa saya yang juga merupaka pengamal perubatan tradisional mengatakan bahawa ada sesuatu yang  mengikuti saya pulang.
  Sehingga saya berusia 12 tahun barulah benda tu berjaya dibuka oleh datuk saya dan sepanjang benda tu berada pada saya, saya seringkali melihat benda² yang orang lain tidak mampu melihatnya dengan mata kasar dan selapas benda tu dibuang saya tidak lagi melihat benda2 yang datang dari alam lain.

Perkongsian Daripada Jaini.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Abang 1

Ketukan Misteri