in

Seram Di Kilang

Aku bekerja selama 2 bulan di sebuah kilang buku. Aku bekerja shiff malam. Jadi, aku agak takut juga. Mujur kawan ii kerja ku yang lain juga bekerja sama. Tapi dalam hati ku masih lagi berasa takut. Kerana ya la, kerja malam di kilang. Hari pertama kerja malam tiada apa apa yang terjadi sampai bulan yang kedua minggu ke 2. Aku merasakan ada yang tidak kena. Kawan aku demam, dia kata dia ternampak satu mahkluk di tangga. Entah lah. Tapi aku tak fikir apa. Aku hanya fikir positif sahaja. Sebab kami bekerja ramai, jadi aku kerja macam biasa.

Pada pukul 4 pagi, mesin berhenti. Menandakan kami berehat sebentar. Ada yang tidur, ada yang bermain phone, ada yang makan. Jadi aku dengan kawan aku 3 orang sedang makan. Kami makan di sebuah bilik meeting binding kerana ada sebuah pintu keluar untuk ke sinki. Jadi lepas makan, aku orang pertama yang habis dulu. Entah mengapa aku merasa lain macam.. Jadi aku pun tidak fikir apa, aku keluar melalui pintu itu, untuk ke singki untuk membasuh tangan dan pinggan. Aku pun buka tombol pintu.

Tiba tiba, paip itu terbuka sendiri. Hati aku mula berdebar,¬†jantung aku berdegub laju , dalam hati ku ” eh siapa yang buka paip ni ” .. Lepas sahaja membasuh tangan dan pinggan, aku terus masuk ke dalam bilik itu dan tidak memberi tahu sesiapa. Minggu terakhir aku bekerja, aku bekerja malam pada hari itu. Aku kerja seperti biasa. Mula lah aku ingin ke tandas tetapi seorang diri. Mesin masih berjalan sebab sedang waktu bekerja. Tanpa hirau apa apa, aku pun pergi ke tandas.

Aku pergi hanya berseorangan. Aku tidak ditemani rakan ii kerja ku. Sampai di tandas, aku melihat di tandas wanita seperti ada orang di dalam kerana aku mendengar bunyi air.. Tapi aku pelik. Siapa di dalam? kawan ii ku semua bekerja . Dengan hati yang berdegub aku menolak pintu tandas wanita dan TIADA ORANG. Aku tak banyak cerita. Habis buang air aku berambus sahaja dan pada pukul 6 pagi, kami berehat seketika. Aku pun ingin mengambil air sembahyang. Ahh dalam hati aku macam biasa lah sudah pagi benda tu hilang lah agaknya. Tapi sangkaan ku SALAH !

Aku pergi ke surau yang ada di dalam kilang itu. Sedang aku bersolat , di sebelah ku ada tingkap. Aku merasakan ada benda putih yang sedang lalu, mujur solat subuh 2 rakaat. Habis sahaja, aku terus keluar. Dengan jalanku yang laju, ada dengar bunyi seperti barang jatuh. Bunyi itu datang dari bilik sebelah yg berada si sebelah surau, jadi aku pun melihat. Tiba tiba, aku melihat seperti ada satu SOSOK putih dengan rambut yg PANJANG ! . Tanpa melengahkan masa, aku berlari menuju kepada rakan ii kerja ku. Tetiba aku tidak menceritakan hal itu. Hati aku berdegub laju. Aku tidak boleh tidur. Dalam hati aku hanyalah menyebut ” ALLAHUAKBAR “.

Perkongsian dari Hazwan.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Rasuk Satu Per Satu

Sesat Tanpa Wajah