in

Semalam Aku Tegur Siapa?

Hi,aku RIN(bukan nama sebenar) kisah ni berlaku tahun 2020 ni juga..Tahun ni aku berumur 13 tahun. Biasalah remaja,tidur pun pukul 3 pagi.. Ada satu malam ni, Rin dekat ruang tamu tengok tv. Tengah syok layan movie tiba tiba,rin terdengar bunyi guli.. Bunyi tu memang akan selalu ada, serious rin dh biasa..

Kadang ii sama 2/3 kali “DIA” ajak aku main guli. Aku tak endahkan la. Sebab dah biasa. Tapi malam ni masa rin tengok tv bunyi guli tu luar biasa. Dia lebih JELAS dari sebelumnya.. Macam 1 plastik guli ditaburkan ke lantai..selalu  nya 2/3 biji je an? Tak lama lepas bunyi guli tu, jam menunjukkan pukul 1:30 pagi papa Rin keluar dari bilik, Rin pun tanya :”papa nak gi ane?” papa Rin diam,tak bersuara. Dia menuju ke dapur. Rin pun biarkan lah “papa” Rin  tu.

Lepas tu papa rin pun pergi bilik dia untuk sambung tidur..Tepat pukul 2:00 pagi papa Rin keluar balik minum air.. Rin pun hairan la, apahal papa ni kerap keluar malam ni. Kali ni,papa Rin ada tegur Rin dia cakap “ei,kenapa kau belum  tidur?” Rin jawab a “Rin nak tengok tv” lepastu aku tanya papa aku “pukul 1:30 td, papa ada keluar minum air ke?”

Papa aku selamber jawab “mana ada,papa baru keluar pukul 2 ni” aku dah mula cuak, sebab papa aku ni jenis yang jarang nak bergurau dengan anak ii dia. Bunyi guli tu pun datang balik, aku pun marah a bunyi tu. aku cakap “EI BODO LA,kau ni tak habis ii ajak aku main,bodo punya hantu” pastu bunyi tu hilang. Pagi tu rin tanya la papa rin dia betul ii ada keluar bilik ke tak. Jawapan dia masih sama “TAK ADA” habistu siapa yang aku tegur pukul 1 semalam. Ok tu je lah kisah Rin. HAHAHA maaf lah biasa sangat. Banyak lagi pengalaman.tapi yelah rin akan cerita sikit ii.

Thankyou sebab dah baca.

Perkongsian daripada Rin.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Temankan aku

Kisah Bunyi Misteri