in

Selekoh Ke4

As Salam dan hi semua. Mood sy baek arinie so sy nak shared satu dr ‘urban legend’ di tanah kelahiran sy N9. Tempat yang sy nak shared cite nie mmg agak popular kat N9, sebut jek klu ank negeri mesti tau kat mana. Tempat nie jugak memang agak ‘angker’ lar, banyak kisah seram dan pelik-pelik berlaku kat sini dan banyak kemalangan maut berlaku kat sini. Ok uolls kita terus ke cite nyer ek.
BUKIT PUTUS, N9.
Citenya pasal jalan lama bukit putus yang punya banyak selekoh-selekoh macam nak nek genting highland tu (skang dh ader jalan baru). Kisah nie terjadi lama dulu dalam tahun 90’s. Masa tu jalan baru tu belum wujud so jalan nie jadi jalan utama lar. Ada sepasang bakal pengantin yang dh seminggu klua nak beli barangan mereka nak kawen tak balik-balik. Pasangan tu dua-dua asal dari salah satu felda di N9 dan mereka difahamkan beli barang tuk majlis mereka kat nilai. Yang perempuan tu bekerja di Nilai dan transportnya van. Pihak keluarga kedua belah pihak memang sibuk mencari tambahan pulak tarikh majlis mereka dh kurang dari sebulan. Satu senja jalan kat bukit putus tu time tu lengang sangat, van pekerja yang selalu budak pompuan tu tumpang lalu nak balik. Van tu kosong sebab baru hantar budak dan tak bawa balik penumpang. Sampai di selekoh ke 4 tetiba pemandu tu nampak budak perempuan peluk tubuh tu kat tepi jalan. Pemandu tu berhenti, turun nak pastikan dan suruh dia naik van. Sepanjang perjalanan pemandu van tu (bapa sedara pompuan tu) membebel-bebel marah sebab budak pompuan tu dah lama hilang. Semua orang risau. Budak pompuan tu tak banyak cakap cuma menangis jea. Sampai kat rumah pompuan tu sebelum dia turun dia pesan pada pemandu van. Nanti kalau pakcik nak cari sy. Carilah diselekoh ke 4. Pemandu van tu kemudian pergi lepas tengok budak pompuan tu masuk umah. Dia tak singgah sebab dh malam.
Esoknya pemandu van tu datang umah budak pompuan tu jumpa mak budak pompuan tu ceritakan pasal hal semalam. Tapi mak budak pompuan tu kata mana ader dia balik. Terus pemandu van tu teringat pesan budak pompuan tu. Polis report dibuat dan gerakan mencari kat gaung selekoh ke 4 dijalankan. BENAR, ada kereta dalam gaung tu tapi ditutup oleh semak daun-daun resam sebab tu tak nampak dari atas. MAYAT sepasang tunangan tu ditemui ditempat duduk hadapan dan barang-barang mereka beli. Memang terbau kat selekoh tu bau busuk tapi mungkin orang sangka bangkai haiwan.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pertemuan Cik Ponti

Wanita Kebaya Merah