in

Selamat Datang Ke Kisah Misteri – Nota Admin

Hi Semua!

Terima kasih kerana memuaturun ataupun mengunjungi Kisah Misteri. Ini adalah sebuah platform yang dalam bentuk Applikasi dan laman web perkongsian kisah seram, misteri, pelik, ganjil dimana kisah kisah yang anda kongsikan akan dipaparkan di sini untuk bacaan semua.

Dengan kerjasama erat bersama Kupi Kupi GO, berbeza dengan platform yang lain, objektif utama platform Kisah Misteri samaada dari Kisahmisteri.com ataupun Applikasi Kisah Misteri adalah untuk lebih dekat dengan pembaca/penonton/penulis dengan memberikan anda pengalaman yang berbeza ketika melayari Kisah Misteri.

Akan lebih banyak lagi aktiviti untuk merancakkan lagi perkongsian di sini dalam masa terdekat ini.

Seterusnya! Apa yang anda boleh buat di sini? 🤔

Yang pertama, sememangnya, membaca pelbagai kisah seram yang Original! dan bukannnya copy paste dari platform lain, ini penting untuk Kisah Misteri mengekalkan kualiti kontent untuk semua. Perkongsian kisah boleh datang dari nukilan asal samaada kisah benar, pengalaman peribadi ataupun penulisan fiksyen.

Yang Kedua, kepada mereka yang mempunyai kisah pengalaman bolehlah berkongsi dengan kami caranya mudah, semudah Alif Ba Ta…

Tekan Menu > Hantar Kisah > Isi maklumat dan kongsi kisah. (Ada dua cara untuk anda berkongsi, samaada log masuk ataupun dengan tidak log masuk)

Selain dari itu anda juga boleh menyimpan kisah kegemaran anda di applikasi dengan fungsi bookmark. Banyak lagi fungsi yang menarik untuk dieksplore oleh anda.

Di awal permulaan pelancaran platform ini sememangnya banyak kelemahan yang perlu diperbaiki. Kami perlukan feedback dari anda tentang pembaharuan yang anda ingin lihat. Hubungi kami terus di officialkisahmisteri@gmail.com (Whatsapp coming soon!) untuk sebarang komen, cadangan dan saranan.

Di sini kita adalah satu komuniti, komuniti penulis dan pembaca. Saya teruja untuk berkongsi lebih banyak lagi kisah pada masa hadapan. Dengan harapan kewujudan platform ini dapat menghiburkan anda.

Yang Benar,

Editor in Chief,

Ekram Mahat 😀

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawan Aku Bukan Manusia

Sekolah Bekas Tapak Pemujaan