in

Sekolah Bekas Tapak Pemujaan

Aku berasal dari Negeri ***** yang biarlah nama dirahsiakan saat cerita ini disiarkan oleh Kupi Kupi GO, akan ada yg tahu dan terlibat dlm peristiwa ini.nama nama didalam cerita ni bukan nama sebenar.

Sejarah Sekolah pada tahun 2001.( kisah benar yg diceritakan oleh kakak kawan saya yg merupakan pelajar sekolah itu pd thun 2001 di tingkatan 3.)

Sekolah menengah ini yg baru dibuka pada thun 90 an ini ingin dinaik taraf dengan membesarkan kawasan padang dan blok bangunan bilik ii kemahiran. Nak dijadikan cerita, pihak sekolah terpaksa menebang sebahagian hutan kecil yg berada di sebelah sekolah ini.Jadi, entah macam mana dpt tau yg owner tanah hutan tu org Cina( telah meninggal) dan ada org buat pemujaan di dalam hutan tersebut. Pihak sekolah pun berpakat utk menebang sahaja sebahagian kecil hutan tersebut.

Pada hari yg malang, ada seorang cikgu wanita yg meninggal pada pagi hari persekolahan itu, dan cikgu ii lelaki semuanya pergi menziarahi jenazah termasuk pengetua yg ketika itu lelaki. hanya guru ii wanita sahaja yg tinggal di sekolah utk mengajar. Pada awalnya semua baik ii namun tiba ii sahaja ada seorang budak perempuan (ina, bkn nama sebenar) yg tiba ii histeria menjerit jerit di dalam kelas.

Dengan keadaan ketiadaan guru ii lelaki, hanya ada ustazah sahaja ketika itu, semua guru ii wanita cemas dan meminta bantuan rakan ii utk membawa ina ke dlm surau, dlm perjalanan yg membuatkan ina dan rkn ii terpaksa melintas junior ii yg lain, ina menjerit dan salah seorang junior yg dikatakan mempunyai ” semangat lemah” mengikut menjerit dan tersebar dari seorang menjadi 3 ke 4 org.

Makin lama makin ramai yg histeria termasuk pelajar lelaki yg mmng agresif sehingga ada slh seorang yg menendang pintu kelas sehingga patah.Guru lelaki pulang dengan cepat dan mengarahkan semua ibu bapa ditelefon utk mengambil anak ii mereka.Jadi selepas beberapa rawatan, pihak sekolah membuat perjanjian dengan benda yg merasuk.

Kalau hendak tahu, ada tanda X pada tiang yg berdekatan dengan tangga guru yg dimomok kan adalah slh satu tanda pemagaran dan perjanjian itu.

Sejak dripada peristiwa ini, sekolah tidak menganjurkan aktiviti ii sperti perkhemahan mahupun gotong royong yg melibatkan pelajar perlu tidur di sekolah.

Kisah Pada tahun 2019.

Penebangan yg dilakukan utk membina lebuh raya berdekatan sekolah kami tidak diendahkan.

Nad yg merupakan pelajar tingkatan 5 sama dengan aku yg sudah mula sibuk membuat persediaan trial SPM ( Kami berlainan kelas dan aliran).Nad ni hndak dikatakan agak dikenali oleh semua guru mahupun junior kerana sikapnya yg agak tidak cover dan riuh rendah orgnya serta dia agak dramatik sedikit kerana dikatakan dia pernah berpura pura terkena histeria di sebuah kem. Jadi, sewaktu persediaan sukan, kami sebagai senior ii yg hendak dikatan satu batch kami dikenali semua junior, turun padang utk raptai, hias rumah sukan dan sebagainya, Tiba ii Nad pitam di atas padang di track larian yg berdekatan dengan rumah sukan.Guru ii yg sudah lali dengan perangai dramatiknya ibarat tidak mempedulikan Nad yg pitam kecuali guru ii PBSM yg mmng akan bagi bantuan.

Hari berganti hari, wajah Nad yg putih menjadi pucat, matanya hitam dan dengar ii dia mengadu pada bffnya yang badanya lebam ii.Kemudian dia mula kembali normal selepas 2 hari.Kami yg di kawasan luar bandar ni, meskipun tiada lesen, kami ttp membawa motor ke sekolah.Waktu balik hari Khamis, Nad tiba ii jatuh pengsan di garaj, seperti biasa, pelajar ii yg sudah lali tidak mengambil serius dan terus panggil guru.

Pada hari Selasa minggu seterusnya, Nad mengadu kepalanya pusing dan direhatkan di dalam bilik guru.Kami yg sedang fokus tiba ii terdengar tempikan guru disiplin kami ” Kau jangan nak melebih, aku terajang kau kejap lagi” kami yg didalam kelas ini blur menganggap guru kami yg merupakan guru fizik yg dikenali agak brutal dengan para pelajar junior ini sedang memarahi budak ii lelaki yg lalu dikawsan bilik guru yg pintunya ditutup tanpa sebab.

Tak lama kemudian dengan teriakan Nad yg menjerit, secara langsung kami dpt meneka apa yg jadi.Kami meneruskan keadaan yg sambil menyelam minum air kerana guru ii yg tidak masuk ke dalam kelas.

Tiba pada Hari Khamis, terdengar jeritan Nad di kelas sebelah diikuti Adzan yg dialunkan oleh Kamal.Guru penolong kanan yg sedang mengajar kami cepat ii ke kelas sebelah , kemudian terdengar jeritan kawan baikku ,Nina. Setelah 10 minit 4 org jejaka di dalam kelas kami pergi memberi bantuan ke kelas sebelah, Kami yg perempuan di jerkah oleh pengetua kami utk beredar dari kelas dan kami sepakat utk ke PSS bersama budak kelas lain yg form 5, kecuali kelas Nad,masuk je ke dlm pss,

Tiba ii balckout.Ada juga yg terjerit kecil ada juga yg melatah “oi mak hg ” sempat kami bergelak tawa. tk sempat aku duduk, cg arahkan kami berbaris dan pergi ke surau.Aku dan kawan baikku, Hanis mengetuai barisan ke surau.Sampai shja ke surau, aku melihat Ani ( kawan baikku juga)keseorangan ,sisa airmata berbekas dimatanya mungkin kerna takut.Aku tanya kepada Ani, mana Nina, Ani menoleh, aku yg blur ni fikir Ani tidak mahu bercakap dengan aku kerana sedang takut lagi, tapi Hanis merentap tanganku menunjuk Nina yg terbaring di sudut belakang surau di pangku oleh rakan kelasnya, baru aku faham.Ketika membaca doa, Nina menjerit seperti kesakitan dan mendayu diikuti dengan beberapa junior yg turut rebah,

Setelah selesai pembacaan yassin, pelajar dibenarkan rehat di kantin, aku,hanis dan Ani yg bercadang tidak mahu keluar pada mulanya kerana mahu mendekati Nina bertukar fikiran kerana memikirkan keadaan Ani yg menggeletar bersama Hanis risau terjangkit pula . Secara jujur, aku seorang yg agak susah utk di takuti mungkin terikut semangat bapaku yg merupakan seorang yg semangatnya kuat.

Aku memimpin mereka berdua ke kantin dan mencari rakan kelasku bersama kawan baikku yg lagi 3 org.Cun, sudah jumpa, Ana pula dtg kepadaku ,menggigil,tangnnya sejuk.Kami pun mmbaca ayat ii alquran ramai ii ,hilang sudah lapar maklumlah bru pukul 11 pagi, tmbh dengan risau.Aku yg tiada kesan dengan jeritan junior ii di kantin bertanya dengan rakan ii ku utk masuk ke dewan, kami membentuk bulatan dengan menyelang kan org yg menggeletar dengan org yg tiada kesan.Kami membaca yassin dan alhamdulillah berkat dari Allah, keadaan kami sedikit tenang tiada diantara kami yg masuk ke golongan histeria .

Datang pula cg yg sedang mengandung membaca yassin bersama kami, selesai membaca ,cg ku memberitahu bahwa dia lapar namun bekas nya di bilik guru, Ani dan Ieka volunteer utk mengambil bekas mknn lalu Ani dan Ieka sampai kebawah tiba ii Ieka mmesan kepada ku, ” Kalau aku tk turun nnti carilah aku, aku pergi tolong cg” aku hnya mengangkat simbol ok.Setelah agak rmai yg berkumpul di dewan, kami terdengar budak ii lelaki yg nakal di tepi dewan memperlekehkan kejadian ini, aku yg ketika itu pengawas sekolah menegur mereka utk diam dan masuk dewan baca yassin lalu mereka pula mengajuk kata ii ku.

Sekali terdengar hilaian ketawa dari Nad di atas blok di kelas tadi, budak ii nakal semunya takut dan akur. Aku ketawa kecil . Selepas keluar arahan dari Pengetua ( perempuan) kami, Guru Fizik kami mengendalikan kelas ku dan kami berjaya menghilangkan gusar dengan bergurau dengan guru kami. Telah terlupa, kasut Ani yg tertukar di surau membuatkan aku pergi mengambil kasutnya kerana dia hendak pulang, sambil memegang kasut Ani, aku bertanya pada guru di dalam, ” Ieka ada tk cg?” ,jwpan simple, “tkda, awat dh cari ka? ” aku pun menjawab,” tulah dri tadi dok cari dia tk jumpa, tadi tolong cg pstu hilang kemana” lalu meminta izin utk kembali ke dewan, aku yg tidak dpt pulang kerana ibuku yg jauh utk dtg mengambil secara langsung menjadi slh seorang penolong ii guru 😂.

Aku ke bilik guru, memanggil ,”Ieka , ieka hang kt mana” tidak ada jawapan cuma ada seorang guru lelaki di atas.Otw ke Dewan ,aku terserempak dengan guru lain dn bertanya soalan yg sama, jwpn mengejutkan yg dia jawab ” la dia gi mana? tadi tolong saya pstu tk tau la.Sya pun tengah cari Yan dengan siti” , hah ujian apa plk ni.Saya bersama kamal and the geng dengan guru kami ke bahagian bilik kemahiran utk mencari ieka,  yan dan siti.Menjerit kami memanggil mereka, aku dan guruku yg merupakan 2 org perempuan yg berada di situ di minta oleh kamal dan gengnya utk tunggu, guruku yg tiba ii meremang menyuruh Kamal melaungkan Azan di bahagian situ dan kami beredar.

Nasib baik pelajar pun tidak ramai kebanyakkannya smua sudah balik , kami pun give up utk mencari duduk di kolam ikan di hadapan tangga bilik guru ternampak siti dan yan yg agaknya dari surau, kami menarik nafas lega.Turun cikgu ku yg lain , aku bertanya soalan yg sama, kemudian menjawab ” dia ada ngn saya buat kerja kt bilik guru dri tadi” , aku dan guruku yg penat merasa ralat .Aku terfikir, kenapa pula aku tidak nampak mereka tadi, siap laung lagi nama ieka? Aku biarkan.

Keesokan harinyaa, kecoh pasal Nad yg tk henti ii menjerit MELATI ketika dirasuk semalam. Ada juga junior yg agaknya ada sixth sense tu menceritakan kepada kami bahawa histeria ni dimulakan dengan MELATI kerana mengamuk Nad tidak sengaja lalu dia bawah pokok dan terlanggar MELATI , hujung pangkalnya, MELATI juga mengamuk kerana anaknya dilanggar oleh org yg membuat lebuh raya, rumahnya dirobohkan dan sekolah kami menjadi mangsa. Kebetulan, nama group matematik aku yg dinamakan MELATI terpaksa ditukar kepada Cempaka, tidak tahu kenapa, aku terlalu suka dengan nama bunga.

Jadi, setelah berubat dan sekolah dipagar semula, budak kelas Nad semua takut apabila tiba Hari Khamis kerana insiden ini tambah pula keadaan Nad yg pucat tidak bermaya dan bercakap seorang diri di dalam tandas, kelibat nenek yg dikatakan MELATI sering menemani Nad.Doakan Nad ye.

Sekian kisah dari Aku, Si Buluh.Terima Kasih Min.

Perkongsian dari Si Buluh Melalui Applikasi Kisah Misteri, Muat Turun Kisah Misteri di – http://onelink.to/kisahmisteri

What do you think?

Written by admin

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Selamat Datang Ke Kisah Misteri – Nota Admin

Flat Polis Tingkat 4 Berhantu