in

Sebulan Di Alam Ghaib Intro

Ceritanya bermula pada tahun 2019. Ketika saya dan bersama dua orang kawan pergi ke air terjun pucak janing yg terletak di Kuala Nerang Kedah untuk bermandi manda di sana. Akan tetapi perkara yg tidak diingini berlaku. Apabila saya hendak mandi di situ, terdapat benda pelik yg menyerupa orang yg berwarna hitam melihat saya ketika nak mandi. Makhluk itu saya tidak dapat pasti sama ada jin biasa ataupun hantu air. Ketika seorang kawan menyuruh dengan paksa supaya terjun di satu kawasan yg agak keras bagi saya. Kerana saya tahu apakah yg berlaku di bawah permukaan air lepas member suruh terjun di situ saya perasan ada sosok yg menghasut member saya supaya saya terjun di situ. Di belakang member saya terdapat dua batu besar dan di celah batu tersebut ada seseorang yg keadaanya bercangkung dan menghadapkan dirinya betul ii ke arah saya (sosok tubuh lembaga yg berwarna hitam).

Saya x jadi nk terjun di situ sbb bulu roma naik. So saya putuskan untuk mandi di tempat lain, tempat yg lebih tinggi di air terjun tersebut. Lepas mandi apa semua, dua orang member saya melihat wajah saya berubah seolah ii bulu kening dan bulu mata saya seolah olah mcm lepas pakai celak. Hitam dia pelik. Mereka berdua cuba untuk tegur benda tu takut jadi kot lain. So saya balik ke rumah mcm biasa dan saya hendak mandi untuk bersihkan diri lagi sekali. Pada masa yg sama di rumah saya tetiba air tidak ada untuk mandi so saya putuskan untuk tidur sekejap. And then boom mangkit sebulan kemudian.

Dalam tidur saya selama itu ada pelbagai benda pelik yg terjadi.(ringkasan). Contohnya saya dibawa ke alam lain dan benda lain yg kawal jasad saya. Saya berada di alam yg bukan nyata. Bukan alam bunian. Maybe alam jin. Saya pernah diceritakan juga tentang penghuni ii air terjun di puncak janing. Ini ringkasan….contohnya seperti terdapat seekor harimau yg besar di air terjun di situ dan ular yg besar yg meragut nyawa pemandi yg kurang bernasib baik.

Di air terjun puncak Janing tersebut sememangnya berpuaka. Sampai saya ditunjukkan ada sebuah gua di dasar air terjun itu yg sememangnya gua ular. Saya dibawa masuk kesitu untuk melihat apa yg terjadi. Saya nampak terdapat lebih 50 tenggkorak atau tulang manusia yg perfect maksudnya complete sekali tengkorak kepala dan badan dan jari jemari. Di situ, saya dikabarkan oleh (kawan yg berlainan alam)bahawa inilah mangsa yg hilang akibat lemas di situ. Rupanya ada seekor ular yg besar yg makan daging ii mereka.

Perkongsian daripada Muhammad Afiq.

What do you think?

Written by Maya

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kawan

Suara Siapa?