in

Sall College @ Sekolah Lama

Terima kasih kepada admin siarkan kisah saya. Kisah ini agak lama tak silap kejadian ini berlaku pada tahun 2015/ 2016 tak pasti berlaku di tahun yg mana sebab dah lama sangat.

Kisahnya macam ni aku ada seorang kawan lelaki yang bernama Ammar jadi Ammar ni selalu lah call dan wasap ajak pergi cari hantu. Time tu yelah jiwa muda jiwa pemberontakkan tak pikir langsung pasal takut yang penting dapat keluar enjoy sebab time tu zaman-zaman sekolah.

Lepastu, malam tu Ammar and kawan dia bernama Kamar and ada lagi sorang member dia tak silap nama dia Dusten. Ok si Dusten ni of coz lah Kristian kan mana percaya benda-benda macam ni ehehhe ok back to the story. 3 orang member ni pun ajak and pujuk aku so aku rasa macam ok let’s gooo lah bukan selalu pun buat kerja gila mcm ni tapi aku ada cakap before nak pergi boleh tak singgah kedai mamak sebab lapar sangat. At least ada lah tenaga sikit sebab nak hilangkan perasaan takut ni.

Then, naik kereta bergerak lah kita orang pergi kedai mamak. Lepas je makan boleh pulak jumpa member aku 2 orang lelaki ni. Actually dorang ni kembar abang dan adik ajaklah lepak sekali then explain dengan dorang plan yang kita orang nak pergi tempat tu memandangkan tempat yg kita orang pergi ni tak lah jauh sangat boleh kategori area2 bandar jugaklah . lepastu dorg terus onz and nak follow jugak sebab time tu dorang x de benda nak buat malam tu. then standby lah masing2 dgn lampu suluh sebab fon time tu semua nak jimat battery huhuhu .

bagunan ni memang agak lama , alasan kena tinggal tak pasti sebab malas nak research . then malam kita orang sampai tempat tu jam menunjukkan 2 nak ke 3 pagi jugak lah . then kita org pecah kepada 3 group . 1group ada 2 orang masing2 pilih kawasan yg dorg nak explore . (means kat sini kita orang 6orang termasuk aku )

aku ni perempuan so aku pun cakap dgn dorg aku x berani nak masuk kawasan2 yg mcm hutan sebab rumput pun semua dah panjang2 and penuh semak samun . so aku pilih ler bangun yg paling depan sekali so incase apa2 boleh lah lari pergi jalan besar . so yg lain pun bergerak tinggalah aku dengan c ammar .

huhu time tu aku dah cakap dengan ammar takyah masuk bagunan tu sebab aku memang x berani and kalau boleh dekat luar jelah tunggu dorg habis explore . time tu aku dengan ammar memang cakap org putih sebab sibukan cari benda tu ingatkan hantu x paham bahasa org putih rupanya paham huhuhu ok then tak lama dalam 10 minit semua dtg balik and explain lah x de apa 2 and benda tu pun x de . masing2 isap rokok cerita apa yg dorang nampak and explore tadi (brg2 lama kena tinggal mcm perabot dlm bangunan tu )  so aku ni terdiam jelah and dengar apa dorg cerita .

taklama tu , aku pun boring sebab dorg sembang pulak pasal awek masing2 aku memang stay dekat2 dgn dorg  x berani nak jauh2 sebab takut  ermm  time tu aku apa lagi main lah suluh2 dekat semua point lagi2 bab belah2 tingkap semua aku suluh sebab kebetulan aku pegang lampu suluh c dusten . oh yerr antara semua lampu suluh , c dusten punya memang paling terang gilaa . then suluh punya suluh pappppp  huhuhu ternampak pulakk akak ponti betul2 dalam rumah tu . ya allah aku boleh katakan jarak kita orang dengan kak ponti tu x berapa jauh sangat bezanya dekat tengah tu rumput panjang 2 and semak samun ermm perghhhh , 2 3 kali gaklah aku gosok mata aku ni sebab mcm x percaya apa yg aku nampak . sinis betul akak ponti tu nasib x mengilai wehhh .

akak ponti tu perghhh rambut panjang gila sampai ke kaki aku rasa ialah sebab aku x berapa nampak sangat panjang dia mcm mana sebab tertutup dengan semak samun yg panjang2 . muka diaa aduh lagi seram daripada cerita hantu , muka dia terbakar melecur sampai hitam and bernanah tu siap ada cacing eeeee sumpah seram . mata dia aduhh merah menyalaa siap ada darah2 lagi . aku time tu badan x mengigil sebab aku kuatkan semangat aku tapi lutut memang auto mengigil  dah . ending aku x bergerak sebab aku rasa mcm susah nak panggil member aku walaupun dorg kat sebelah and cik ponti berdepan kita orang je . tangan aku memang x boleh bergerak dah sebab rasa mcm terpesonaaa dgn akak ponti tu terdiam terkedu tak tau nak buat apa .

nasib member aku semua perasaan dengan aku and terus tarik kata dah jom balik aku dah nampak apa ko nampak . pappp , malam tu semua masuk dalam kereta and terus blah dari tempat tu . so sepanjang perjalanan , semua x bercakap diam je sampai lah kat kedai mamak .

aku time tu tengah pikir betul ke apa aku nampak ni atau aku mimpi or aku khayal tapi member aku nampak apa yg aku nampak . so lepas dah minum chill2 kamar bagitahu yg kat belakang badan dia rasa mcm pedih bila kita orang tengok allahu kesan kena cakar dengan kuku yg panjang . then semua cerita apa yg kita orang nampak and balik lah ke rumah masing2 . malam tu sebelum tido aku terpikir balik akak ponti tadi aku  rasa mcm tak percaya dengan apa yg aku nampak . sampai lah terbawak bawak mimipi nasib x demam sebab aku memang jenis yg malas nak ingat . huhuhu actually takut oi 

😂

since kejadian tu kalau aku lalu tempat tu aku dah x nak pandang sebab teringat benda tu .  sekian , terima kasih sudi membaca . seram x seram korang nilaikan lah yer .

Perkongsian Daripada Shee.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tetamu

Ingin Menjana Pendapatan dari Youtube?