in

Saka

Ni pengalaman adik lelaki aku sendiri. A dik aku sekolah asrama sejak dia tingkatan 1, sebab perjalanannya agak jauh dari rumah…sekolah ini paling terkenal di kawasan itu kerana usianya yang dah berpuluh tahun.

Asrama sekolah ni memang stail lama, tak ramai yang ditempatkan di asrama memandangkan kebanyakan pelajar menetap di kawasan berhampiran. Dalam dorm Jat cuma ada beberapa belas murid sahaja. Oleh kerana geng² adik aku paling lama duduk dekat asrama tu, mereka menjadi “pelajar kegemaran” cikgu yg jadi warden asrama lelaki.

Setiap kali Jat balik rumah, ada saja cerita seram yang dibawa balik sekali…baru² ni dia ceritakan tentang salah seorang pelajar lelaki yg menginap di sana.

Adik aku tak kenal rapat sangat dia ni sebab dia boleh dikatakan baru lagi disitu. Setiap hari, pelajar asrama wajib solat di dewan…Awal pagi tu, mereka ke dewan tunaikan solat subuh, kebetulan budak tu berdiri satu saf dengan Jat…secara tepat, sebelah dia. Rakaat pertama macam biasa, bila Jat dah ready angkat tangan untuk baca doa qunut, budak sebelah dia tu tetiba kepala dia lentok ke bahu dia…lama. Jat dah memang rasa terganggu dengan keadaan tu terus angkat bahu dia sikit supaya kepala budak tu tidak menghalang pergerakan dia. Elok Jat buat macamtu, budak tu kembali berdiri tegak, tapi macam kayu. Suasana dalam dewan tiba-tiba rasa sejuk.

Jat dah mula tak fokus dalam solatnya. Budak tu pulak tetiba sengetkan kepala dia sampai bunyi tulang2nya bergesel…macam bunyi yang kita selalu dengar kalau hantu sengetkan kepala, sebijik macam tu kata Jat. Tak lama kemudian, budak tu terus rebah. Kaki adik aku masa tu dah mengigil dengar bunyi tu, yang dahsyatnya kawan2 yang solat sekali masa tu semua boleh dengar…apa lagi semua kelam kabut habiskan solat, masing2 terus beredar dari dewan berlari masuk dorm. Kecuali budak tu. Takde siapa berani untuk kejutkan budak tu. Agak lama, kawan adik aku, Epul memberanikan diri untuk melihat keadaan budak tu..yelah manalah tahu kalau dia sakit ke apa, dari pintu dewan budak tu sedang solat. Sesudah solat, budak tu tanya Epul “Korang dah sudah solat ke ? Kenapa tinggal aku ?”

Em…dah, weh jom balik dorm aku ada benda nak tanya ni. Sampai saja bilik pelbagai soalan diasak oleh kawan² dalam dorm tu.

“Kau kenapa tadi weh ?”
“Asal kau pengsan tadi ?”
“Kau nak main² pun agak² ah, real do…cuak aku”

Budak tu cuma mengeluh panjang. Lama lepastu baru dia buka mulut, “Family aku ada saka, saka harimau. Tapi takde kat aku, kadang² je dia datang….macam tadi. Aku cuma ingat aku pergi dewan dengan korang, lepastu yang aku tau, aku sedar korang semua dah balik…aku rasa sebab benda tu kacau aku tadi. Aku tak ingat aku dah solat ke belum sebab tu aku solat balik.”

Tergamam semua kawan² kat situ. Barulah diorang semua tahu apa puncanya selama ni, sebab tu bukan kali pertama situasi macamtu jadi kat dia. Sebab tu jugaklah dia tak ramai kawan….tapi takdelah sampai kawan² pulaukan dia. Keluarga dia sendiri pun tengah usaha nak buang benda tu.

Perkongsian Daripada Unknown.

What do you think?

Written by ERRA

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cermin

Kerasukan